Thursday, February 17, 2011

Antara Masjid Yang Tertua Di Asia Tenggara

 1. Masjid Kampung Laut, Kelantan




 Masjid Kampung Laut Kelantan dibina pada tahun 1401,mempunyai reka bentuk menyamai Masjid Demak di Jawa.Pembinaan masjid yang dianggarkan berusia 300 tahun oleh mubaligh Islam yang mengembara antara Champ,Patani dan Jawa ini langsung tidak menggunakan paku.


2. Masjid Kampung Kling, Melaka








Masjid Kampun Kling Melaka dibina oleh pedagang India pada tahun 1748. Selain kubah konvensional, masjid dengan reka bentuk Sumatera ini mempunyai tiga bumbung berbentuk piramid dan struktur menara seperti pagoda.


3. Masjid Hajjah Fatimah, Singapura






Masjid Hajjah Fatimah dibina oleh pedagang Arab pada tahun 1800 dan sempena nama wanita melayu dari Melaka atas sumbangan wang yang terbesar untuk pembinaannyai ini mempunyai ciri rekabentuk gereja, diktiraf sebagai monumen kebangsaan pada 06 Julai 1973.


4. Masjid Sunan Ampel, Surabaya




Dibina oleh sembilan wali kira-kira 700 tahun dahulu dan menjadi tumpuan umat Islam Indonesia. Direkebentuk Jawa kuno dan Arab oleh Raden Achmad Rachmatullah lebih dikenali Sunan Ampel pada 1421 M.


5. Masjid Sang Cipta Rasa, Cirebon







Dibina pada tahun 1480 M pada zaman Wali Songo yang dipimpim Sunan Gunung Jati. Masjid ini bercirikan Hindu Jawa kerana Cirebon dahulunya merupakan pusat Empayar Majapahit. Menariknya Khutbah dibaca dalam bahasa arab dan terkenal dengan tradisi melaung azan pitu, iaitu azan yang dilaungkan tujuh orang muazzin sebelum solat Jumaat



6. Masjid Ton Son, Bangkok




 Dibina ketika era pemerintahan Ayuthaya pada 1610. Pernah melalui fasa baikpulih pada tahun 1954 bagi memelihara senibinanya.

No comments:

Post a Comment

tajuk post

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...