Monday, February 21, 2011

APA ITU BUASIR ?






 Penyakit buasir ni atau hemmoroid iaitu penyakit yg boleh terjadi pada bahagian dubur. Sama ada bahagian dalam ataupun luar.
Kebiasaan tanda-tanda awal ia sewaktu kita meneran ataupun korang bagi tekanan semasa membuang air besar. sehinggakan rsa sangat sakit kalau nk keluar. so, buasir ni adalah pembengkakan sel-sel pada melapisi saluran dubur itu. so, bila dah membengkak, t*** yang nak keluar akan bergesel dengan buasir, memang sakit dan perit yg amat.


Buasir ni ada 4 peringkat,  ;

Tahap 1
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.

Tahap 2
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik dalam dubur .

Tahap 3
Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal,

Tahap 4:
Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur. 





FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB BUASIR

1. regangan yg optimum/terlampau semasa pergerakan usus atau dalam bahasa  
    mudahnya perut korang rasa macam dipulas-pulas
2. cirit birit kronik. memang selalu keluar masuk tandas.
3. kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian macam sayur 
    dan buah-buahan
4. mengandung atau bersalin.
Simptom-simptom penyakit buasir  ;

1. rasa sakit yang berdenyut-denyut.
2. pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.
3. darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
4. dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
5. ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan 
    dubur.

No comments:

Post a Comment

tajuk post

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...