Thursday, February 10, 2011

Berbekam /Cupping




PANDUAN SINGKAT TENTANG BEKAM
[CUPPING]
 Anjuran Berbekam

Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam bersabda :

الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ
“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay.” (HR Bukhari)
Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam bersabda :

إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَالْفَصْدُ
“Sesungguhnya metode pengobatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah (bekam) dan fashdu (venesection).” (HR Bukhari – Muslim) Macam-Macam Bekam

1.     Bekam Basah (Wet Cupping)
Iaitu Kaedah pengeluaran darah kotor (blood letting) dengan ditoreh dengan  pisau bedah atau jarum steril pada bahagian yang dibekam.

Cara Melakukan Bekam Basah :
Pilih titik bekam berdasarkan keadaan pesakit.
1.     Pilih gelas bekam (cup) berdasarkan tahap penyakit pesakit dan struktur tubuh. Semakin besar gelas yang digunakan maka tingkat rasa sakit akan semakin besar, namun kesannya akan semakin baik.
2.     Bersihkan bahagian kulit yang akan dibekam dengan desinfektans/alkohol.
3.     Pompa gelas/mangkuk bekam dengan piston pada posisi yang dikehendaki sebanyak 2-3 kali tarikan, atau sampai piston tidak dapat ditarik lagi.
4.     Biarkan selama 3-5 minit.
5.     Lepas gelas bekam dan torehkan bahagian bekas bekam dengan pisau bedah atau jarum steril.
6.     Bekam lagi posisi yang ditorehkan tadi.
7.     Tunggu selama lebih kurang 3 minit sampai darah keluar dan menumpuk pada gelas bekam.
8.     Lepas gelas bekam dan buang darah kotor yang keluar, bersihkan kembali gelas bekam dan desinfeksi.
9.     Bekam lagi sebanyak 3-5 kali, atau sampai keluar cairan putih dari kulit.
10.  bersihkan bekas torehan dan bekam dengan minyak habbatus sauda’ (jinten hitam).
      11.Lakukan setiap bulan atau setiap 2 minggu bagi yang penyakitnya parah.


1.     Bekam Kering (Dry Cupping)
iaitu metode bekam yang tidak mengeluarkan darah dari tubuh.

Cara Melakukan Bekam Kering :
1.     Pilih titik bekam berdasarkan keadaan pesakit.
2.     Pilih gelas bekam (cup) berdasarkan tahap penyakit pesakit dan struktur tubuh. Semakin besar gelas yang digunakan maka tingkat rasa sakit akan semakin besar, namun kesannnya akan semakin baik.
3.     Picit bahagian yang akan dibekam dengan dilumuri minyak zaitun atau minyak jinten hitam selama lebih kurang 5 minit.
4.     Pamgelas bekam dengan piston pada posisi yang dikehendaki sebanyak 2-3 kali tarikan, atau sampai tidak dapat ditarik lagi.
5.     Biarkan selama 10 minit (bagi lelaki), 7 menit (bagi wanita) atau 3 menit (bagi kanak-kanak).
6.     Lepas gelas bekam dan sapu kembali dengan minyak zaitun atau minyak jinten hitam selama 2-3 menit untuk menghilangkan bercak-bercak hitam atau blister.
      7.     Lakukan selama 7 hari bagi orang dewasa dan 5 hari bagi anak-anak,    
            kemudian diselangi  selama 3 hari, untuk pembekaman.

1.     Bekam Seluncur (Sliding Cupping)
     cara bekam yang mana gelas bekam diluncurkan di atas permukaan kulit yang rata (tidak tebal ototnya). Cara ini serupa dengan Guasha (cina), scrapping (inggris) atau kerokan(jawa),

Cara Melakukan Bekam Seluncur :
1.     Pilih titik bekam sebagai permulaan luncuran, biasanya bagian atas pundak.
2.     Pilih gelas bekam (cup) berdasarkan tahap penyakit pesakit dan struktur tubuh. Semakin besar gelas yang digunakan maka tingkat rasa sakit akan semakin besar, namun kesannya akan semakin baik.
3.     Sapukan bagian yang akan dibekam dengan dilumuri minyak zaitun atau minyak jinten hitam selama lebih kurang 5 minit.
4.     Pam gelas bekam  pada posisi yang dikehendaki sebanyak 2-3 kali tarikan kemudian gerakkan/luncurkan perlahan-lahan sampai tampak bruise (memar) kemerahan.
5.     Lepas gelas bekam dan sapu lagi dengan minyak zaitun atau minyak jinten hitam selama 2-3 minit.

1.     Bekam Cepat (Flash Cupping) atau Bekam Tarik
iaitu cara bekam dengan cara tarik lepas – tarik lepas secara cepat pada bagian kulit yang sukar dibekam, atau apabila dibekam gelas cenderung jatuh. Area ini biasanya di sekitar wajah dan dahi.

Cara Melakukan Bekam Cepat :
1.     Pilih titik bekam pada dahi atau bahagian yang dikehendaki
2.     Pilih gelas bekam (cup) yang sesuai dengan lebar dahi (tidak terlalu besar).
3.     Pam gelas bekam  pada posisi yang dikehendaki secukupnya kemudian lepas.
4.     Lakukan hal ini secara berulang-ulang sampai kulit berwarna kemerahan.






3 comments:

  1. Alahai En Hasdin ngeri lah saya tengok ni.. tenok darah macam nak pengsan.

    ReplyDelete
  2. Tak.semasa awak berbekam jangan tengoklah darah tu.bagi yang kuat meroko atau minum arak darak nya akan lebih pekat dan kehitaman .toksid dalam badan banyak.

    ReplyDelete
  3. bekam adalah terbaik!

    http://my.mustaffa.org/

    ReplyDelete

tajuk post

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...