Friday, February 18, 2011

Cacing Tanah Bukan Serangga

   Walaupun berada dalam kumpulan haiwan invertebrata ( tidak bertulang belakang ) tetapi cacing tanah tidak termasuk dalam kelas serangga kerana ciri-ciri serangga adalah seperti berikut :








a.   Cacing tidak mempunyai kaki, mata, tangan dan gigi sebaliknya mempunyai reseptor untuk mengesan 
  
       perubahan cahaya.


b.  Cacing bersifat hermaphordites dimana setiap seekor darinya mempunyai dua organ   pembiakan  
            
       jantan   dan   betina dan kedua-duanya mampu mengeluarkan telur.


c.  Telur disimpan dalam kepompong dan ditanam didalam tanah untuk tempoh masa dua ke empat minggu
      sehingga menetas.


d.  Cacing tanah membantu menyuburkan tanah dengan memindahkan nutrisi serta miniral dari dasar tanah  

     ke   permukaan tanah melalui najisnya.


e.  Cacing mampu menggali tanah sedalam dua meter kedasar tanah, terowong yang digali juga membantu 

     pengudaraan

Serangga dikelasifikasi jika mempunyai rangka luar, tiga pasang kaki dan tiga segmen badan iaitu kepala, rongga toraks dan abdomen. Serangga mempunyai mata samaran atau ocelli yang terletak diruang antara mata sebenar dan berfungsi mengesan perubahan cahaya. Walaupun menghirup udara yang sama dengan manusia tetapi spesis yang mengisi 80% dari jumlah haiwan di dunia ini tidak mempunyai paru-paru. Mereka bernafas melalui buka yang dipanggil spirakel. Ramai yang beranggapan serangga membawa kemudharatan kepada tumbuhan dan haiwan,sebaliknya hanya 2% dari spesis ini berbahaya kerana kemampuan menyebarkan penyakit dan memusnahkan tumbuhan





3 comments:

  1. bukan kah cacing ya untuk umpan ikan ngail kah

    ReplyDelete
  2. Tak tahu pula cacing bertelur. Cacing selalu digunakan sebagai umpan kail tapi sekarang susah nak jumpa cacing

    ReplyDelete
  3. lebih kurang lah..... ikan sekarang dah taknak makan cacing ikan makan beger heheheh

    ReplyDelete

tajuk post

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...