Saturday, February 19, 2011

CARA MENGIRA PULANGAN DARI PELABURAN HARTANAH




Pelaburan permulaan ialah RM 12k,inilah modal permulaan. Bila menjual balik nilai hartanah ialah RM 324,340, tiada sumber keuntungan lain kerana aliran tunai adalah sifar. Nilai pulangan atas pelaburan ( Return on Investment ) mengambil kira aliran tunai jangka panjang ialah 11.04 peratus. Dalam erti kata lain kadar pulangan keatas modal RM 12k tadi ialah 11.04 peratus.


Cara kiraan : Kira pulangan untuk bulan kemudian darab dengan 12 untuk kadar tahunan. Kita merujuk kepada satu contoh pelaburan yang lebih biasa dikaitka dengan pulangan iaitu SAHAM. Bayangkan anda melabur dalam satu saham syarikat penerbangan dengan modal permulaan A. Anda membeli sejumlah saham tersebut dengan satu jumlah tetap B setiap bulan selama C tahun. Saham ini memberi dividen atau pulangan D setiap bulan. Selepas C tahun anda menjual balik saham dan memperolehi hasik sebanyak E. Berapakah pulangan purata tahunan anda ? Inilah persoalan yang kita kira.



Istilah berbeza sedikit di atas kita masukkan angka-angkanya :

A- Modal permulaan = RM 2000.00
B- Ansuran tetap bulanan = RM 545.59
C- Jangkamasa kewangan = 30 tahun atau 360 bulan
D- Jumlah sewa yang dikutip = RM 545.59
E- Hasil jualan ssemula aset diakhir jangkamasa kewangan = RM 324,339.75
Aliran tunai ( D-B) = RM 0

Menggunakan financial kalkulator atau perisian Excel masukan pembolehubah berikut menggunakan simbol kewangan berikut :

PV = 12,000.00
FV = 324,339.75
n = 360
PMT ( aliran tunai bersih ) = 0.00
i ( untuk bulanan ) = 0.0920%
ii ( darab 12 untuk tahunan,yang kita inginkan ) = 11.04%


Harga Belian Hartanah                                                         RM 100,000.00
Yuran Permulaan seperti Guaman, Duti setem                             RM 2000.00
Yuran dimasukan kedalam pinjaman bank                                    RM 1000.00
Jumlah Kos Yang Terlibat Untuk Membeli Hartanah               RM 103,000.00


Bayaran Muka                                                                      RM 10,000.00 
Modal Yang Dilaburkan (bayaran muka+yuran permulaan)        RM 12,000.00
Jumlah Pinjaman Yang Diperolehi dari Bank                            RM 91,000.00
Kadar Pinjaman Bank                                                                         6.00%
Jangkamasa Pinjaman                                                                             30
Ansuran Bulanan                                                                       RM 545.59


Sewa Bulanan Bersih                                                                 RM 545.59
Aliran Tunai Bulanan Keluar-Masuk                                               RM 0.00


Kadar Inflasi                                                                                   4.00%
Anggaran Harga Jualan Selepas 30 tahun                            RM 324,339.75



Kadar Pulangan Pelaburan                                                                11.40%

* Kadar faedah pinjaman mesti tetap
* Sewa dan belanja mesti tetap
* Kadar alir tunai mesti tetap
* Jenis pinjaman yang tidak bercampur aduk dengan Overdraf atau kemudahan 
   istimewa


No comments:

Post a Comment

tajuk post

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...