Saturday, February 19, 2011

CORETAN KHUTBAH


Peranan Khutbah; Khutbah merupakan ajaran yang dibawa oleh baginda Rasullullah. Rasullullah sendiri pernah menyampai khutbah ketika haji wada' yang merupakan pesanan terakhir baginda kepada seluruh umat Islam. Khutbah merupakan medium untuk memberi nasihat dan peringatan kepada umat Islam agar kita selalu ingat-mengingati perintah Allah.

Syarat pembaca khutbah; Seelok-eloknya pembaca khutbah itu seorang imam, akil baligh,qari (lancar membaca Al-quran) dan lelaki yang menjadi pilihan masyarakat setempat. Malah antara syarat sah khutbah, pembaca khutbah hendaklah seorang lelaki,menutup aurat dan suci daripada hadas dan najis. 

Ciri-ciri khusus khutbah ; Bermula dengan salam dan selawat ke atas nabi diikuti isi berbentuk nasihat dan peringatan, diakhiri dengan selawat dan solat jumaat. Terdapat lima rukun khutbah iaitu memuji Allah SWT, berselawat keatas nabi, berpesan supaya bertaqwa kepada Allah, membaca sepotong ayat Al-quran dan berdoa untuk orang-orang beriman pada khutbah kedua.



Segelintir masyarkat memandang enteng kepentingan khutbah dan sering melengah-lengahkan solat Jumaat. Bergantung kepada niat kita.Solat Jumaat wajib ditunaikan. Terdiri daripada dua fardhu, iaitu dua khutbah dan solat dua raka'at.jadi, khutbah jumaat itu wajib dan merupakan salah satu syarat sah solat Jumaat.

2 comments:

  1. kadang2 tertido time khutbah...hehe

    ReplyDelete
  2. ye lah masa tu syaitan dan iblis juga menjalankan tugas.....

    ReplyDelete

tajuk post

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...