Thursday, February 17, 2011

Gotong-royong


       Bergotong royong merupakan satu kegiatan yang afdal. Kita dapat memupuk nilai murni dalam sanubari kita. Hal ini pernah dikatakan  oleh mantan  perdana menteri Malaysia yang ke-4 Tun Dr Mahathir bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan gotong-royong, kita berupaya menerap pelbagai nilai murni dalam diri. Fenomena ini sama seperti "sambil menyelam,sambil minum air". Jelas beliau semasa merasmikan kempen bergotong-royong peringkat kebangsaan awal tahun 2003. Nilai murni yang diterapkan akan mentrafomasikan kita sebagai orang yang lebih disukai dan diterima oleh masyarakat. Amalan ini juga mampu memasyarakatkan rakyat oleh sebab "Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat" .



   Aktiviti bergotong-royong sememangnya dapat menghidupkan semangat kejiranan. Sebagai contoh aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersih taman permainan melupus ,perabot , kenduri-kendara dan banyak lagi. Bak kata pepatah " berat sama dipikul, ringan sama dijinjing ". Jiran sangat penting kerana merekalah orang yang akan menjadi sahabat dan orang yang pertama membantu apabila kita susah." Jiran sepakat membawa berkat"


   Intihanya, amalan bergotong-royong membawa faedah yang banyak. Dengan amalan ini, kawasan kita akan menjadi sebuah tempat yang lebih indah dan sihat dengan secara tidak langsung.Bak kata pepatah " ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni " untuk menjadi masyarakat yang lebih bertangungjawab. Marilah kita belajar amalan yang sihat dan amalkannya dalam kehidupan kita seharian dan " yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan".

4 comments:

  1. muafakat membawa berkat.........

    ReplyDelete
  2. BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH

    ReplyDelete
  3. good entry...together we'll strong....

    ReplyDelete
  4. bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

    ReplyDelete

tajuk post

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...