Friday, February 18, 2011

KEARAH KESEMPURNAAN SOLAT


   Solat adalah ibadat yang utama, Rasullullah s.a.w melalui hadisnya mengumpamakan solat seperti tiang yang mendokong agama, jika runtuhnya tiang solat itu, maka runtuhlah agama seseorang itu. Begitulah Allah meletakkan kepentingan solat mendahului ibadat-ibadat yang lain. Solat juga merupakan ibadat yang pertama diperintahkan kepada manusia dan amalan pertama yang dihisab dipadang mahsyar nanti.


   "Sesungguhnya yang pertama di fardhukan oleh Allah SWT keatas manusia dari agamanya adalah solat dan yang pertama akan dihisab adalah solat dan Allah berfirman : Periksalah solat hamba Ku ini, jika solatnya sempurna tulis sempurna, dan jika kurang, berfirman Allah SWT : Adakah hamba Ku melakukan solat sunat, kalau ada sempurnalah solatnya ( tampungkanlah kekurangan itu )"  (Hadis riwayat Abu Ya'la).

Kita tidak boleh sesekali mengambil mudah akan perlaksanaan solat. Solat adalah ibadat yang ditujukan untuk Allah SWT seperti mana ibadat lain, jika kita mahu membuat perbandingan,pekerjaan yang hendak dipeesembahkan kepada raja misalnya sudah pasti akan diperelokan rupa dan diperbaiki kualitinya. Maka apatah lagi 'pekerjaan yang mahu dipersembahkan kepada 'raja segala raja'iaitu ibadah solat. Keikhlasan dan kesempurnaan solat adalah pra-syarat solat diterima Allah SWT.
 
 

Akhir kata renungilah pesanan Nabi ;

   " Solat lima waktu dapat diumpamakan sebagai sungai jernih yang mengalir dihadapan rumahmu, kemudian kamu membersihkan dirimu lima kali sehari didalam sungai tersebut. Rasullulah bertanya, "apakah pendapatmu apakah masih ada kotoran yang melekat ditubuhnya, serentak sahabat menjawab"tentu saja tidak". Rasullulah menyambung,"sesungguhnya solat itu membersihkan dosa-dosamu sebagai mana air yang membersihkan kotoran ditubuhmu". (Riwayat Muslim )






No comments:

Post a Comment

tajuk post

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...