Tuesday, February 22, 2011

Merawat Penyakit Dengan Warna


Warna digunakan dalam terapi psikologi. Chromotherapy ( rawatan menggunakan  warna ) digunakan masyarakat Mesir dan China kuno. Warna merah dipercayai dapat meransang tubuh dan minda serta meningkat peredaran darah, warna kuning meransang saraf dan menyah toksik,warna jingga digunakan dalam rawatan masalah peparu, warna biru mengurangkan kesakitan dan indigo pula merawat masalah kulit.


Psikologi warna merupakan kesan radiasi elektro-magnet cahaya terhadap kelakuan dan tabiat manusia. Contohnya, kebanyakan restoran makanan segera menggunakan warna merah dan jingga kerana kajian mendapati keduan-dua warna tersebut menggalakan pelanggan makan dengan pantas dan segera meninggalkan restoran. Begitu juga dengan penggunaan warna-warna yang terang pada alatan mainan kanak-kanak lebih menarik perhatian dan tindak balas si kecil berbanding warna kelam atau lembut. Kebanyakan hospital dicat dengan warna biru dan neutral kerana warna yang memantulkan elemen semulajadi dikatakan dapat mempercepatkan proses penyembuhan dan memberi kesan positif kepada pesakit....







No comments:

Post a Comment

tajuk post

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...