Wednesday, February 16, 2011

Si Penjahat Kecil


    Al kisah pada zaman Nabi Ibrahim a.s ketika beliau sedang dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil berulang -alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar.Makhluk Allah yang lain hairan melihat tindak tanduknya lalu bertanya : " kenapa kau berpenat lelah berulang-alik mengambil air sedangkan api yang membakar Nabi Allah tidak terpadam dengan air yang kau siramkan".

   Lalu dijawab oleh burung tersebut : "Memang ia tidak dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut di akhirat kelak Allah bertanya apakah usahanaku untuk agama Allah.sedangkan Allah tidak bertanya usaha aku berjaya atau tidak". Pada masa yang sama dan situasi yang lain pula, pada CICAK yang bertindak menghembus api yang membakar dengan harapan api lebih marak dan terus membakar Nabi Ibrahim a.s walhal usaha tersebut tidak memberi kesan apa-apa kepada api tersebut.




   Daripada Amir bin Saad, daripada bapanya Saad bin Abi Waqas r.a "sesungguhnya Nabi s.a.w telah memerintah supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya 'si penjahat keci' "

No comments:

Post a Comment

tajuk post

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...