Saturday, February 19, 2011

SUPER BOWL MANIA KEGILAAN AMERIKA


Super Bowl bukan sahaja menjadi acara wajib tonton, malah menjadi acara paling meriah dengan kemunculan artis ternama dunia membuat persembahan sebelum sepak mula. Mari kita kenali serba sedikit mengenai sukan kegilaan Amerika.



  Tiang Gol (berwarna kuning pada akhr garisan padang ) bagi yang menyaksikan Liga Bola Sepak Amerika atau dalam bahasa mudahnya NFL (National Footbal League), anda pasti tertanya-tanya kehairanan melihat bentuk tiang gol yang seakan-akan  garpu. Cara menjaringkan bola adalah melalui dua tiang bahagian atas dan tiga mata akan diberiakn. Satu mata tambahan akan diberikan kepada pasukan yang selepas menjaringkan gol selepas 'touchdown'

 

Zon Akhir ( logo pasukan tertera diakhir segiempat).Terdapat dua zon akhir dalam padang.setiap pasukan mempunyai misi untuk menghampirin zon akhir masing-masing. Apabila menghampiri zon akhir mereka harus membuat 'touchdown' dimana pemain hanya perlu berlari melepasi garisan ini untuk memperolehi enam mata.

Garisan Sisi.Garisana ini adalah sempadan padang. Pemain atau bola tidak boleh melepasi garisan ini atau dikira batal. Setiap pasukan akan memenuhi ruang diatas padang diluar garisan sisi ini, ditemani sekumpulan pasukan sorak tegar memberi sokongan melalui pelbagai siri persembahan gerak kaki tangan




Ela ( nombor diatas padang ) nombor yang tertera diatas  padang menandakan ukuran yang patut dicapai tiap pasukan. Anggaran garisan halus berwarna putih (yang membentuk kekotak segi empat atas padang)mempunyai ukuran 10 ela bagi memperolehi empat jatuhan.Mana-mana pasukan gagal mendapat larian 10 ela dalam empat percubaan bola akan diberikan kepada pasukan lawan.

Garisan ' scrimmage' ( garisan dua pasukan menghadap antara satu sama lain ) Sebelum sepak mula dilakukan,dua asukan akan membongkok sepanjang garisan ini menghadap satu sama lain dan bola berada di tengah-tengahnya.

Pemain. Setiap pasukan akan menurunkan  11 pemain dalam setiap perlawanan. Pemain 'quarterback' menjadi tumpuan penting kerana merakalah yang bertanggungjawab menjaringkan gol. Sedang pemain-pemain lain berusaha mengawal pasukan lawan daripada mara ke tiang gol, pemain 'quarterback' perlu memastikan cara terbaik untuk memberi kemenangan kepada pasukan



No comments:

Post a Comment

tajuk post

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...