Monday, February 7, 2011

Tipu Daya Syaitan Terhadap Manusia

Assalamualaikum


Tipu daya syaitan terhadap manusia supaya meninggalkan ibadat kepada Allah SWT ada tujuh perkara menurut Imam Ghazali iaitu:

1. Syaitan melarang manusia taat kepada Allah.Sedangkan orang-orang yang dipelihara Allah dengan mengatakan : ' Aku mengharapkan pahala dari Allah '. Untuk itu, aku harus mempunyai bekalan didunia ini demi akhirat yang kekal.

 2. Syaitan sentiasa memujuk manusia agar tidak mentaati Allah.Dia menghasut manusia dengan mengatakan : ' nanti sajalah, kalau dah tua nanti barulah, masa masih panjang dan kita masih muda atau sebagainya lagi '.Orang-orang yang terpelihara akan menolaknya dengan mengatakan : ' Kematianku bukan ditanganmu.Jika aku melengahkan amalan aku hari ini untuk esok, sehingga amal esok perlu aku kerjakan.Sedangkan setiap hari aku mempunyai amalan yang berlainan.

 3. Syaitan akan mendorong  manusia untuk bersegera dalam melakukan amalan kebaikan. Kata syaitan : 'Cepat beramal agar engkau dapat mengejar dan mengerjakan amalan-amalan yang lain'. Orang-orang yang selamat akan menolaknya dengan mengatakan : 'Amalan yang sedikit tetapi sempurna lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak sempurna'.

 4. Syaitan akan menyuruh manusia untuk menjalankan amalan yang baik secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain. Mereka yang dipelihara oleh Allah akan mengatakan :' Bagi saya,penilaian cukup hanya dari Allah SWT dan tidak ada manfaatnya beramal kerana manusia (orang lain)'.

 5. Syaitan membisikan pujian kepada orang yang beramal : ' Betapa tinggi darjatmu kerana dapat beramal soleh dan betapa cerdik dan sempurnanya dirimu'.Mendengar pujian ini, orang yang baik akan mengatakan bahawa:'semua keagungan dan kesempurnaan itu hanyalah kepunyaan Allah dan bukan kekuatan dan kekuasaanku.Allah yang melimpahkan taufik kepadaku untuk beramal sehingga Dia meredhai dan memberi pahala yang besar.sekiranya tanpa kurniaanNya,apalah erti amalanku ini,jika dibandingkan dengan nikamat Allah yang telah diberiakn kepadaku,disamping dosaku yang bertimbun.

 6. Dengan gagalnya jalan kelima,syaitan akan menerapkan cara yang keenam.Cara ini lebih berat jika dibandingkan dengan cara-cara yang terdahulu dan manusia tidak akan menyedari kecuali orang-orang yang cerdik dan berfikir.Syaitan berbisik dalam hati manusia:'Bersungguh-sungguhlah engkau beramal dengan dengan sir( kejahatan) ,jangan sampai diketahui oleh orang lain'. Begitulah syaitan mencampur-baurkan amalan seseorang dengan penipuan yang sangat tersembunyi.Dengan ucapan itu, syaitan bermaksud untuk memasukkan sedikit perasan RIAK. Orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dengan mengatakan : 'Hai malaun ( yang dilaknakti ) ,engkau tidak henti-henti  menggodaku dan merosakkan amalan ku dengan pelbagai cara.Dan kini kau pura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalanku,padahal engkau bermaksud merosakkannya.Aku adalah hamba Allah SWT dan Allah yang menjadikanku.Jika berkehendak,Allah akan menjadikanku mulia atau hina, semua itu adalah urusan Allah SWT. Aku tidak khuatir,amalanku diperlihatkan atau tidak kepada orang lain,sebab itu bukan urusan manusia.


7. Gagal dengan cara itu,Syaitan akan meneruskan godaannya dengan cara lain lagi. Dia mengatakan :' Hai manusia,Janganla engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadat kerana jika Allah telah menetapkan engkau sebagai orang yang berbahagia pada hari azali kelak, maka meninggalkan ibadat pun tidak akan memeberi sebarang mudharat.Engkau tetap menjadi orang yang berbahagia dan sebaliknya jika Allah menetapkan kamu sebagai seorang yang celaka, maka tidak gunanya engkau beribadat kerana engkau tetap akan celaka'.

Orang-orang yang dipelihara oleh Allah akan menolak godaaan itu dengan mengatakan :' Aku hanya hamba Allah.Wajib bagiku menuruti perintahNYA.Allah Maha Mengetahui,menetapkan sesuatu dan berbuat apa saja yang sesuai dengan kehendakNya.Walau bagaimanapun keadaanku, amalanku tetap bermanfaat.Jika aku ditetapkan sebagai orang yang berbahagia ,aku tetap akan beribadat untuk memperbanyakan pahala.Sebaliknya,jika aku ditetapkan sebagai orang yang celaka,aku akan tetap beribadat juaga agar tidak menjadi satu penyesal bagiku.sekira aku masuk neraka padahal aku taat ,itu adalah lebih aku sukai daripada aku masuk neraka kerana melakukan maksiat.

 Tetapi tidak akan demikain akibatnya kerana janji Allah pasti terbukti dan firmanNya pasti benar; Allah telah menjajikan pahala kepada sesiapa sahaja yang taat kepadaNya.Barang siapa yang mati dalam keadaan yang beriman dan taat kepada Allah,dan dia tidak akan dimasukkan kedalam neraka,melainkan syurgalah tempatnya.Jadi, masuknya seseorang kedalam syurga bukan kerana kekuatan amalan yang yang telah didirikan, tetapi janji Allah Maha Adil.


Sesungguhnya dalam mentaati Allah, terlalu banyak godaaan dan tipu daya syaitan yang perlu kita lalui..Semoga kita menjadi orang-orang yang dipelihara oleh Allah SWT.. Amin.

No comments:

Post a Comment

tajuk post

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...