Thursday, February 10, 2011

Udang Bertumiskan Lada Sulah

   Selepas balik dari tempat kerja,Terdetik hati ini nak memasak untuk makan malam. Jadi keluarlah resepi-resepi lama. Inilah salah satu resepi iaitu Udang Bertumiskan Lada Sulah.


Cecahnya/culik-culik

 Bahan-bahannya ;

1. Udang segar
2. Garam
3. Minyak masak
4. Cili Kering
5. Lada
6. Serai

Bahan-bahan untuk buat cecah/culik-culik;

1. Kicap soya
2. Cili pedas
3. Cuka/Limau Belacan

Cara-cara

   Cuci udang segar dengan bersih. Panaskan minyak masak. Pastikan minyak masak tersebut sebelum menumiskan cili kering dan serai. Tumiskan serai dan cili kering sehingga warna cili kering dan serai berubah warna kekuning-kuningan.

Kemudian masukan udang dan pastikan udang yang dibasuhkan tadi tidak mengandungi air masukkan garam secukup rasa. Tumiskan sehingga kering dan udang tersebut berubah warna kemerah-merahan. Semasa menumis pastikan penggunaan api dapur dalam keadaan sederhana besarnya mengelak daripada bau hangit.

Cecahnya/culik-culiknya pula. Masukkan kicap soya kedalam bekas yang akan digunakan .Kemudian masuk cili pedas yang dihiris halus secukup rasa akhir sekali masukan cuka atau limau belacan yang dihiris.

Selesai. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.



Perhatian

pastikan dimakan dalam keadaan yang masih panas.

2 comments:

tajuk post

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...