Sunday, March 27, 2011

KETAM GERGASI SELEPAS TSUNAMI DI JEPUN


Kenape tak pecaye.......

PEMBERONTAKAN DI DUNIA ARAB







1. LIBYA

Lebih dari 328 000 orang Libya melarikan diri sejak 15 Februari 2011. Serangan udara Tentera Bersekutu dilancarkan terhadap tentera pemimpin Libya, Muamar Ghadafi di Ajdabiyah, Misrata, dan Zawiyah. Perbincangan oleh Pertubuhan Perjanjian Atlatika Utara ( NATO ) akan diadakan bagi membincangkan tentang struktur kuasa tentera akan datang. Itali berkata, Perancis enggan berkrompromi berhubung urusan menyerah kuasa operasi tentera.


2. MESIR

Bursa saham dibuka semula selepas dua bulan. Setiusaha Amerika Syarikat melakukan kunjungan, bekas Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adli berhadapan dakwaan mengakibatkan pembynuhan penunjuk perasaan.


3. BAHRAIN

Menteri Luar Bahrain, Shaikh Khalid Bin Ahmed Bin Mohammed Al-khalifah berkata, situasi negara itu berada dalam fasa serius. Katanya, keadaan agak stabil tetapi kerajan bimbang dengan perpecahan antara masyarakat beragama di Bahrain



4. ISRAEL/GAZA

Satu serangan bom dilancarkan di stesen bas pusat berhampiran Baitulmaqdis. Ia merupakan kejadian pertama di bandar itu sejak 2004. Roket pejuang Palestin dilancarkan ke Beersheva, Asdod dan Eshkol pada selasa dan rabu lalu. Tentera udara Israel menyerang pejuan di timur Gaza City.



5. YEMEN

Parlimen meluluskan darurat yang di umumkan Presiden Ali Abdullah Saleh. Pembangkang mempertikaikan undian tersebut. Kereta kebal masih ditempatkan di beberapa lokasi penting di Sanaa. penunjuk perasaan dari golongan belia menolak dialog dengan Saleh, menggesa beliau meletak jawatan segera dan enggan berganjak dari Sanaa..



6. SYRIA

Beberapa orang maut apabila tentera keselamatan menembak peluru hidup kearah penunjuk perasaan diluar sebuah masjid ketika pertempuran dengan polis berterusan di Daraa, Selatan Syria. Gabenor Daraa dipecat, sementara bandar itu dikepung tentera. Berlaku protes di Daraa setiap hari sejak seminggu lalu...


7. SUDAN

Selatan Sudan menuduh utara Sudan mengebom dua lokasi berhampiran kawasan sempadan. Imej satelit menunjukkan tentera keselamatan yang disokong utara sudan telah ditempatkan di wilayah Abyei yang kaya dengan minyak.

Euro 2020





Bulgaria dan Romania akan menimbang untuk menjadi tuan rumah bersama bagi Euro 2020, jelas Presiden bola sepak Bulgaria ( BFU ), Borilav Mihaylov. " Ini adalah keinginan kami dan Romania juga mahu lakukannya, ia sudah pasti," kata Mihaylov kepada wartawan selepas pulang dari Paris dimana dia telah dilantik menjadi Jawatankuasa Eksekutif Kesatuan Bola Sepak Eropah ( UEFA ). Mihaylov merupakan 13 calonyang terpilih mengisi tujuh posisi tersebut.

Bulgaria
Romania

KUCING TERBESAR DIDUNIA






Warga Kuching, Sarawak, Malaysia di gemparkan dengan penemuan kucing yang terbesar didunia yang bersaiz kira menyamai sebuah kereta dan berat lebih kurang satu tan...kehadiran kucing tersebut tidak merbahaya penduduk sekitar itu...untuk megetahui lanjut lawatilah Kuching,Sarawak.....

OLD TOWN



Semasa menunggu kawan datang saya sempat bersinggah di Old Town White Coffee




pesan punya pesan, White coffe mocha 3 cawan dan roti dua set dan terkejut apabila duit dalam wallet hanya RM 50.00 nasib baik semuanya berharga RM29.60 kalau tidak, terpaksa  mencuci pingganlah sebab duit tak cukup ....huiiiii....

Pusat urut gay diserbu polis




Sebuah buku memaparkan gambar lelaki bogel turut dirampas ketika polis menyerbu sebuah pusat urut tanpa lesen yang menawarkan khidmat gay di Pulau Tikus, Pulau Pinang, semalam.



Sebuah pusat urut yang menawarkan khidmat seks kepada golongan gay di Pulau Tikus di sini terkenal di peringkat antarabangsa apabila tersenarai dalam sebuah majalah gay yang berpangkalan di Singapura.
Kegiatan itu terbongkar hasil serbuan yang dijalankan polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut tengah malam tadi di premis yang terletak di tingkat dua sebuah pusat beli-belah itu.
Ketika serbuan, pasukan D7 yang diketuai Asisten Komisioner Fauzi Mohd. Yusof menemui majalah itu yang diberi nama 'Pluto' mengandungi gambar lelaki beraksi lucah serta lokasi pusat urut gay di seluruh Asia.
Premis itu juga diawasi menggunakan kamera litar tertutup dan pelanggan hanya dibenarkan masuk menggunakan kod laluan yang boleh didapati dengan menghubungi nombor telefon yang tertera di pintu masuk premis itu.
Terdapat tiga bilik yang dilengkapi tilam kecil disediakan di premis terbabit selain bilik rehat pekerja, stor dan tandas serta disediakan alat senaman untuk kemudahan pelanggan
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya bertindak atas maklumat orang awam dan terpaksa menunggu beberapa jam sebelum dapat masuk ke premis terbabit.
Menurutnya, ketika serbuan, terdapat dua lelaki dipercayai pelanggan sedang mendapatkan perkhidmatan urut daripada dua pekerja lelaki di pusat itu sambil diawasi oleh seorang lagi lelaki yang dipercayai penyelia pusat terbabit.
"Polis merampas dua keping kondom, sebotol pelembap tangan jenama Nivea, sebotol minyak untuk urut, satu botol plastik berisi krim putih, dua helai tuala serta dua naskhah majalah, Pluto.
"Kesemua mereka yang berusia antara 28 hingga 33 tahun dibawa ke IPD Timur Laut untuk diambil keterangan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 377B(b) Kanun Keseksaan iaitu melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan 

Gempa bumi di Myanmar

Gempa bumi di Myanmar


Sebuah rumah ranap dalam gempa bumi di Tarlay, timur Myanmar, semalam. Sekurang-kurangnya 75 maut, manakala 111 lagi cedera dalam bencana gempa berukuran 6.8 pada skala Richter itu. - REUTERS


YANGON 25 Mac - Sekurang-kurangnya 75 orang maut apabila satu gempa bumi kuat menggegarkan timur Myanmar malam tadi, dengan angka korban dijangka meningkat apabila laporan diterima dari kawasan-kawasan terpencil yang masih terputus hubungan.
Gegaran dirasai sejauh Bangkok, hampir 800 kilometer dari pusat gempa di kawasan pergunungan Myanmar, serta Hanoi di Vietnam dan beberapa bahagian China apabila gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter itu berlaku pada 8.25 malam tadi (9.55 malam waktu Malaysia).
Pegawai Myanmar berkata, 74 orang terbunuh dan 111 lagi cedera di lima kawasan berdekatan pusat gempa, manakala lebih 240 bangunan runtuh.
"Kami masih cuba masuk ke kawasan terpencil, dengan tentera, polis dan pihak berkuasa tempatan berusaha untuk mencari mangsa yang cedera di kawasan bencana, tetapi jalan masih ditutup," katanya.
Di seberang sempadan, pihak berkuasa Thailand berkata, seorang wanita berusia 52 tahun maut di daerah Mae Sai ditimpa dinding rumahnya yang roboh.
Utara Thailand turut digegarkan dengan gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter pada 7 pagi ini (8 pagi waktu Malaysia), tetapi pihak berkuasa melaporkan tiada kerosakan besar berlaku.
Penduduk yang ketakutan di wilayah itu keluar rumah dan bangunan tinggi bergoyang, manakala hospital dan sekolah dikosongkan, semasa gempa bumi malam tadi.
Di Yangon, pengarah badan kebajikan World Vision bagi Myanmar, Chris Herink berkata, kerosakan infrastruktur yang besar tidak berlaku di kawasan Kengtung dan Tachileik yang terjejas, walaupun bangunan retak dan bekalan air terputus di sesetengah tempat.
"Namun paling membimbangkan ialah kawasan luar bandar kerana saya khuatir, maklumat tidak menggembirakan akan diterima dari sana sepanjang hari ini," katanya.
Gempa bumi itu berpusat 90 kilometer ke utara Chiang Rai dan 235 kilometer ke timur timur laut Chiang Mai, destinasi popular pelancong di Thailand. - AFP

http://www.utusan.com.my/utusan/ 

Sayangi jantung anda

http://www.utusan.com.my/utusan/


Lebihkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk cara pemakanan yang seimbang. - Gambar hiasan


PADA dasarnya, penyakit jantung adalah pembunuh senyap di kalangan wanita yang boleh diibaratkan sebagai bom jangka yang menunggu masa untuk meletup.
Menurut data yang dikeluarkan oleh Pemantauan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Malaysia 2005/2006, faktor risiko NCD yang jelas, seperti hiperkolesterolemia, kenaikan glukosa darah, obesiti (kegemukan) dan sebagainya adalah lebih tinggi di kalangan wanita berusia 25 hingga 64 tahun berbanding lelaki dalam kumpulan usia yang sama.
Menurut Pakar Perunding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo Kah Lin, yang juga Pengarah Yayasan Jantung Malaysia (YJM), penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di kalangan wanita di Malaysia dan di seluruh dunia sejak berpuluh-puluh tahun lamanya.
"Penyakit jantung sentiasa dianggap sebagai penyakit lelaki kerana kaum lelaki mendapat penyakit ini 10 tahun sebelum wanita.
"Wanita dilindungi daripada penyakit jantung oleh tahap estrogen yang tinggi. Bagaimanapun, ini tidak bermakna wanita 'imun' atau lali kepada penyakit ini,” jelasnya.
Tambah Dr. Kah Lin, tahap estrogen turun apabila wanita sudah menopaus atau putus haid. Tahap trigliserida dan LDL (kolesterol jahat) di kalangan wanita yang berumur juga naik, bukan sahaja disebabkan menopaus tetapi juga disebabkan kenaikan berat badan dan penuaan. Semua ini menaikkan risiko penyakit jantung di kalangan wanita.
Jadi, sebelum putus haid, risiko wanita mendapat sakit jantung adalah lebih rendah berbanding lelaki.
Namun, keadaan berubah apabila putus haid. Risiko wanita mendapat penyakit jantung kini setara dengan lelaki.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kesedaran umum terhadap kesihatan wanita, khususnya berkaitan kanser payu dara dan kanser serviks (pangkal rahim), telah meningkat.
Kini wanita lebih menyedari tentang penyakit ini dan tahu cara untuk mengambil langkah pencegahan yang perlu untuk menjaga kesihatan mereka.
Tetapi mengapa penyakit pembunuh nombor satu di kalangan wanita ini tidak mendapat perhatian yang sewajarnya?
Inilah yang mendorong Kah Lin berusaha meningkatkan kesedaran di kalangan wanita, khususnya mereka yang berisiko tinggi. Baru-baru ini, Kah Lin sempat ditemuramah tentang usahanya meningkatkan kesedaran sakit jantung di kalangan wanita dan risiko yang dihadapi golongan ini.
Soalan

SOLAT SUNAT TASBIH




Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat, baik sian ataupun malam hari. Ia dinama solat sunat Tasbih kerana dalam solat ini dibaca 300 tasbih yakni 75 kali setiap satu rakaat

Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak sanggup, usahakan sekali sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan, sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali dalam seumur hidup. 

Solat Sunat Tasbih dilakukan empat rakaat dengan satu salam. Elok dilakukan sebelah malam, namun boleh juga di siang hari. Harus diingat, wlaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yg agak lama, kerana diselangi membaca 300 x tasbih.








عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِلْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ يَا عَبَّاسُ يَا عَمَّاهُ أَلَا أُعْطِيكَ أَلَا أَمْنَحُكَ أَلَا أَحْبُوكَ أَلَا أَفْعَلُ بِكَ عَشْرَ خِصَالٍ إِذَا أَنْتَ فَعَلْتَ ذَلِكَ غَفَرَ اللَّهُ لَكَ ذَنْبَكَ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ قَدِيمَهُ وَحَدِيثَهُ خَطَأَهُ وَعَمْدَهُ صَغِيرَهُ وَكَبِيرَهُ سِرَّهُ وَعَلَانِيَتَهُ عَشْرَ خِصَالٍ أَنْ تُصَلِّيَ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ تَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ وَسُورَةً فَإِذَا فَرَغْتَ مِنْ الْقِرَاءَةِ فِي أَوَّلِ رَكْعَةٍ وَأَنْتَ قَائِمٌ قُلْتَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ خَمْسَ عَشْرَةَ مَرَّةً ثُمَّ تَرْكَعُ فَتَقُولُهَا وَأَنْتَ رَاكِعٌ عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنْ الرُّكُوعِ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَهْوِي سَاجِدًا فَتَقُولُهَا وَأَنْتَ سَاجِدٌ عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنْ السُّجُودِ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَسْجُدُ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ فَتَقُولُهَا عَشْرًا فَذَلِكَ خَمْسٌ وَسَبْعُونَ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ تَفْعَلُ ذَلِكَ فِي أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ إِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ تُصَلِّيَهَا فِي كُلِّ يَوْمٍ مَرَّةً فَافْعَلْ فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ جُمُعَةٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ شَهْرٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ سَنَةٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي عُمُرِكَ مَرَّةً
رواه أبو داود و إبن ماجه
 
Bacaan tasbih itu ialah :
 سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah,
Allah Maha Besar"
 Solat ini dilakukan 4 rakaat, setiap satu rakaat kita baca 75 x tasbih. 4 rakaat menjadikannya 300 tasbih

Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
1. selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
2. rukuk - 10 kali tasbih
3. iktidal - 10 kali tasbih
4. sujud - 10 kali tasbih
5. duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
6. sujud semula - 10 kali tasbih
7. duduk sebentar sebelum berdiri semula/selepas tahiyat awal @ akhir - 10 kali tasbih


Jadi jumpah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih . Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumpah semuanya 300 tasbih
 
Niat Solat Tasbih
أصَلِّي سُنَّةَ التَسْبِيحِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala
Surah-surah yang sunat dibaca selepas al-Fatihah
1. Rakaat pertama : Surah at-Takasur
2. Rakaat Kedua : Surah al-Asr
3. Rakaat Ketiga : Surah al-Kafirun
4. Rakaat Keempat : Surah al-Ikhlas

Doa Sunat Sembahyang Tasbih




"Ya Allah, Ya Tuhanku, aku bermohon taufiq daripada Mu seperti mana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk,
dan jadikanlah amalan ini sepertimana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat,
orang-orang yang bertaubat, dan keazaman ku seperti mana orang-orang yang takut.
 Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadah
seperti ibadat orang-orang yang warak. Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu
sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau
.
Ya Allah, aku memohon kepadaMu,
jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat
sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu sebagaimana amalan
yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas
dan bertawakal kepadMu dalam setiap perkara, dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka
terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran.
Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami.
Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa."

Friday, March 25, 2011

SELAMAT HARI JADI

 Alhamdulillah......semalam umur saya dah 28 tahun...sebenarnya saya tak nak selebret pun tapi ia berlaku macam ni semasa saya pergi ke bilik tiba-tiba black out..lepas itu terdengar bunyi lagu hari jadi....dan rasa terharu disambut hari jadi sebegini....yang paling seronok Radhilah...







hadiah

hadiah

DIBALIK TABIR RANCANGAN 'SAYANG SARAWAK' TV3




 Rancangan baru yang diterbitkan oleh TV3 iaitu ' Sayang Sarawak '. Selepas sembahyang jumaat saya dan kawan sepejabat singgah minum sambil menjamu rojak buah...Tanpa disedari ada sesi temu bual diantara pembaca TV3. Fei namanya.seorang gadis Tionghua cantik dan manis..kami pun terlibat saya pun terlibat dalam sesi ini.harap-harap ada keluar nati dekat rancangan tersebut..Fei hanya sering dilihat dalam kaca televisyen tapi tadi saya bergambar dan ditemua bual oleh Fei secara langsung..Gelabah..gementar semua ada semasa di tanya beberapa soalan....






nantikan saya di TV 3 dalam rancang SAYANG SARAWAK..

SEX BOLEH MEMBUNUH ?






Perubahan mendadak aktiviti fizikal daripada tahap sederhana kepada tinggi seperti jogging dan melakukan hubungan seks, meningkat risiko serangan jantung terutamanya kepada mereka yang jarang bersenam, menurut penyelidik U.S. Para doktor telah lama mengetahui bahawa aktiviti fizikal boleh mEnyebabkan masalah serius jantung tetapi penyelidik terbaharu itu membantu mengukur risiko itu.para penyelidik menganalisis data daripada 14 penyelidik yang  mencari kaitan diantara senaman , seks dan risiko serangan jantung atau kematiam kardiaologi secara tiba-tiba - ritma jantung berbahaya yang menyebabkan jantung terhenti mengepam darah. Kajian mendapati individu adalah 3.5 kali ganda berkemungkinan mengalami serangan jantung atau kematian kardiaologi secara tiba-tiba jika mereka bersenam berbanding mereka tidak bersenam dan individu juga 2.7 kali ganda berkemungkinan mengalami serangan jantung ketika melakukan hubungan seks atau sejurus kemudian berbanding mereka tidak melakukannya.


* SETIAP KALI INGIN MELAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL PERLU MELAKUKAN PEMANASAN BADAN DAN MELAKUKANNYA SECARA BERPERINGKAT....

KOLEKSI DUIT ZAMAN JAMES BROOKE

Koleksi duit lama ini telah disimpan oleh datuk nenek kepada nenek  and nenek saya dahulu..mengikut apa yang di beritahu oleh bapa saya salah satu duit yang ada dalam koleksi ini telah berumur empat keturunan dan berkemungkinan mencecah lebh kurang 100 tahunn...









Bekas untuk meletak duit ini dipanggil CELAPO..Sekarang umur bapa saya lebih kurang 65 tahun dan bekas ini telah diwarisi oleh bapa kepada datuk bapa saya..tidak mustahil ia berumur lebih daripada 100 tahunnn.. diperbuat daripada tembaga..rekaan seperti peti emas lanun....kalau tak silap ada yang sanggup berani nak beli sehingga mencecah 8k pada tahun 1999 tetapi tawaran itu ditolak oleh bapa saya...






selain daripada itu, cawan yang diperbuat daripada tembaga juga warisan datuk moyang saya dan masih elok sampai sekarang..dan merupakan koleksi yang termahal disimpan oleh bapa saya....memang tidak dikilatkan supaya keaslian dan ke antikkannya terserlah...





ini merupakan video edaran terhad.... hehehe sekiranya ada sesiapa yang ingin menjual atau membeli koleksi sebegini...hubungi......



Monday, March 21, 2011

 
 
 
 
 
 
 
Bukan sekadar lindungi mata, tapi aksesori wajib trend fesyen masa kini

Kaca mata hitam selain berfungsi sebagai pelindung mata daripada panahan terik matahari, ia juga menjadi simbol fesyen yang wajib dimiliki.
Menurut Pakar Perunding Fesyen, Faizal Hamid, kaca mata hitam adalah alternatif kepada mereka yang mahukan barangan seperti beg tangan dan pakaian daripada jenama mewah tapi tidak mampu dimiliki disebabkan harga yang tinggi melampau.

"Sememangnya kasut, alat solek atau wangian berjenama masih lagi dalam lingkungan produk yang boleh dimiliki kebanyakan kita tetapi ia tidak mempunyai impak segera (instant impact) seperti yang boleh dilihat apabila anda memakai kaca mata hitam berjenama antarabangsa.

"Kaca mata hitam bukan hanya boleh memberi nafas baru kepada pakaian yang kita ada malahan ia adalah satu cara yang paling ekonomi untuk kita mengikut peredaran gaya ataupun tren terkini," katanya.

Katanya, pencinta fesyen menggunakan kaca mata bukan saja sebagai membuktikan mereka mendapat kelebihan daripada penggunaan barangan berkenaan tapi juga untuk menunjukkan impak daripada pemakaian kaca mata hitam itu.

"Kini lebih banyak lagi jenama kaca mata hitam yang tidak begitu mahal ada di pasaran dibandingkan dengan kategori aksesori yang lain. Sememangnya kaca mata hitam punyai pelbagai pilihan rekaan dalam bentuk, saiz, hiasan dan perincian berbeza sesuai cita rasa semua individu," katanya.

Pembeli tidak lagi membeli kaca mata hitam semata-mata untuk melindungi mata dari pancaran UV kerana tarikan kaca mata hitam bersaiz besar menjadi kegilaan mencerminkan keperluan untuk penjagaan mata dalam gaya baru yang lebih hangat.







"Gaya paling terbaru dan popular adalah yang diinspirasikan daripada gaya kaca mata hitam ilham retro 50an. Bingkai plastik kembali dengan gaya kontemporari ilham mata kucing yang mengingatkan kita pada ikon filem barat seperti Marilyn Monroe," katanya.

Faizal mengingatkan pencinta fesyen supaya mendapatkan kaca mata hitam berjenama semasa ia masih dalam lingkungan harga yang berpatutan sebelum ia tersenarai di dalam kategori barangan mewah yang tidak mampu dimiliki suatu masa nanti.
"Jika anda tidak percaya lihat saja kaca mata hitam edisi terhad Bottega Veneta yang bingkainya diperbuat daripada tanduk semula jadi. Ia bahan yang paling eksklusif dan unik malah ada juga jenama terkenal yang menghiasi koleksi kaca mata hitam jenama mereka penuh dengan butiran berlian.

"Rekaan yang hebat ini bukan dijual dengan harga ratusan ringgit tapi sebaliknya ribuan malahan hingga mencecah puluhan ribu ringgit," katanya.


Memilih kaca mata hitam

Ramai tidak menyedari kacamata yang dijual di pasaran boleh dibezakan kegunaannya berdasarkan warna lensa, bentuk bingkai dan jenis cermin.

Menurut Pengurus Pemasaran City Chain Sdn Bhd, Chang Suling, seseorang yang berhasrat membeli cermin mata hitam perlu memastikan keperluannya sama ada untuk gaya, aktiviti luar atau dalam bangunan.

"Lensa berwarna gelap seperti hijau gelap, coklat dan kelabu antara pilihan paling popular sesuai aktiviti siang misalnya ketika pemanduan manakala lensa warna cerah khusus untuk waktu malam.

"Bagaimanapun, lensa dua tona kini menjadi pilihan ramai penggemar kaca mata hitam kerana ia boleh digunakan untuk aktiviti di sebelah malam atau siang hari," katanya.

Selain itu, turut diperkenalkan di pasaran adalah sejenis cermin mata hitam yang menggunakan cermin polarized. Kelebihan cermin berkenaan adalah ia mampu melaras kemasukan cahaya dan silau membuatkan pemandangan menjadi jelas.

"Cermin mata polarized sesuai dikenakan semasa memandu di waktu malam, ketika hujan atau apabila pandangan kabur disebabkan jalan berdebu.


"Ada juga jenis cermin mata hitam yang direka khusus untuk kecantikan. 'Mirror coating' adalah lens yang memantul cahaya dan kebaikannya, pemilik boleh menyembunyikan mata daripada pandangan yang tidak diingini," katanya.


INFO:
  • Kaca mata hitam berbingkai kristal telus sinar antara rekaan bingkai yang tidak kurang hebat musim ini.
  • Cermin mata hitam berbentuk aviator adalah belian yang terbaik kerana rekaannya tidak lapuk dek zaman.
  • Ketika memilih cermin mata, pastikan bingkai di bahagian pipi tidak menyentuh kulit untuk mengurangkan tekanan di bahagian hidung.
  • Individu bertudung dinasihatkan memilih tangkai cermin mata yang lurus bagi memudahkan pemakaian.
  • Elakkan membeli cermin mata hitam di negara Eropah kerana rekaan bingkai khusus untuk fizikal wajah mereka dibuat melengkung manakala wajah Asia sesuai bingkai potongan lurus.


 http://www.rayban-malaysia.com/2010/06/kaca-mata-hitam-pelengkap-imej.html

SOLAT ISTIHARAH



Solat Istikharah ialah solat sunat yang dilakukan sebanyak dua rakaat oleh seseorang ketika dia berada dalam keraguan untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau untuk membuat sesuatu pilihan diantara dua perkara yang dia sendiri tidak dapat menentukan pilihannya. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasullulah S.A.W dalam sebuah sabdanya yang berbunyi

" Apabila seseorang kamu berkehendak melakukan sesuatu, hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk ( solat dua rakaat) selain daripada solat fardhu " .


 Berdasarkan kepada sabda Rasullulah S.A.W diatas, maka para ulama ahli fiqh sepakat mengatakan hukum mengerjakan solat sunat Istikharah ini adalah sunat..




 Hikmahnya adalah :

a. Perbuatan ini menggantikan kebiasaan kaum Jahilliyah, yang berusaha untuk menetapkan pilihan mereka melalui burung-burung atau anak panah, baik ketika hendak menentukan pilihan mereka dalam perkahwinan, ketika hendak berjalan jauh atau ketika melaksanakan sessuatu urusan yang mereka anggap penting dalam kehidupan, rumahtanggga mahupun kepercayaan mereka. Disyariatkan solat sunat ini adalah untuk dijadikan tempat kembali oleh setiap orang beriman dalam menentukan pilihan mereka.

b. Solat Istikharah adalah suatu ilmu yang sangat halus yang tidak patut dilupakan oleh setiap umat Islam. Penyusunan Kitab Al-Sunan Wa al-Mubtadak mengatakan bahawa orang-orang yang telah pun melupakan solat ini bermakna telah melalikan ilmu yang sangat halus tersebut, yakni jalan kemudahan dari ALLAH S.W.T melalui solat, kemudian berpaling ke jalan kefasikan, ssebagaimana yang dinyatakan oleh ALLAH S.W.T melalui firmannya surah Al-Maidah ayat 3 maksudnya ;

" Dan ( diharamkan juga ) mengundi nasib dengan anak panah, perbuatan itu satu kefasikan "

ALLAH S.W.T menamakannya dengan dengan perbuatan fasiq, kerana beralih kepada orang yang mengaku-ngaku mengatahui barang ghaib, sehingga mereka terdorong untuk menempuhi jalan kahanah atau nujum-nujum.

c. Merupakan suatu pernyataan yang tulus bagi setiap peribadi mukmin, bahawa melalui solat tersebut mereka meniadakan kehendak peribadinya dan menyerah diri dan urusan sepenuhnya  kepada ALLAH S.W.T.....

FUTURISTIC BMW CAR





Andai ku milikmu

Sunday, March 20, 2011

REMAJA AMERIKA INGIN TETAP 'VIRGIN'






Sikap mengutamakan keperawanan kemungkinan disebabkan pendidikan seks yang baik.
Orang-orang di negara Barat dikenal dengan kebiasaan seks pranikah atau seks bebas. Bahkan, remaja pun merasa harus segera menghilangkan keperawanannya agar tak dibilang kuper atau KOLOT. Namun, sebuah laporan baru yang dikeluarkan oleh Centers for Disease Control dan  National Center for Health Statistics mengatakan bahawa remaja Amerika kini cenderung tidak mahu meneruskan hubungan seks. maksudnya, bersikap mengekalkan perawannya atau DARA  kembali popular di sana.
Fakta ini diperolahi setelah NCHS mengadakan temubual secara  individu sekitar 13.500 lelaki dan wanita usia 15-44 tahun. Mereka ditanya mengenai siapa pasangan seksual mereka, jenis aktiviti seks apa yang biasa dilakukan, dan siapa yang belum pernah melakukan hubungan seksual sama sekali.



Kajian mendapati bahawa antara 2006 dan 2008, jumlah lelaki usia 15-24 tahun yang belum pernah melakukan  seksual  dengan orang lain jumlahnya 27 %. Pada 2002, angkanya hanya 22 %. Sedangkan perempuan usia 15-24 tahun yang belum pernah melakukan aktiviti seks jumlahnya 29 % (pada tahun 2002, jumlahnya juga 22 %).

Penemuan ini tentu bertentangan dengan laporan lain mengaitkan perilaku seksual remaja, demikian menurut Anjani Chandra, pemerhati kesihatan di NCHS. Dilihat bahawa remaja usia 15-19 tahun adalah yang terbanyak dari kategori yang tidak iingin lagi untuk hubungan seksual ini.





Chandra mengatakan bahwa ia tak boleh berspekulasi mengapa anak muda mempertahankan keperawanan di usia tersebut. Namun, ia menduga penyebabnya adalah pendidikan seks yang baik dan pesan-pesan mengenai penundaan hubungan seksual. Atau, mungkin juga responden tidak mengungkapkan hal yang sebenarnya.

Apa pun alasan di baliknya, dan benar-tidaknya pengakuan dari responden, hasil penemuan ini boleh dianggap kansecara positif. Kalau anak muda di negara yang bebas saja kembali mempertahankan prinsip tidak hubungan seks hingga cukup dewasa dan bertanggung jawab untuk melakukannya, mengapa kita tidak?

LAWATAN KE KOLEJ PERUBATAN UNIMAS




Kolej Perubatan UNIMAS terletak kira-kira 25 km dari kampus Utamanya. Kedudukannya  amat strategik kerana berdekatan dengan Hospital Umum  Sarawak..Memudahkan para pelajar untuk ke hospital. Reka bentuk kolej seperti apartmen dan empat tingkat. Dilengkapi perkhidmatan jalur lebar secara percuma.





http://www.facebook.com/group.php?gid=111935648821970#!/group.php?gid=111935648821970&v=wall

http://www.unimas.my/ 

Saturday, March 19, 2011

MASALAH-MASALAH LITAR PINTAS



Setelah menerima laporan tiada bekalan elektrik ( black Out ) saya pun membuat pemeriksaan dilokasi yang dilaporkan.....di dapati struktur peralatan yang di syaki  punca masalah masih dalam keadaan baik...Untuk keselamatan setiap kali kita menyentuh peralatan atau produk yang disyaki bermasalah pastikan diperiksa dengan menggunakan pena uji ( test pen )





sekiranya test pen tersebut menyala, ini bermakna terdapat arus elektrik pada struktuk peralatan tersebut sama ada kuat atau pun tidak..HATI - HATI.... pada pengalaman saya sekiranya ini berlaku terdapat litar pintas sama ada pada sambung produk tersebut atau pendawaian..Pemeriksaan ini mengambil masa dan ketelitian yang tinggi..sebab kita perlu memeriksa satu persatu terutamanya pada sambungan produk, bekalan pada produk.  dan suis produk...dan mungkin faktor-faktor yang lain seperti serangga yang tersepit contohnya ciciak....
Sekiranya masih juga tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut serah saja pada  yang pakar..untuk keselamatannnn...selamat mencuba..

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...