Friday, March 11, 2011

ALAHAI REZEKI SAYUR GORENG JAWA




Alahai rezeki, apabila masuk je rumah terhidu bau yang menyelerakan...rupa-rupanya mak tengah masak..ermmm sedapnye...tak saba tunggu makan malam. Biasanya kami makan malam selepas waktu maghrib..salas satu masakan mak malam ni SAYUR GORENG JAWA. Bahan-bahannya adalah :



BAHAN A

10 biji cili padi
3 biji cili merah
3 biji bawang putih 
4 biji bawang merah
semuanya dimayangkan


Kemudian 

BAHAN B
20 ekor udang
1/2 biji kelapa parut( santannya)
10 batang kacang panjang(dimayangkan)
50 gram suhun ( rendam dgn air)
3 biji tempe digoreng dan dipotong dadu
3 biji tauhu basah digoreng dan dipotong dadu
garam
gula
serbuk perasa
minyak untuk menumis


Suhun

Cara membuatnya :

1. Panaskan sedikit minyak,tumis bahan A sehingga berbau wangi,masukkan garam, gula, serbuk perasa dan udang
2. Masukan potongan tempe, tauhu, suhun dan santan. Biarkan santan mendidih dan suhun lembut.
3. Sebelum diangkat masukan kacang panjang yang telah dimayang


No comments:

Post a Comment

tajuk post

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...