Saturday, March 12, 2011

MONARKI VS DEMOKRASI


Raja bukan sahaja menjadi simbol kesinambungan serta kedaulatan malah merupakan ketua agama serta ketua Panglima Besar angkatan tentera sesebuah negara. Di malaysia contohnya, Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam, manakala di United Kingdom dan negara dibawah naungannya, Ratu Elizabeth II adalah ketua agama Kristian Protestan. Sistem pemerintahan beraja atau monarki merupakan sistem yang tertua didunia yang melibatkan raja sebagai ketua negara. Sistem monarki yang diamalkan negara-negara di Asia seperti  Jepun, Bhutan dan Kemboja mempunyai keunikan tersendiri namun mereka asih mengekalkan persamaan dan kisah sejarah yang menrik untuk dikongsi.
JEPUN

 
Keluarga diraja Jepun masih mengekalkan sisitem pemerintahan berasaska keturunan tertua didunia yang bermula dari kurun keenam sebelum masihi. Sejak beroleh perlembagaan pada tahun 1947, negara matahri terbit yang kekal di kepulauan archipelago ini telah berjaya megekalkan unit Raja Berpelembagaan yang dikenali sebagai DIET. Dalam sistem ini , Perdana Menteri berkuasa dalam pemerintahan negara dan dilantik daripada kalangan ahli diet. Manakala peranan Maharaja pula sebagai ketua negara secara rasmi.
Maharaja Akihito, lahir pada 23 Disember 1933, maharaja yang ke-125 dan merupakan pemerintah terkini Jepun yang menganti ayahanda beliau, Maharaja ShDwa ( 1926-1989). Beliau mengawini anak perempuan Shoda Hidesaburo, presiden syarikat Industri Tepung Nisshin, Michiko Shoda, yang juga jadi pecah tradisi menjadi gadis 'marheen' pertama yang menikahi putera raja. Mereka dukurniaka  tiga cahaya mata, Putera Naruhito lahir pada 23 Februari 1960, Putera Akishino lahir 11 November 1965 dan Puteri Sayako Nori lahir pada 18 April 1969. Ketika Pemerintahan ShDwa, Jepun telah kalah Perang Dunia Kedua. Untuk kali pertama dalam sejarah, Jepun diduduki kuasa  luar selama tujuh tahun. Kekuasaan luar ini membawa kepada berakhirnya status maharaja yang dianggap terlalu tinggi serta mengakibatkan tranformasi Jepun menjadi negara demokrasi dengan sistem raja berperlembagaan. Keadaan ini berterusan sehinggalah tahun 1952 dengan termeterainya perjanjian San Francisco. Jepun berjaya mengembalikan kedaulatannya sekali lagi.....


BHUTAN


Bhutan merupakan negara pertama dalam sejarah dimana rajanya sendiri perlu meyakinkan penduduk tentang kebaikan sistem demokrasi dan menjadi negara terakhir memperkenalkan TV setelah larangannya ditarik balik pada tahun 1999.
Walaupun sebahagian besar catatan sejarah telah musnah dalam kebakaran di Punakha, Ibu Kota kuno pada tahun 1827, penemuan peralatan,senjata dan sisa batu membuktikan negara ini pernah dihuni sejak awal 2000 SM. Bhutan tidak sunyi dari peperangan sehingga abad ke-17, apabila negara ini disatukan oleh sami Tibet dan pemimpin tentera Shabdrung Ngawang Namgyal.


Pada tahun 1885, Ugyen Wangchuck berjaya mengukuhkan kuasa dan membina ikatan kuat dengan pihak British dan India. Dari pangkalannya di Bhutan tengah, Ugyen Wangchuck mengalahkan musuh politik dan menyatuka negeri melalui perang saudara dan pemberontakan. November 1907 menyaksikan perhimpunan ketua sami pegawai kerajaan dan ketua-ketua penting bagi menolak sistem kerajaan dual yang telah diamalkan selama 300 tahun untuk digantikan dengan sistem monarki. Ugyen Wangchuck dipilih sebagai pewaris druk Gyalpo dan memerintah dari tahun 1907-1926. Ugyen juaga menggantkan jawatannya pemimpin tempatan dengan pengikut, saudara mara dan ahli keluarga Dorji.
Pada Julai 1972, Jigme Singye Wangchuck menaiki tahta pada usia 16 tahun setelah kematian ayahandanya Dorji Wangchuck. Pada 1998, Raja Jigme Singye Wangchuck memperkenalkan refomasi politik penting dan memindahkan sebahagian besar kekuasannya kepada Perdana Menteri serta memperkenalkan perlembagaan berdasarkan sistem pungutan suara

No comments:

Post a Comment

tajuk post

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...