Sunday, March 27, 2011

PEMBERONTAKAN DI DUNIA ARAB







1. LIBYA

Lebih dari 328 000 orang Libya melarikan diri sejak 15 Februari 2011. Serangan udara Tentera Bersekutu dilancarkan terhadap tentera pemimpin Libya, Muamar Ghadafi di Ajdabiyah, Misrata, dan Zawiyah. Perbincangan oleh Pertubuhan Perjanjian Atlatika Utara ( NATO ) akan diadakan bagi membincangkan tentang struktur kuasa tentera akan datang. Itali berkata, Perancis enggan berkrompromi berhubung urusan menyerah kuasa operasi tentera.


2. MESIR

Bursa saham dibuka semula selepas dua bulan. Setiusaha Amerika Syarikat melakukan kunjungan, bekas Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adli berhadapan dakwaan mengakibatkan pembynuhan penunjuk perasaan.


3. BAHRAIN

Menteri Luar Bahrain, Shaikh Khalid Bin Ahmed Bin Mohammed Al-khalifah berkata, situasi negara itu berada dalam fasa serius. Katanya, keadaan agak stabil tetapi kerajan bimbang dengan perpecahan antara masyarakat beragama di Bahrain



4. ISRAEL/GAZA

Satu serangan bom dilancarkan di stesen bas pusat berhampiran Baitulmaqdis. Ia merupakan kejadian pertama di bandar itu sejak 2004. Roket pejuang Palestin dilancarkan ke Beersheva, Asdod dan Eshkol pada selasa dan rabu lalu. Tentera udara Israel menyerang pejuan di timur Gaza City.



5. YEMEN

Parlimen meluluskan darurat yang di umumkan Presiden Ali Abdullah Saleh. Pembangkang mempertikaikan undian tersebut. Kereta kebal masih ditempatkan di beberapa lokasi penting di Sanaa. penunjuk perasaan dari golongan belia menolak dialog dengan Saleh, menggesa beliau meletak jawatan segera dan enggan berganjak dari Sanaa..



6. SYRIA

Beberapa orang maut apabila tentera keselamatan menembak peluru hidup kearah penunjuk perasaan diluar sebuah masjid ketika pertempuran dengan polis berterusan di Daraa, Selatan Syria. Gabenor Daraa dipecat, sementara bandar itu dikepung tentera. Berlaku protes di Daraa setiap hari sejak seminggu lalu...


7. SUDAN

Selatan Sudan menuduh utara Sudan mengebom dua lokasi berhampiran kawasan sempadan. Imej satelit menunjukkan tentera keselamatan yang disokong utara sudan telah ditempatkan di wilayah Abyei yang kaya dengan minyak.

No comments:

Post a Comment

tajuk post

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...