Saturday, March 12, 2011

SEKS KEKAL HEBAT WALAUPUN USIA MENINGKAT




Untuk mengekalkan seks walaupun dah berumur salah satu tipnya adalah:

1. Terima Hakikat - Bagi mencegah dan mengatasi masalah seksual pada usia tua, golongan ini perlu menyedari dan menerima hakikat masa tua sebagai sebahagian perjalanan kehidupan. Pada masa ini akan terjadi penurunan fungsi tubuh, termasuk fungsi seksual. Jangan berharap kemampuan seksual tetap seperti masa muda.

2. Jaga Kesihatan - Untuk mempertahankan kecergasan, jagalah kesiahatan tubuh, termasuk melakukan senaman dan mengatur pola makanan sesuai dengan usia. Hindari gaya hidup yang merugikan fungsi seksual.

3. Pengambilan Ubat Tanpa Merujuk Pakar - Jangan menggunakan ubat, ramuan, bahan kimia atau cara alin tanpa merujuk pakar. Jangan mudah percaya kepada iklan yang menawarkan produk untuk meningkatkan fungsi seksual.



4. Pelihara Komunikasi Dengan Pasangan - Lakukan sesuatu baru dalam aktiviti seks supaya tidak timbul kebosanan. Jangan saling menyalah pasangan jika anda berdua meghadapi masalah seksual, sebaliknya mendapat nasihat dari pakar yang boleh mengatasi masalah dengan betul.

5. Percaya Diri - Mencari wanita alin yang lebih muda,berdandan seperti orang muda dan rasa gelisah yang tak beralasan bukan jalan penyelesaian yang baik. Satu-satunya jala yang terbaik adalah menerima dengan ikhlas bahawa memang sudah waktunya anda menghadapi keadaan ini.


6. Eksperimen - Lakukan eksperimen untuk megenali kawasan-kawasan sensitif pasangan anda, agar tidak membosankan. Cubalah variasi-variasi lain. Tapi pastikan sesuai dengan kadaan dan kesihatan pasangan

7. Sentuhan Dan Belaian - Tidak kira tua atau muda, apalah ertinya hubungan intim dengan pasangan tanpa sentuhan dan belaian mesra dari pasangan. Teruskan perkara ini walaupun pada usia tua. Belaian dan sentuhan sesungguhnya lebih penting disaat ini bagi menggambarkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi....

No comments:

Post a Comment

tajuk post

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...