Monday, March 21, 2011

SOLAT ISTIHARAH



Solat Istikharah ialah solat sunat yang dilakukan sebanyak dua rakaat oleh seseorang ketika dia berada dalam keraguan untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau untuk membuat sesuatu pilihan diantara dua perkara yang dia sendiri tidak dapat menentukan pilihannya. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasullulah S.A.W dalam sebuah sabdanya yang berbunyi

" Apabila seseorang kamu berkehendak melakukan sesuatu, hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk ( solat dua rakaat) selain daripada solat fardhu " .


 Berdasarkan kepada sabda Rasullulah S.A.W diatas, maka para ulama ahli fiqh sepakat mengatakan hukum mengerjakan solat sunat Istikharah ini adalah sunat..




 Hikmahnya adalah :

a. Perbuatan ini menggantikan kebiasaan kaum Jahilliyah, yang berusaha untuk menetapkan pilihan mereka melalui burung-burung atau anak panah, baik ketika hendak menentukan pilihan mereka dalam perkahwinan, ketika hendak berjalan jauh atau ketika melaksanakan sessuatu urusan yang mereka anggap penting dalam kehidupan, rumahtanggga mahupun kepercayaan mereka. Disyariatkan solat sunat ini adalah untuk dijadikan tempat kembali oleh setiap orang beriman dalam menentukan pilihan mereka.

b. Solat Istikharah adalah suatu ilmu yang sangat halus yang tidak patut dilupakan oleh setiap umat Islam. Penyusunan Kitab Al-Sunan Wa al-Mubtadak mengatakan bahawa orang-orang yang telah pun melupakan solat ini bermakna telah melalikan ilmu yang sangat halus tersebut, yakni jalan kemudahan dari ALLAH S.W.T melalui solat, kemudian berpaling ke jalan kefasikan, ssebagaimana yang dinyatakan oleh ALLAH S.W.T melalui firmannya surah Al-Maidah ayat 3 maksudnya ;

" Dan ( diharamkan juga ) mengundi nasib dengan anak panah, perbuatan itu satu kefasikan "

ALLAH S.W.T menamakannya dengan dengan perbuatan fasiq, kerana beralih kepada orang yang mengaku-ngaku mengatahui barang ghaib, sehingga mereka terdorong untuk menempuhi jalan kahanah atau nujum-nujum.

c. Merupakan suatu pernyataan yang tulus bagi setiap peribadi mukmin, bahawa melalui solat tersebut mereka meniadakan kehendak peribadinya dan menyerah diri dan urusan sepenuhnya  kepada ALLAH S.W.T.....

No comments:

Post a Comment

tajuk post

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...