Saturday, April 30, 2011

PERKAHWINAN DIRAJA BRITISH PALING BERPRESTIJ DI DUNIA



SAN FRANCISCO 30 April – Perkahwinan diraja Britain mencatatkan rekod dalam tayangan video online semalam, mengatasi perlawanan akhir Piala Dunia 2010 sebagai acara langsung yang paling ditonton di Internet, kata penyedia perkhidmatan Akamai.


Syarikat penyedia pelayan itu berkata, seramai 2.4 juta akses telah dicatatkan ketika perkahwinan tersebut berbanding 1.6 juta semasa perlawanan akhir Piala Dunia.




Akamai menjangkakan sebanyak 5.4 juta kali klik seminit dilakukan ke atas bahagian berita perkahwinan diraja tersebut, yang juga acara berita yang kelima paling dilawati dalam sejarah. - DPA

KULIT DURIAN BOLEH MENYERAP MINYAK ?








KUALA LUMPUR – Ramai yang mengetahui bahawa durian adalah buah yang diminati oleh kebanyakan penduduk di Asia, tapi tidak ramai yang tahu kegunaan kulit buah yang dikenali sebagai raja buah itu.
Buah yang mempunyai isi yang lazat dan kulit berduri dengan bau semerbak itu didapati mempunyai satu lagi kegunaan iaitu kulitnya boleh dijadikan penyerap minyak.








Perkara itu diperoleh hasil penyelidikan inovatif Universiti Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST).
Pensyarah Jabatan Bioteknologi, Fakulti Sains Gunaan AIMST Dr S Kathiresan berkata kulit durian, yang biasanya dibuang, boleh diguna untuk membuang minyak daripada air.
“Keputusan yang diperoleh pada skala makmal menunjukkan bahawa secara kimia kulit durian yang diubahsuai adalah penyerap yang berkesan untuk memulihkan air yang dicemari minyak,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata bio penyerap boleh diguna untuk membersihkan tumpahan minyak di sepanjang pesisir pantai, yang boleh memudaratkan bukan sahaja hidupan laut tetapi juga aktiviti ekonomi kepada manusia.
“Biasanya, kaedah manual dan fizikal diguna untuk membersihkan tumpahan minyak di pesisir pantai. Oleh itu penggunaan sisa agro untuk pemulihan alam sekitar mempunyai potensi komersial yang besar berikutan keberkesanannya untuk menyerap minyak, kos yang sederhana dan biodegrasi,” katanya.
Dr Kathiresan berkata kajian beliau mengenai perkara itu bermula dengan percubaan mudah iaitu mengumpul kulit durian dan membasuhnya beberapa kali dengan air paip untuk membuang kotoran.
Ia kemudian dipotong kecil sekitar lima hingga lapan sentimeter panjang dan dikeringkan di bawah cahaya matahari, sebelum dikisar menjadi serbuk.
“Kulit durian diubahsuai dengan pelbagai bahan kimia dan minyak untuk menghilangkan tumpahan minyak di larutan air,” katanya.







Dr Kathiresan berkata asid lemak durian yang menjalani proses peremajaan juga boleh mengekalkan keberkesanan asalnya, untuk menyerap tumpahan minyak pada air sekurang-kurangnya untuk tiga kitaran.
Pada masa ini kos bahan tertentu yang diguna untuk membersihkan tumpahan minyak ialah sekitar AS$100 sekiloram.



Dr Kathiresan berkata beliau akan membentangkan kertas kajiannya bertajuk “Fatty Acid Modified Durian Peel As An Efficient Biosorbent For Removal of Spilled Oil on Aqueous Media” pada Kongres Kimia Asia ke-14 September ini di Bangkok. – BERNAMA

ROMBONGAN KE SIBU SARAWAK



Hari Sabtu 30 April 2011, 1030 pagi kami berangkat ke Sibu atas urusan kerja.........

Sebab ada Rombong daripada pihak MQA...
Banyak kerja perlu diselesaikan dan dipantau.....






Hari Ahad 8 Mei 2011 balik  Kuching lagi....
Letihhh..............



Thursday, April 28, 2011

ADAKAH MAKHLUK HALUS BENAR-BENAR WUJUD ?




Istilah Makhluk Halus

Dalam Kamus Dewan, makhluk halus diertikan sebagai hantu, bunian, jembalang, puntianak langsuir, pelesit yang merupakan roh jahat yang merasuk dan melakukan pelbagai kemudaratan kepada manusia.

Dalam kamus Arab seperti al-Munjid, Lisan al-Arab, Mukhtar al-Sahih dan lain-lain menyatakan makhluk halus ini adalah roh-roh kotor atau jahat yang melakukan kejahatan secara tersembunyi dan menakutkan anak-anak Adam dengan pelbagai cara.

Dalam al-Quran menyebut syaitan atau syayatin, jin atau jinnah, qarin, iblis, ifrit dan sebagainya. Dalam hadith yang sahih menyatakan dengan istilah Ummu Sibyan, Khanzab, Aamir, 'Ammar, Alwalahan, Mukhannas dan Mukhannathuun.

Dalil Wujud Makhluk Halus

Semua istilah ini sama ada dalam al-Quran dan Hadith merujuk kepada wujudnya makhluk halus ataupun roh jahat yang mengganggu manusia dengan pelbagai cara.

Firman Allah swt, surah al-Ahqaf ayat 29 :-


Maksudnya :- Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengah kepada yang lain), "Diamlah kamu dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada bacaannya!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyebarkan ajaran al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.

Hadith yang sahih daripada Ibnu Abi Hatim yang diriwayatkan daripada Mujahid menceritakan Rasulullah saw telah bertemu dengan masyarakat jin untuk berdakwah. Sama ada hantu, jembalang,jin tanah,pelesit ,bunian dan sebagainya ialah makhluk halus yang wajib dipercayai kewujudannya sebagai mana disebut  dalam Al-Quran.
TIDAK MEMPERCAYAI AYAT-AYAT AL-QURAN BOLEH MEMBAWA KEPADA KEROSAKAN AQIDAH..

SEJARAH KEDIAMAN KELUARGA DIRAJA BRITAIN






KEUNIKAN Istana Buckingham menjadikannya antara destinasi yang wajib dilawati di kota London.



KELUARGA diraja Britain merupakan salah satu monarki yang paling berpengaruh di dunia. Sejarah monarki itu bermula selepas William ‘si penakluk’ ditabalkan menjadi Raja England pada 25 Disember 1066.
Ketika ini, Ratu Elizabeth II, 84, merupakan monarki ke-40 yang menaungi sistem diraja Britain. Elizabeth II dilantik menggantikan bapanya, Raja George VI pada tahun 1952 ketika umurnya 26 tahun.
Kediaman rasmi keluarga diraja itu terletak di Istana Buckingham di bandar Westminster di tengah kota London. Istana tersebut merupakan kediaman rasmi keluarga diraja Britain selain menjadi ibu pejabat pentadbiran. Ia juga menjadi tempat berlangsungnya acara diraja dan lawatan rasmi yang dikendalikan oleh Royal Household.
Menurut sejarah, istana tersebut dibina pada tahun 1702 oleh Duke of Buckingham sebagai kediaman rasminya di London. Raja George III kemudiannya membeli Rumah Buckingham pada tahun 1761 untuk isterinya Permaisuri Charlotte, yang dijadikan kediaman keluarganya.
Ia kemudian dikenali sebagai rumah Permaisuri dan 14 daripada 15 anak Raja George III dilahirkan di situ.
Pada tahun 1762, kerja-kerja mengubahsuai dilakukan mengikut kehendak Raja dan ia direka oleh Sir William Chambers dengan kos 73,000 pound (RM345,270). Raja George IV yang mewarisi takhta pada tahun 1820 pula bercadang untuk membina semula rumah itu dan masih menggunakannya seperti ayahandanya.
ISTANA Buckingham menyimpan pelbagai khazanah dan hasil karya yang bernilai tinggi milik keluarga diraja.


Kerja-kerja pengubahsuaian
Ketika kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan sekitar tahun 1826, Raja mengubah pendirian untuk menjadikan rumah itu sebagai istana. Menggunakan kepakaran John Nash, Parlimen meluluskan bajet 150,000 pound (RM739,863) namun Raja menekan sehingga 450,000 pound (RM2.2 juta) sebagai nilai yang lebih realistik.
Nash mengekalkan bangunan utama namun menggandakan saiznya dengan menambah beberapa suite baru di bahagian taman yang menghadap ke arah barat.
Sayap utara dan selatan Rumah Buckingham juga diroboh dan dibina semula dengan saiz lebih besar. Pembinaan tersebut menggunakan Marble Arch untuk memperingati kemenangan British di Trafalgar dan Waterloo.
Pada tahun 1829, kos pembinaan meningkat hingga setengah juta pound (RM2.4 juta). Selepas kematian Raja George IV pada tahun 1830, adik bongsunya, William IV pula menggunakan kepakaran Edward Blore bagi menyiapkan kerja-kerja pengubahsuaian.
Ratu Victoria merupakan raja pertama mengambil alih istana tersebut pada tahun 1837, tiga minggu selepas menaiki takhta.
Secara keseluruhan, istana itu mengandungi 775 buah bilik. Ia merangkumi 19 bilik rasmi, 52 bilik tidur diraja dan tetamu, 188 bilik staf, 92 pejabat dan 78 bilik air.
Ukuran bangunan tersebut meliputi 108 meter panjang melintasi bahagian hadapan, 120 meter ke dalam (termasuk segi empat tengah) dan 24 meter tinggi. Biarpun banyak pengubahsuaian dilakukan, namun bahagian depan istana itu masih kekal seperti 300 tahun lalu. Apa yang pasti, rekaannya sangat bernilai dan unik yang melambangkan sistem raja berperlembagaan di Britain.
Di bahagian belakang istana, terdapat sebuah taman dan sebuah tasik buatan yang diiktiraf sebagai antara taman peribadi terbesar di London. Di depan Istana Buckingham, terdampar jalan merah yang kelihatan begitu teguh, dibina hasil sumbangan negara-negara yang pernah terletak di bawah jajahan British.
Kunjungan musim panas
Berhampiran istana itu, tersergam sebuah tugu besar untuk memperingati Ratu Victoria. Ia direka oleh Sir Thomas Brock pada tahun 1911, manakala kawasan sekelilingnya direka oleh arkitek Sir Aston Webb yang menggunakan lebih 2,300 tan marmar putih.
Berhampiran istana tersebut, terletak Royal Mews iaitu sebuah kawasan yang menyimpan kuda dan kenderaan rasmi diraja termasuk Gold State Coach yang digunakan pada upacara-upacara kebesaran.

BILIK Negara ini hanya dibuka kepada pengunjung dari bulan Julai hingga September.


Dianggarkan, setiap tahun 50,000 tetamu menghadiri majlis-majlis rasmi seperti jamuan, resepsi dan parti taman diraja.
Bilik Negara di Istana Buckingham dibuka kepada pengunjung pada permulaan musim panas dari bulan Julai hingga September. Di sini pengunjung boleh melihat beberapa khazanah dan hasil karya bernilai tinggi milik diraja.
Antaranya ialah lukisan karya-karya pelukis tersohor seperti Rembrandt, Rubens, Vermeer, Poussin, Canaletto dan Claude; arca-arca oleh pereka Canova dan Chantrey serta pelbagai porselin dan perabot terbaik dunia buatan Inggeris dan Perancis.
Salah satu tarikan pelancong ke istana itu ialah majlis pertukaran tugas mengawal istana. Dari segi sejarah, kawalan di istana tersebut melibatkan anggota pasukan keselamatan negara-negara Komanwel bermula sejak bulan September 1916. Setakat ini negara yang diberi kepercayaan untuk memikul tugas itu ialah Kanada, Australia, Afrika Selatan, New Zealand, Sri Lanka, Pakistan, Jamaica dan Malaysia.

Wednesday, April 27, 2011

KANDUNGAN GULA TAMBAHAN DALAM SUSU ANAK ANDA






KEPENTINGAN SUSU TUMBESARAN

Sebagai seorang ibu,tahu bahawa susu tumbesaran mengandungi khasiat pemakanan yang khusus untuk memastikan tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak yang optimum. Susu tumbesaran kaya dengan pelbagai sumber khasiat yang penting untuk kanak-kanak.


KEBANYAKAN SUSU TUMBESARAN MENGANDUNGI TERLALU BANYAK GULA TAMBAHAN

Semua susu tumbesaran mempunyai gula secara semula jadi dimana ia adalah sebahagian daripada bahan asas susu. Ini disifatkan sebagai bermanfat dan sihat untuk diet seharian anak kita. Namun kebanyakan susu tumbesaran di Malaysia juga mengandungi gula tambahan yang terlalu banyak sehingga 40%.



SARANAN PENGAMBILAN GULA UNTUK KANAK-KANAK

Panduan Pemakanan Malaysia yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, telah mengesyorkan orang ramai mengambil makanan dan minuman yang kurang gula. Jadual dibawah menunjukan panduan yang diperolehi daripada pertubuhan kesihatan sedunia ( WHO ) tentang pengambilan gula tambahan untuk kanak-kanak
 
Umur
Gula tambahan ( Gram )
Sudu teh gula tambahan
Kanak-kanak 1-3 tahun
23-25g
~5
Kanak-kanak 4-6 tahun
32-34 g
~7

Diadaptasi daripada WHO, 2002 menggunakan cadangan pengambilan tenaga daripada RNI Malaysia 2005  1 sudu teh gula = 5g
PENTING UNTUK DIINGATI BAHAWA :

  • Adalah lebih baik jika pengambilan gulatambahan lebih rendah daripada paras maksimum yang disarankan
  • Gula tambahan boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan, bukan hanya dalam susu.

PELBAGAI JENIS NAMA GULA TAMBAHAN


 Pada label, gula akan disenaraikan sebagai sebahgian karbohidrat. Perlu diingat bahawa lebih tinggi paras karbohidrat secara lazimnya ia bermakna lebih tinggi paras gula tambahan. Terdapat pelbagai jenis gula yang menggunakan nama yang berbeza. Kebanyakan gula tambahan yang terkandung di dalam susu tumbesaran adalah :

  • SUKROSA
  • PEPEJAL SIRAM JAGUNG
  • PEPEJAL SIRAP GLUKOSA
Perhatikan bahan-bahan ini. Sekiranya salah satu daripada bahan ini tersenarai pada label, ia bermakna terdapat gula tambahan di dalam produk tersebut.

KESAN KESIHATAN DI ATAS PENGAMBILAN GULA TAMBAHAN BERLEBIHAN TERHADAP KANAK-KANAK

Makanan yang mengandungi hanya gula semulajadi, seperti yang terdapat di dalam buah-buahan dan susu, disifatkan sebagai bermanfaat dan sihat untuk diet seharian kita..Namun kajian menunjukan bahawa pengambila gula tambahan  berpotensi menadi punca kepada pengambilan kalori yang berlebihan, dimana ia boleh menyumbang kepada masalah kegemukan dan penyakit-penyakit kronik seperti diabetis dan keries gigi meskipun pada kanak-kanak.

   

BUNGA TERKECIL DAN BUNGA TERBESAR DIDUNIA



BUNGA TERKECIL DIDUNIA




Dikenali sebagai  GENUS WOLFFIA pemegang rekod bunga terkecil didunia. Sejenis tanaman tanpa akar yang sangat kecil yang tergolong dalam keluarga duckweed ( Lemnaceae ) yang hidup di aliran air yang tenang dan kolam.


BUNGA TERBESAR DIDUNIA



Bunga Rafflesia atau pakma merupakan bunga terbesar di dunia. Bunga Rafflesia sering mendapat jolokan sebagai bunga gergasi dan bunga terbusuk mempunyai pelbagai keunikan tersendiri berbanding bunga-bunga lain di muka bumi.

KHASIAT KACANG HIJAU




Selalunya kacang hijau disediakan sebagai bubur dan kuih muih. Ketahuilah kacang hijau mempunyai khasiat tersendiri salah satunya adalah :

TINGGI PROTEIN. Kacang hijau mengandungi kadar protein yang tinggi iaitu sebanyak 24%. Secar a tradisi, ibu hamil sering disarankan supaya mengambil kacang hijau setiap hari agar bayi yang dilahirkan mempunyai rambut yang lebat. Ini kerana pertumbuhan sel tubuh termasuk sel rambut memerlukan gizi yang baik termasuk protein
RENDAH LEMAK. Sangat baik bagi mereka yang ingin menghindari makanan tinggi lemak. Selain itu kacang hijau tidak mempunyai lemak tepu dan baik untuk jantung.



VITAMIN B1. Amat baik bagi mengelak penyakit beri-beri dan melancarkan proses pencernaan dan pertumbuhan sikecil.

VITAMIN B2. Membantu proses penyerapan protein didalam tubuh lebih baik dan efesien.

TIDAK MENGANDUNGI KOLESTROL. Dapat mengurangkan risiko obesiti.

KALSIUM DAN FOSFORUS. Kalsium dan fosforus penting untuk tumbesaran tulang

Friday, April 22, 2011

COPA DEL REY HISTORY





The Copa del Rey (English: The King's Cup) is an annual football cup competition for Spanish football teams. Its full name is Campeonato de España – Copa de Su Majestad El Rey Don Juan Carlos I (Championship of Spain – His Majesty King Juan Carlos I's Cup), referring to the current King of Spain, Juan Carlos I of Spain.
The competition was founded in 1902. FC Barcelona have won the cup on the most occasions, with 25 wins.

 History


Winners and runners-up

Club Wins Runners-up Winning years Years runner-up
Barcelona
25

10
1910, 1912, 1913, 1920, 1922, 1925, 1926, 1928, 1942, 1951,1952, 1953, 1957, 1959, 1963, 1968, 1971, 1978, 1981, 1983, 1988, 1990, 1997, 1998, 2009 1902, 1919, 1932, 1936, 1954, 1974, 1984, 1986, 1996, 2011
Athletic Bilbao
23

11
1903, 1904, 1910, 1911, 1914, 1915, 1916, 1921, 1923, 1930, 1931, 1932, 1933, 1943, 1944, 1945, 1950, 1955, 1956, 1958, 1969, 1973, 1984 1906, 1913, 1920, 1942, 1949, 1953, 1966, 1967, 1977, 1985, 2009
Real Madrid
18

19
1905, 1906, 1907, 1908, 1917, 1934, 1936, 1946, 1947, 1962, 1970, 1974, 1975, 1980, 1982, 1989, 1993, 2011 1903, 1916, 1918, 1924, 1929, 1930, 1933, 1940, 1943, 1958, 1960, 1961, 1968, 1979, 1983, 1990, 1992, 2002, 2004
Atlético Madrid
9

9
1960, 1961, 1965, 1972, 1976, 1985, 1991, 1992, 1996 1921, 1926, 1956, 1964, 1975, 1987, 1999, 2000, 2010
Valencia
7

9
1941, 1949, 1954, 1967, 1979, 1999, 2008 1934, 1944, 1945, 1946, 1952, 1970, 1971, 1972, 1995
Real Zaragoza
6

5
1964, 1966, 1986, 1994, 2001, 2004 1963, 1965, 1976, 1993, 2006
Sevilla
5

2
1935, 1939, 1948, 2007, 2010 1955, 1962
RCD Espanyol
4

5
1929, 1940, 2000, 2006 1911, 1915, 1941, 1947, 1957
Real Unión
4

1
1913, 1918, 1924, 1927 1922
Real Sociedad
2

6
1909, 1987 1905, 1910, 1913, 1928, 1951, 1988
Real Betis
2

2
1977, 2005 1931, 1997
Deportivo La Coruña
2

0
1995, 2002
Arenas Club
1

3
1919 1917, 1925, 1927
RCD Mallorca
1

2
2003 1991, 1998
Club Vizcaya
1

1
1902 1907
Celta de Vigo
0

3
1948, 1994, 2001
Getafe CF
0

2
2007, 2008
Real Valladolid
0

2
1950, 1989
Sporting de Gijón
0

2
1981, 1982
Club Español de Madrid
0

2
1909, 1910
CA Osasuna
0

1
2005
Recreativo de Huelva
0

1
2003
Real Madrid Castilla
0

1
1980
UD Las Palmas
0

1
1978
CD Castellón
0

1
1973
Elche CF
0

1
1969
Granada CF
0

1
1959
Racing de Ferrol
0

1
1939
CE Sabadell FC
0

1
1935
CE Europa
0

1
1923
FC España
0

1
1914
Gimnástica Madrid
0

1
1912
Real Vigo Sporting
0

1
1908

Finals

Season Location Champion Runner-up Score
2011 Mestalla, Valencia Real Madrid FC Barcelona 1–0 (aet)
2010 Camp Nou, Barcelona Sevilla FC Atlético Madrid 2–0
2009 Mestalla, Valencia FC Barcelona Athletic Bilbao 4–1
2008 Vicente Calderón, Madrid Valencia CF Getafe CF 3–1
2007 Santiago Bernabéu, Madrid Sevilla FC Getafe CF 1–0
2006 Santiago Bernabéu, Madrid RCD Espanyol Real Zaragoza 4–1
2005 Vicente Calderón, Madrid Real Betis Osasuna 2–1 (aet)
2004 Lluís Companys, Barcelona Real Zaragoza Real Madrid 3–2 (aet)
2003 Martínez Valero, Elche RCD Mallorca Recreativo de Huelva 3–0
2002 Santiago Bernabéu, Madrid Deportivo La Coruña Real Madrid 2–1
2001 La Cartuja, Sevilla Real Zaragoza Celta Vigo 3–1
2000 Mestalla, Valencia RCD Espanyol Atlético Madrid 2–1
1999 La Cartuja, Sevilla Valencia CF Atlético Madrid 3–0
1998 Mestalla, Valencia FC Barcelona RCD Mallorca 1–1 (penalties, 5–4)
1997 Santiago Bernabéu, Madrid FC Barcelona Real Betis 3–2 (aet)
1996 La Romareda, Zaragoza Atlético Madrid FC Barcelona 1–0 (aet)
1995 Santiago Bernabéu, Madrid Deportivo La Coruña Valencia CF 2–1
1994 Vicente Calderón, Madrid Real Zaragoza Celta Vigo 0–0 (penalties, 5–4)
1993 Estadio Luis Casanova, Valencia Real Madrid Real Zaragoza 2–0
1992 Santiago Bernabéu, Madrid Atlético Madrid Real Madrid 2–0
1991 Santiago Bernabéu, Madrid Atlético Madrid RCD Mallorca 1–0
1990 Estadio Luis Casanova, Valencia FC Barcelona Real Madrid 2–0
1989 Vicente Calderón, Madrid Real Madrid Real Valladolid 1–0
1988 Santiago Bernabéu, Madrid FC Barcelona Real Sociedad 1–0
1987 La Romareda, Zaragoza Real Sociedad Atlético Madrid 2–2 (penalties, 4–2)
1986 Vicente Calderón, Madrid Real Zaragoza FC Barcelona 1–0
1985 Santiago Bernabéu, Madrid Atlético Madrid Athletic Bilbao 2–1
1984 Santiago Bernabéu, Madrid Athletic Bilbao FC Barcelona 1–0
1983 La Romareda, Zaragoza FC Barcelona Real Madrid 2–1
1982 José Zorrilla, Valladolid Real Madrid Sporting de Gijón 2–1
1981 Vicente Calderón, Madrid FC Barcelona Sporting de Gijón 3–1
1980 Santiago Bernabéu, Madrid Real Madrid Castilla CF 6–1
1979 Vicente Calderón, Madrid Valencia CF Real Madrid 2–0
1978 Santiago Bernabéu, Madrid FC Barcelona UD Las Palmas 3–1
1977 Vicente Calderón, Madrid Real Betis Athletic Bilbao 2–2 (penalties, 8–7)
1976 Santiago Bernabéu, Madrid Atlético Madrid Real Zaragoza 1–0
1975 Vicente Calderón, Madrid Real Madrid Atlético Madrid 0–0 (penalties, 4–3)
1974 Vicente Calderón, Madrid Real Madrid FC Barcelona 4–0
1973 Santiago Bernabéu, Madrid Atlético Bilbao CD Castellón 2–0
1972 Santiago Bernabéu, Madrid Atlético Madrid Valencia CF 2–1
1971 Santiago Bernabéu, Madrid CF Barcelona Valencia CF 4–3
1970 Camp Nou, Barcelona Real Madrid Valencia CF 3–1
1969 Santiago Bernabéu, Madrid Atlético Bilbao Elche CF 1–0
1968 Santiago Bernabéu, Madrid CF Barcelona Real Madrid 1–0
1967 Santiago Bernabéu, Madrid Valencia CF Atlético Bilbao 2–1
1966 Santiago Bernabéu, Madrid Real Zaragoza Atlético Bilbao 2–0
1965 Santiago Bernabéu, Madrid Atlético Madrid Real Zaragoza 1–0
1964 Santiago Bernabéu, Madrid Real Zaragoza Atlético Madrid 2–1
1963 Camp Nou, Barcelona CF Barcelona Real Zaragoza 3–1
1962 Santiago Bernabéu, Madrid Real Madrid Sevilla CF 2–1
1961 Santiago Bernabéu, Madrid Atlético Madrid Real Madrid 3–2
1960 Santiago Bernabéu, Madrid Atlético Madrid Real Madrid 3–1
1959 Santiago Bernabéu, Madrid CF Barcelona Granada CF 4–1
1958 Santiago Bernabéu, Madrid Atlético Bilbao Real Madrid 2–0
1957 Montjuïc, Barcelona CF Barcelona RCD Español 1–0
1956 Santiago Bernabéu, Madrid Atlético Bilbao Atlético Madrid 2–1
1955 Santiago Bernabéu, Madrid Atlético Bilbao Sevilla CF 1–0
1954 Chamartín, Madrid Valencia CF CF Barcelona 3–0
1953 Chamartín, Madrid CF Barcelona Atlético Bilbao 2–1
1952 Chamartín, Madrid CF Barcelona Valencia CF 4–2
1951 Chamartín, Madrid CF Barcelona Real Sociedad 3–0
1950 Chamartín, Madrid Atlético Bilbao Real Valladolid 4–1
1949 Chamartín, Madrid Valencia CF Atlético Bilbao 1–0
1948 Chamartín, Madrid Sevilla CF Celta Vigo 4–1
1947 Riazor, A Coruña Real Madrid RCD Español 2–0
1946 Montjuïc, Barcelona Real Madrid Valencia CF 3–1
1945 Montjuïc, Barcelona Atlético Bilbao Valencia CF 3–2
1944 Montj4uïc Barcelona44 Atlético Bilbao Valencia CF 2–0
1943 Chamartín, Madrid Atlético Bilbao Real Madrid 1–0
1942 Chamartín, Madrid CF Barcelona Atlético Bilbao 4–3
1941 Chamartín, Madrid Valencia CF RCD Español 3–1
1940 Chamartín, Madrid RCD Español Real Madrid 3–2
1939 Montjuïc, Barcelona Sevilla FC Rácing Ferrol 6–2
1936 Mestalla, Valencia Madrid FC CF Barcelona 2–1
1935 Chamartín, Madrid Sevilla FC CE Sabadell FC 3–0
1934 Montjuïc, Barcelona Madrid FC Valencia CF 2–1
1933 Montjuïc, Barcelona Athletic Bilbao Madrid FC 2–1
1932 Chamartín, Madrid Athletic Bilbao FC Barcelona 1–0
1931 Chamartín, Madrid Athletic Bilbao Real Betis 3–1
1930 Montjuïc, Barcelona Athletic Bilbao Madrid CF 3–2
1929 Mestalla, Valencia RCD Español Real Madrid 2–1
1928 El Sardinero, Santander FC Barcelona Real Sociedad 3–1
1927 Torreo, Zaragoza Real Unión Arenas Club de Getxo 1–0
1926 Mestalla, Valencia FC Barcelona Atlético Madrid 3–2
1925 Reina Victoria, Sevilla FC Barcelona Arenas Club de Getxo 2–0
1924 Atotxa, San Sebastián Real Unión Real Madrid 1–0
1923 Les Corts, Barcelona Athletic Bilbao CE Europa 1–0
1922 Coia, Vigo FC Barcelona Real Unión 5–1
1921 San Mamés, Bilbao Athletic Bilbao Atlético Madrid 4–1
1920 El Molinón, Gijón FC Barcelona Athletic Bilbao 2–0
1919 Martínez Campos, Madrid Arenas Club de Getxo FC Barcelona 5–2
1918 O'Donnell, Madrid Real Unión Madrid FC 2–0
1917 La Industria, Barcelona Madrid FC Arenas Club de Getxo 2–1
1916 La Industria, Barcelona Athletic Bilbao Madrid FC 4–0
1915 Amute, Irún Athletic Bilbao RCD Español 5–0
1914 Amute, Irún Athletic Bilbao FC España de Barcelona 2–1
1913 La Industria, Barcelona FC Barcelona Real Sociedad 2–1
1913 O'Donnell, Madrid Rácing de Irún Athletic Bilbao 1–0
1912 La Industria, Barcelona FC Barcelona Gimnástica de Madrid 2–0
1911 Jolaseta, Bilbao Athletic Bilbao CD Español 3–1
1910 Tiro de Pichón, Madrid FC Barcelona Club Español de Madrid No final
1910 Ondarreta, San Sebastián Athletic Bilbao Vasconia No final
1909 O'Donnell, Madrid Club Ciclista Club Español de Madrid 3–1
1908 O'Donnell, Madrid Madrid FC Real Vigo Sporting 2–1
1907 Hipódromo, Madrid Madrid FC Club Vizcaya 1–0
1906 Hipódromo, Madrid Madrid FC Athletic Bilbao No final
1905 Tiro de Pichón, Madrid Madrid FC San Sebastián No final
1904 Tiro de Pichón, Madrid Athletic Bilbao
No final
1903 Hipódromo, Madrid Athletic Bilbao Real Madrid 3–2
1902 Hipódromo, Madrid Club Vizcaya FC Barcelona 2–1

Etymology

Real Madrid CF were originally known as Madrid FC and did not add the Real until 1920. During the Spanish Second Republic the club dropped Real from their name. In 1941, a decree issued by General Franco banned the use of non-Spanish language names. FC Barcelona and Sevilla FC became CF Barcelona and Sevilla CF and Athletic Bilbao had to change the spelling of their prefix to Atlético. RCD Espanyol were known as RCD Español until 1995.

sergio ramos dropped the trophy



Wednesday, April 20, 2011

SEJARAH AZAN DAN IQAMAH



Azan (أَذَان) adalah satu lafaz khusus yang diamalkan oleh penganut agama Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu supaya orang-orang Mukmin boleh diseru supaya bergesa berkumpul untuk mengerjakan solat fardu. Iqamat bermaksud sebutan tertentu untuk memberitahu para jemaah untuk mula mengerjakan solat.
Latar belakang
Dari segi bahasa, azan bermaksud ialah “al-i`lam” (pemberitahuan) atau “an-nida’” (seruan). Azan ialah suatu gabungan perkataan-perkataan tertentu untuk menandakan waktu solat fardu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu solat. Penandaan ini dibuat dengan melaungkan dengan lafaz-lafaz tertentu.

 Hukum

Hukum melaungkan azan adalah sunat muaqad ketika hendak mendirikan sembahyang fardhu. Melaungkan azan juga adalah satu fardu kifayah bagi sesuatu kumpulan, dan tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua ahli kumpulan tersebut. Bagi individu pula, ia merupakan satu sunat atau, dan pahala sunat akan diperolehi apabila seseorang itu melakukannya. Bagi kaum wanita, disunatkan melakukan Iqamat sahaja kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah apabila meninggikan suara mereka.

 Dalil

Al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijmak  menyatakan melaungkan azan mempunyai banyak kelebihan dan pahala yang besar. Dalil daripada al-Qur’an ialah firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Jika kamu dipanggil (diseru) untuk sembahyang...” (Surah al-Ma’idah: 58)
Dalil daripada as-Sunnah pula merangkumi banyak hadis. Antaranya ialah sebuah hadith yang bermaksud: “Apabila tiba waktu sembahyang hendaklah salah seorang kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

 Sejarah

Azan mula diamalkan oleh orang-orang Islam pada tahun pertama Hijrah.
Dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu `Umar r. a. “Pada mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari Nabi s.a.w. telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah.
Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan. Ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat, Ada yang mencadangkan ditiup serunai ataupun trompet; dan ada yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng. Semua usul yang diajukan telah ditolak oleh Rasulullah S.A.W.(kerana meniup serunai atau trompet dan memukul loceng adalah cara pemanggilan sembahyang bagi masyarakat  yahudi danNasrani. Umar Al-Khatab mencadangkan diteriakkan ucapan: “Telah datang waktu solat”. Usul ini telah diterima oleh Rasulullah S.A.W. tetapi Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “assolatu jami`ah” yang bererti “marilah solat berjemaah”.
Pada suatu malam Abdullad bin Zaid telah bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk memberitahu solat dengan mengumandangkanlah Allahu Akbar... (dan seterusnya lafaz-lafaz azan)”. Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Rasulullah S.A.W. dan baginda bersabda: “Mimpimu itu mimpi yang benar”. Nabi s.a.w. memerintahkan Bilal bin Rabah mengumandangkan azan tersebut. Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar datang kepada Rasulullah S.A.W. dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi sepertiAbdullah bin Zaid.
Al-Bazzar meriwayatkan bahawa: “Rasulullah S.A.W. pada malam Isyrak telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah  Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s., Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi”.

Adab dan Tertib Azan dan Iqamat

Lafaz azan terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak dua kali bagi setiap lafaz kecuali Takbir pada awal azan disebut sebanyak empat kali dan lafaz kalimah tauhid hanya sekali sahaja.
Sebutan
Bahasa Arab
Transliterasi
Terjemahan
4x
الله اكبر
Allah u Akbar
Allah Maha Besar
2x
اشهد ان لا اله الا الله
Ash-hadu allā ilāha illallāh
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah
2x
اشهد ان محمدا رسول الله
Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh
Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah
2x
حي على الصلاة
Hayya 'alas-salāt
Marilah menunaikan solat
2x
حي على الفلاح
Hayya 'alal-falāh
Marilah merebut kemenangan
2x
الصلاة خير من النوم
Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm
Solat itu lebih baik dari tidur*
2x
الله اكبر
Allāhu akbar
Allah Maha Besar
1x
لا اله الا الله
Lā ilāha illallāh
Tiada Tuhan selain Allah
* Barisan "Sembahyang itu lebih baik dari tidur" hanya digunakan untuk solat Subuh (fajr).
Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki Muslim yang berakal. Azan mestilah dilakukan oleh seorang sahaja untuk semua kariah, dan tidak boleh dibuat berulang kali untuk kariah yang sama. Azan hendaklah dilafazkan dalam Bahasa Arab.
Azan dilaungkan ketika masuk waktu solat melainkan pada waktu Subuh. Waktu Subuh mempunyai dua azan di mana Azan pertama dilaungkan sebelum masuk waktu iaitu bermula waktunya selepas berlalu separuh malam untuk memberitahu Muslimin bahawa waktu Subuh sudah hampir. Azan kedua dikumandangkan ketika masuk waktu Subuh.
Untuk Solat Jumaat, azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama untuk menandakan masuk waktu Zuhur untuk memanggil orang-orang Muslim ke masjid dan kali kedua dikumandangkan sejurus sebelum Imam memulakan  Khutbah Jumaat. Iqamat dilafazkan selepas imam selesai membaca khutbah, dan sebelum imam mengangkat Takbir Jumaat.

Sunat Azan

Orang yang melaungkan azan (muazzin) mestilah suci daripada hadas kecil, hadas besar dan najis. Beliau juga hendaklah menghadap kiblat ketika mengumandangkan azan. Azan sunat dilafazkan oleh muazzin yang baik dan merdu suaranya serta nyaring. Azan hendaklah dinyaringkan biarpun didengar oleh salah seorang daripada jemaah ketika sembahyang berjemaah. Sekiranya tidak menggunakan pembesar suara, azan hendaklah dilaungkan di tempat yang tinggi. Penggunaan pembesar suara di merata tempat memaafkan perbuatan ini. Azan juga sunat dilakukan berdiri kecuali jika ada uzur.
Ketika muazzin membaca “hayya `ala as-salah”, muazzin hendaklah menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kanan dan ketika membaca “hayya `ala al-falah” menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kiri. Juga disunatkan melakukan tarji‘ semasa azan iaitu menyebut dua kalimah syahadah secara senyap sebelum dinyaringkan.
Disunatkan juga muazzin memasukkan dua anak jarinya ke dalam kedua telinganya dengan tujuan untuk meninggikan suara. muazzin tidak boleh bercakap ketika mengumandangkan azan. Orang-orang yang mendengar azan hendaklah menyahutnya secara perlahan-lahan dengan lafaz yang diucapkan oleh muazzin, kecuali pada lafaz “hayya `ala as-salah” dan “hayya `ala al-falah”. Kedua-duanya disahut dengan “la haula wala quwwata illa bi Allah” yang bermaksud “tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah”.
Azan itu hendaklah dilakukan dengan Tertib dan Muwalat di antara lafaz azan dan Iqamat.

 Doa selepas Azan

Setelah selesai azan, doa berikut adalah sunat dibaca oleh muazzin dan penganut Muslim lain yang mendengar azan:
Wahai Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang sedang didirikan. (Allahumma rabba hadhi-hid da'wa-tit-tamma wa-salatil qae-ma) اللهم رب هذه الدعوة التامة والصلاة القائمة

Datangkanlah Nabi Muhammad (kepadaku) sebagai penghubung (kepada Allah) dan keutamaan (bagiku)
(Ati muhammadanil wasilata wal fadeela) آت محمداً الوسيلة و الفضيلة 
 
Serta kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya (Wab ath-hu maqamam-mahmuda-nil ladhi wa at-ta) وابعثه مقاماً محموداً الذي وعدته
(Riwayat Bukhari).

Iqamat

Lafaz Iqamat mempunyai sebelas kalimah. Lafaz Iqamat adalah seperti berikut:
Myiqamat.jpg
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
الله اكبر الله اكبر
āllahu ākbar, āllahu ākbar
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah,
اشهد ان لا اله الا الله
āsh'hadu ān lā ilaha illā-llah
Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah,
اشهد ان محمد رسول الله
āsh'hadu ānna muhammadar rasullullah
Marilah menunaikan solat,
حي على الصلاة
hayyā `alā-s-salat
Marilah merebut kemenangan,
حي على الفلاح
hayyā `alā-l-falāh
Berdiri untuk sembahyang, (dua kali)
قد قامت الصلاة
qad qāma tis-salaat
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
الله اكبر الله اكبر
āllahu ākbar, āllahu ākbar
Tiada tuhan selain Allah
لا اله الا الله
lā ilaha illā-llah.
Iqamat disyaratkan tidak diselangi dengan diam yang lama di antaranya dengan takbiratul ihram kecuali sekadar imam menyuruh agar membetulkan saf. Iqamat hendaklah dilakukan dengan cepat kerana ia disyariatkan bagi memberitahu mereka yang telah hadir untuk mengerjakan sembahyang.

 

 Azan Dan Iqamat Untuk Tujuan Selain Sembahyang

Selain untuk tujuan sembahyang, azan dan Iqamat juga sunat dilakukan untuk beberapa perkara lain: Azan juga sunat dibisikkan ke telinga kanan kanak-kanak (lelaki/perempuan)yang baru lahir, begitu juga sunat diiqamatkan pada telinga kiri. Ini adalah kerana Nabi Muhammad S.A.W. telah mengazankan telinga Hasan ketika beliau dilahirkan oleh Fatimah.
Azan juga digunakan sebagai isyarat untuk memaklumkan umat pada waktu mudarat ataupun bahaya seperti kebakaran ataupun waktu perang Azan juga sering dilaungkan dalam keadaan gangguan dirasuk jin atau Syaitan.

 Azan Sebelum Subuh

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: 'Bilal akan melaungkan azan di sebelah malam, maka makanlah dan minumlah hingga Ibnu Ummi Maktum pula yang azan.'
lni bererti ketika 'Bilal melaungkan azan, harus bagi orang Islam bersahur, makan dan minum sehinggalah lbnu Ummi Maktum melaungkan azan menandakan masuk waktu sembahyang.
Dalam azan yang pertama disunatkan agar tidak menyebut الصلاة خير من النوم 'sembahyang itu lebih baik daripada tidur.' Ini adalah satu perbezaan yang penting yang dapat membezakan di antara azan yang pertama dan azan yang kedua. Azan dalam bentuk ini disyaratkan pada waktu fajar dan orang ramai akan kenal suara azan pertama dan suara yang lain pada azan kedua.

 Azan di Turki

Sewaktu zaman 1920an dan1930an, kerajaan Ismet inonu (Presiden ke-2 Republik Turki) mengenakan azan bahasa Turki untuk menggantikan secara adat yang dalam bahasa Arab; sebagai percubaan, dan hanya dari segi perbandingan, berjaya, menggalakkan bahasa Turki sebagai kegunaan bahasa Liturgi; dengan mengejutkan orang ramai. Larangan azan bahasa Arab telah dimansuhkan pada 6 Jun, 1950, selepas kejayaan pilihan raya berpihak kepada pembangkang.

 Azan di Syria (Masjid Umayyad)

Di Syria, Masjid Umaiyyad, sebuah Masjid yang terletak di kota Damsyik(Damascus) yang telah dibina sejak zaman pemerintahan Bani Umaiyah. Masjid tersebut melaungkan Azan dalam bentuk laungan beramai-ramai ala koir. Alunan azan yang ditampilkan itu begitu indah sehingga dikatakan dapat mengharmonikan suasana kota sekeliling.

 Azan di Singapura

Di Singapura, laungan Azan hanya dibolehkan untuk dikumandang dalam masjid-masjid sahaja, kerajaan Singapura tidak membenarkan laungan azan dikumandangkan dengan kuat menerusi corong-corong pembesar suara di luar dari bangunan masjid.


Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...