Thursday, April 28, 2011

ADAKAH MAKHLUK HALUS BENAR-BENAR WUJUD ?




Istilah Makhluk Halus

Dalam Kamus Dewan, makhluk halus diertikan sebagai hantu, bunian, jembalang, puntianak langsuir, pelesit yang merupakan roh jahat yang merasuk dan melakukan pelbagai kemudaratan kepada manusia.

Dalam kamus Arab seperti al-Munjid, Lisan al-Arab, Mukhtar al-Sahih dan lain-lain menyatakan makhluk halus ini adalah roh-roh kotor atau jahat yang melakukan kejahatan secara tersembunyi dan menakutkan anak-anak Adam dengan pelbagai cara.

Dalam al-Quran menyebut syaitan atau syayatin, jin atau jinnah, qarin, iblis, ifrit dan sebagainya. Dalam hadith yang sahih menyatakan dengan istilah Ummu Sibyan, Khanzab, Aamir, 'Ammar, Alwalahan, Mukhannas dan Mukhannathuun.

Dalil Wujud Makhluk Halus

Semua istilah ini sama ada dalam al-Quran dan Hadith merujuk kepada wujudnya makhluk halus ataupun roh jahat yang mengganggu manusia dengan pelbagai cara.

Firman Allah swt, surah al-Ahqaf ayat 29 :-


Maksudnya :- Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengah kepada yang lain), "Diamlah kamu dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada bacaannya!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyebarkan ajaran al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.

Hadith yang sahih daripada Ibnu Abi Hatim yang diriwayatkan daripada Mujahid menceritakan Rasulullah saw telah bertemu dengan masyarakat jin untuk berdakwah. Sama ada hantu, jembalang,jin tanah,pelesit ,bunian dan sebagainya ialah makhluk halus yang wajib dipercayai kewujudannya sebagai mana disebut  dalam Al-Quran.
TIDAK MEMPERCAYAI AYAT-AYAT AL-QURAN BOLEH MEMBAWA KEPADA KEROSAKAN AQIDAH..

No comments:

Post a Comment

tajuk post

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...