Wednesday, April 27, 2011

KANDUNGAN GULA TAMBAHAN DALAM SUSU ANAK ANDA






KEPENTINGAN SUSU TUMBESARAN

Sebagai seorang ibu,tahu bahawa susu tumbesaran mengandungi khasiat pemakanan yang khusus untuk memastikan tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak yang optimum. Susu tumbesaran kaya dengan pelbagai sumber khasiat yang penting untuk kanak-kanak.


KEBANYAKAN SUSU TUMBESARAN MENGANDUNGI TERLALU BANYAK GULA TAMBAHAN

Semua susu tumbesaran mempunyai gula secara semula jadi dimana ia adalah sebahagian daripada bahan asas susu. Ini disifatkan sebagai bermanfat dan sihat untuk diet seharian anak kita. Namun kebanyakan susu tumbesaran di Malaysia juga mengandungi gula tambahan yang terlalu banyak sehingga 40%.



SARANAN PENGAMBILAN GULA UNTUK KANAK-KANAK

Panduan Pemakanan Malaysia yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, telah mengesyorkan orang ramai mengambil makanan dan minuman yang kurang gula. Jadual dibawah menunjukan panduan yang diperolehi daripada pertubuhan kesihatan sedunia ( WHO ) tentang pengambilan gula tambahan untuk kanak-kanak
 
Umur
Gula tambahan ( Gram )
Sudu teh gula tambahan
Kanak-kanak 1-3 tahun
23-25g
~5
Kanak-kanak 4-6 tahun
32-34 g
~7

Diadaptasi daripada WHO, 2002 menggunakan cadangan pengambilan tenaga daripada RNI Malaysia 2005  1 sudu teh gula = 5g
PENTING UNTUK DIINGATI BAHAWA :

  • Adalah lebih baik jika pengambilan gulatambahan lebih rendah daripada paras maksimum yang disarankan
  • Gula tambahan boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan, bukan hanya dalam susu.

PELBAGAI JENIS NAMA GULA TAMBAHAN


 Pada label, gula akan disenaraikan sebagai sebahgian karbohidrat. Perlu diingat bahawa lebih tinggi paras karbohidrat secara lazimnya ia bermakna lebih tinggi paras gula tambahan. Terdapat pelbagai jenis gula yang menggunakan nama yang berbeza. Kebanyakan gula tambahan yang terkandung di dalam susu tumbesaran adalah :

  • SUKROSA
  • PEPEJAL SIRAM JAGUNG
  • PEPEJAL SIRAP GLUKOSA
Perhatikan bahan-bahan ini. Sekiranya salah satu daripada bahan ini tersenarai pada label, ia bermakna terdapat gula tambahan di dalam produk tersebut.

KESAN KESIHATAN DI ATAS PENGAMBILAN GULA TAMBAHAN BERLEBIHAN TERHADAP KANAK-KANAK

Makanan yang mengandungi hanya gula semulajadi, seperti yang terdapat di dalam buah-buahan dan susu, disifatkan sebagai bermanfaat dan sihat untuk diet seharian kita..Namun kajian menunjukan bahawa pengambila gula tambahan  berpotensi menadi punca kepada pengambilan kalori yang berlebihan, dimana ia boleh menyumbang kepada masalah kegemukan dan penyakit-penyakit kronik seperti diabetis dan keries gigi meskipun pada kanak-kanak.

   

No comments:

Post a Comment

tajuk post

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...