Sunday, May 29, 2011

DISERANG BELANGKAS. . . . . . . . .





Saturday, May 28, 2011

REKOD PERTEMUAN MANCHESTER UNITED VS BARCELONA





SUKU AKHIR PIALA EROPAH 1984
Manchester United   3    Barcelona   0


AKHIR PIALA EROPAH 1991
Manchester United   2   Barcelona   1


PERINGKAT KUMPULAN LIGA JUARA  1994
 Barcelona    4   Manchester  United  0


PERINGKAT KUMPULAN LIGA JUARA EROPAH 1998
Barcelona   3    Manchester United   3



AKHIR LIGA JUARA EROPAH 2009
Barcelona   2    Manchester United   0

DAN PERLAWANAN AKHIR LIGA JUARA EROPAH 2011 DI WEMBLEY DIANTARA MANCHESTER UNITED MENENTANG BARCELONA DAN KEPUTUSANYA . . . . . . . . . . . . .



REKOD LIGA JUARA EROPAH




9 KALI
Real Madrid  ( 1956, 1957, 1958, 1959, 1960, 1966, 1998, 2000, 2002 )

7 KALI
AC Milan (  1963, 1969, 1989, 1990, 1994, 2003, 2007 )

5 KALI
Liverpool ( 1976, 1978, 1981, 1984, 2005 )

4 KALI
Bayern Munich ( 1974, 1975, 1976, 2001 ) Ajax ( 1971, 1972, 1973, 1995 )

3 KALI
Barcelona ( 1992, 2006, 2009 ) Inter Milan ( 1964, 1965, 2010 )  Manchester United ( 1968, 1999, 2008 )

2 KALI
Benfica ( 1961, 1962 ) Juventus ( 1985, 1996 ) Nothingham Forest ( 1979, 1980 ) Porto ( 1987, 2004 )



REKOD 10 PERLAWANAN AKHIR LIGA JUARA EROPAH

2001



Bayern Munich   1             mln             Valencia   1
Effenberg m-50 pen                              Mendieta m-2 pen
*Bayern munich menang 5-4 penalti


2002















Real Madrid     2                mln             Bayern Leverkusn   1
Raul m-8                                               Lucio m-13
Zidane m-45


2003













AC Milan       0                   mln             Juventus     0
*AC Milan menang 3-2  penalti


2004

















Porto    3                             mln              Monaco     0
Carlos Alberto m-39
Deco m-56
Alenichev m-60


2005

















Liverpool   3                       mln            AC Milan     3
Gerrad m-54                                         Valdini m-17
Smicer m-56                                         crespo m-39,44
Alonso m-60
* Liverpool menang3-2 penalti


2006
















Barcelona    2                     mln            Arsenal      1
Eto'o m-76                                           Campbell m-37
Belleti m-8


2007
















AC Milan   2                      mln           Liverpool     1
Inzaghi m-45,82                                  Kuyt m-45



2008
















Manchester United   1       mln          Chelsea        1
Ronaldo m-26                                    Lampard m-45
* MU menang 6-5 penalti



2009
















Barcelona    2                    mln          Manchester United   0
Eto'o m-10
Messi m-70


2010
















Inter Milan    2                  mln             Bayern Munich   0
Milito m-35,70


JAWATAN KOSONG 18

Salam Tuan MOD,

Mohon diberi laluan message ini untuk diedarkan kepada semua ahli SIM.

Kami sedang membuat pengambilan Jururawat Terlatih (Qualified Nurses) untuk bekerja di hospital-hospital sekitar Mekah, Saudi Arabia. Kepada sesiapa yang berminat (perempuan--Jururawat Terlatih)sila edarkan resume kepada saya e-mail acpyusof@yahoo.com. Gaji lumayan, tempat tinggal disediakan, pengangkutan ke tempat kerja disediakan. Tambang penerbangan ke Mekkah diberi percuma. Kami tidak mengutip sebarang bayaran kepada calon. Temuduga akan diadakan di Kuala Lumpur, Penang, Kota Bharu, Ipoh, Johor Bharu dan dimana-mana kesesuaian. Jangan lepaskan peluang ini.

Friday, May 27, 2011

P.RAMLEE KREATIF DAN ALIF, MIM NUN , WAU






Satu-satunya manusia yang masih terus diingati, dipuja dan diperkatakan melebihi susuk mana-mana ahli politik sebesar Tunku Abdul Rahman, Tun Razak atau Tun Mahathir sekali pun, hanyalah P.Ramlee. Kisah tentangnya atau karyanya akan senantiasa diputar di kaca TV dan Radio. Kita percaya, pengaruh ini akan kekal berpanjangan, melebihi ingatan rakyat kepada Tunku, Tun Razak atau pun Mahathir sendiri.
Kita semakin menyedari bahawa bakat dan karya beliau lahir dalam lingkungan persekitaran sebuah zaman perantaraan pra-kemerdekaan 40-an, merdeka 50-an dan pasca kemerdekaan 60-70-an. Bingkai masa ini sangat signifikan dengan perkembangan budaya, sosio ekonomi dan politik tanahair. Ini mungkin dapat memberi gambaran dengan lebih jelas tentang realiti budaya dan bangsa kita sendiri.



Era 40-an

Singapura pada sekitar tahun 40an merupakan kota besar. Kota yang menjadi tumpuan umum seperti mana Kuala Lumpur pada masa ini. Tetapi pada zaman itu, Kuala Lumpur bukanlah kota yang setanding Singapura, malah ia antara wilayah asing yang tidak menarik. Secara tidak rasmi, British menjadikan Singapura sebagai ibu kota Tanah Melayu. Kota ini juga menjadi idaman tentera Jepun sewaktu menakluk Semenanjung Tanah Melayu.
Pada zaman itu, kota ini bukan kota bangsa Melayu atau Cina, India, Arab atau Mat Salleh, tetapi ia adalah Kota Budaya. Kota ini menjanjikan kepelbagaian budaya yang merancakkan kegiatan hiburan, pembangunan dan perniagaan. Tidak hairanlah bila ia menjadi tumpuan artis, pengarah, penerbit dan peniaga dari seluruh dunia untuk bekerja dan menjadikan kota ini sebagai pusat industri seni dan hiburan yang besar. Pada masa itu, difahamkan industri filem Melayu di Singapura mempunyai kepakaran, teknologi dan budaya kerja yang standing, kalau pun tak lebih maju berbanding industri filem di Hong Kong dan Bollywood. Puncanya, bukan kerana insan seperti P.Ramlee, B.S. Rajan, L. Krishnan atau kilang filem Shaw Brothers, tetapi kerana pakej yang ada pada kota itu sendiri.
Kota Singapura
Bagaimana British membina kota ini? Secara ringkasnya, hasil dari politik Stamford Raffles dengan pembesar-pembesar Melayu khususnya bangsawan Johor, maka Singapura dapat ditadbir oleh beliau atau dengan lebih tepat lagi diurus oleh Syarikat Hindia Timur British. Pelabuhan dan perdagangan menemukan semua bangsa dari serata benua. Kota ini membangun dengan objektif menjadikan ianya sebagai pusat perniagaan. Keterbukaan pentadbiran Syarikat Hindia Timur British ini telah menjadikan ekonomi dan sosial wilayah Singapura hidup dengan segala macam persaingan yang aktif. Inilah kerangka bagaimana sebuah pulau menjadi kota budaya milik semua kaum yang bebas untuk berdagang.
Era berkarya
Era 40-50-an inilah kita melihat kelahiran karya-karya P.Ramlee dan juga karya dari seniman lain muncul dengan idea yang segar. Kita tidak akan lupa pada filem Ibu (’53) Panggilan Pulau (’54), Penarek Becha (’55), Anakku Sazali (’56), Sarjan Hassan (‘58), Antara Dua Darjat (’60), Ibu Mertuaku (’62) dan banyak lagi. Zaman kegemilangan itu, industri filem dan muzik bukan bercita-cita untuk mengangkat martabat budaya bangsa (Melayu) atau untuk membuktikan kita ‘Boleh’, sebaliknya karya-karya dihasilkan semata-mata kerana semangat atau `berahi berkarya’ atau dengan maksud lebih jelas, kerana budaya berkarya dalam industri. Itu sahaja.
Walau pun bukan kerana objektif yang `mulia’, karya-karya ini jelas memaparkan budaya bangsa, tidak kira Melayu, Cina atau India. Bahasa pertuturan filem juga lebih bermutu daripada sekarang. Malah, kaum-kaum lain juga tidak menafikan kelebihan P.Ramlee sebagai seorang yang berbangsa Melayu yang amat kreatif, unik dan berbakat besar. Tidak ada salahnya sesuatu kaum itu mempunyai kelebihan dalam satu-satu bidang. Itu realiti bagi yang berusaha gigih. Pada masa itu, kaum Cina mendominasi aspek perniagaan, kaum Melayu mendominasi aspek kretiviti dan inovasi. Kerjasama antara tauke Cina kilang filem dengan karyawan Melayu amat jelas dan mudah – profesional.
Era P.Ramlee
Singapura bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia bersama Sabah dan Sarawak atas faktor keadaan politik pada masa itu. Selama tempoh itu, keadaan politik Tanah Melayu dan Singapura terus bergolak dengan mogok pekerja, pengaruh komunis dan isu perkauman, akhirnya pada Ogos 1965 Malaysia memecat Singapura dan ia menjadi sebuah negara republik.
Jika kita perhatikan antara awal tahun 50-an hingga petengahan 60-an, kita dapat melihat karya-karya yang bermutu dari P.Ramlee, tetapi selepas itu di Studio Merdeka Kuala Lumpur, mutu karya-karya P.Ramlee mula merudum, ‘64 Si Tora Harimau Jadian, ‘65 Ragam P. Ramlee, Dajal Suchi, ‘66 Sabarudin Tukang Kasut, ‘67 Sesudah Suboh, Keluarga 69, Anak Bapak, ‘68 Lain Jalan Ka-Shorga, Gerimis, Ahmad Albab , ‘69 Kanchan Tirana, Bukan Salah Ibu Mengandong, Enam Jahanam, ‘70 Dr. Rushdi, Gelora, ‘71 Putus Sudah Kaseh Sayang, Durjana, Jangan Tinggal Daku antaranya. Jika tidak kerana sejarah, karya-karya ini sememangnya tidak begitu tinggi mutu. Malah P.Ramlee sendiri mengakui kekecewaannya pada karya-karya era ini.
Apakah keadaan yang berlaku pada karya P.Ramlee mempunyai signifikannya dengan keadaan politik pada masa itu? Atau, apakah jenaka “..alif mim nun wau, alif tendang wau bunyinya sarkis..” dalam filem Pendekar Bujang Lapok itu hanya ungkapan sinis kosong beliau? Atau filem Antara Dua Darjat hanya sekadar kisah cinta terhalang kerana keturunan? Jenaka dan idea-idea beliau ini telah menjadikannya seniman yang paling berpengaruh kepada masyarakat. Untuk itu, barangkali dia harus membayar harga yang amat mahal pada hujung usianya apabila tersepit dengan arus politik yang dianngap sesetengah pemerhati seni budaya sebagai membunuh kreativitinya.
Era DEB
Di zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman, dasar pentadbirannya tidak banyak berbeza dengan dasar penjajah British. Ruang sosial dan kegiatan kebudayaan Melayu tidak begitu dikawal – terbuka dan bebas. Hanya kebebasan politik dan ideologi dikawal ketat. Setelah berlaku rusuhan kaum pada 1969, Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri yang menggantikan Tunku, telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada awal 70-an. Dan ketika itu juga pada 1971, diadakan Kongres Kebudayaan Kebangsaan. Secara objektifnya, dasar ini adalah untuk membela dan membangunkan taraf hidup kaum Bumiputera Melayu baik di bidang ekonomi mahu pun kebudayaan. Ketika dasar ini diperkenalkan, hampir tiada langsung bantahan dari rakyat malah dasar ini dianggap sebagai penyelamat kepada kaum Melayu.
Namun, dalam proses perlaksanaan dasar-dasar ini, barulah kelihatan sedikit demi sedikit kecacatannya. Walau pun DEB hanya diperkenalkan seawal tahun 1970, usaha tersebut telah digerakkan sejak Tun Razak menjadi Menteri Pelajaran yang pertama bagi Malaya selepas Perikatan menang pilihan raya persekutuan 1955.
Institusi dan dasar
Daripada Penyata Razak, ditubuhkan ‘institusi’ seperti Institut Bahasa Melayu Malaysia ( IBMM 1956) dan Balai Pustara iaitu kini Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP 1957). Secara objektifnya, mendirikan institusi bukanlah suatu perkara yang salah, tetapi dasar dan proses pelaksanaannya menjadi satu persoalan paling besar. Penyata Razak dipertanggungjawabkan untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan, menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain. Kesemua ini tidaklah menjadi kesalahan kepada sesiapa pun, tetapi yang menimbulkan persoalan ialah niatnya – untuk mengawal dan bukan membebaskan.
Bagaimana mungkin bahasa yang ditutur diberi ‘peranan’ dan ‘fungsi’ menurut faham ahli politik? Bahasa harus dieja dan ditutur dengan betul, perkataan ‘harus’ ini bukan sekadar niat untuk mendidik tetapi ‘mengawal’ dengan akta-akta dan terma-terma yang akhirnya untuk kita – jangan buat kesalahan. Ini memberi maksud, kreativiti disekat oleh undang-undang. Beginilah gambaran bagimana kita memahami budaya (bahasa dan seni) dan pendidikan. Institusi yang dibina atas niat yang suci, pada akhirnya menjadi duri dalam daging bagi kaum Melayu sendiri. Kefahaman kepada kebebasan berbudaya semakin terhakis.
Selepas era Tun Razak, datang pula Tun Mahathir, beliau menyambung apa yang telah Tun Razak usahakan. Malah di zaman Mahathir, lebih banyak institusi ditubuhkan antaranya Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS). Semua ini akhirnya digunakan untuk orang politik menentukan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh untuk seniman berkarya. Apa yang boleh ditulis, diterbit, dinyanyikan hinggalah apa yang patut karyawan buat. Akhirnya, tanpa sedar karyawan kita kerjanya hanya membuat kerja propaganda politik untuk orang politik.
Kepupusan budaya berkarya
Zaman pasca perang 40-an, sebelum adanya semua institusi ini, karyawan kita seperti P.Ramlee mampu berkreatif dengan senang hati dan hasil karyanya berkualiti baik dari segi idea, konsep dan teknikal. Tidak perlu bergantung pada dana dari kerajaan untuk berkarya, sebaliknya tauke-tauke filem berani melabur. Kekuatan ini tidak dapat dibandingkan selepas semua yang berkaitan seni diinstitusikan, hingga kini kita tidak memiliki apa-apa yang boleh dibanggakan selain daripada pencapaian dahulu. Kini kita terus hidup dalam memori indah Studio Jalan Ampas. Itu sahaja.
Dengan slogan pentadbiran kerajaan yang baru, slogan institusi yang indah-indah, skim untuk karyawan itu dan ini, bersilih ganti. Semua ini kononnya dengan niat untuk mengangkat martabat seni tempatan, filem dan muzik tempatan kepada dunia, hanyalah propaganda politik kepada masyarakat. Kerja tangan orang politiklah yang `membunuh’ bakat seperti P.Ramlee. Hari-hari terakhir Seniman Agung itu penuh duka lara kerana `sekatan’ institusi. Dengan budaya politik seperti ini, janganlah ada antara kita yang bermimpi akan lahir seorang lagi P.Ramlee. Jika P.Ramlee masih hidup sekali pun, mungkin tidak rela hidup membohongi diri sendiri.
 
“Keunggulan dan ketokohan P Ramlee dalam industri filem tidak dapat disangkal lagi, beliau adalah pengasas pembikin filem Singapura.” Menteri Penerangan Singapura George Yeo di Pesta Filem Antarabangsa Singapura ke-12, 1999
Mungkinkah kebebasan untuk berkreativiti dan berkarya sudah pupus di Malaysia? 


Roketkini.com

JAWATAN KOSONG 17

Assalamualaikum,

Sila war2kan iklan ini; Vacancy in OSRAM Penang . Jawatan kosong diperlukan segera, kerana setup plan baru utk produk-produk baru. Sila hantar resume tuan/puan kepada Razali.Mdyusoff@osram-os.com, bagi mengisi kekosongan jawatan2 spt dibawah:

- Production Operators, ( Kelayakan SPM, keutamaan bagi wanita )
- Production Supervisors, ( Kelayakan Diploma* )
- Assistant Engineers, ( Kelayakan Diploma* )
- Manufacturing Specialists, ( Kelayakan  Sijil / Diploma* )
- Senior Technicians, ( Kelayakan Sijil /Diploma* )
- Technicians, ( Kelayakan Sijil/Diploma* )

- Engineers, ( Kelayakan Ijazah/Master* )
 
* Nota: Kelayakan  Ijazah, Diploma atau Sijil dalam salah satu bidang Electronics, Mechanics, Megatronics, atau yang setaraf dengannya. Mereka yang baru menamatkan pengajian digalakkan juga utk memohon.



Video OSRAM dalam YouTube –
http://www.youtube.com/user/OSRAMLEDlight#p/u/0/0bXXdd-mPiA
Wassalam,
  

JAWATAN KOSONG 16






KEKOSONGAN JAWATAN

JURUTEKNIK MESIN/ MANUFACTURING TECHNICIAN ( 2 Kekosongan )
Job Description Requirements :






















































• Certificate / Diploma in Mechanical/Electrical Engineering.
























•Above 23 years old and have at least 2 years experience in machine maintenance


















•Knowledgeable in preventive maintenance, breakdown maintenance and corrective maintenance

















•Knowledge in both mechanical and electrical is an advantage




















•Work shift


























•Fresh graduates are welcome.
•Team player and highly motivated.
•Ability to read and right technical report in English/Bahasa Malaysia.
•Can start work immediately.


Please send your resume to: mohd.afizi@megafortris.com
MEGA FORTRIS MALAYSIA SDN BHD,
NO 29,JALAN ANGGERIK MOKARA 31/47,
KOTA KEMUNING,SEKSYEN 31,
40460 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN.

Thursday, May 26, 2011

BANTAHAN DI SEPANYOL MENINGKAT







Bantahan di Sepanyol meningkat terhadap kerajaan yang sedia ada sekarang...Adakah kerajaan sepanyol akan jatuh seperti kerajaan  Mesir dan Lubnan jatuh disebabkan desakan rakyat..Kesannya ekonomi jatuh teruk,  kerosakan harta awam, rakyat ketakutan dan negara menjadi tegang...Biarlah perkara sebegini menjadi kayu ukur kita bersama..fikir-fikirkan lah.untuk semua...

HOTEL PALING MUDAH DAN JIMAT RUANG DIDUNIA

Dengan masalah hartanah dengan itu penjimtaan ruang untuk penempatan dilakukan di Jepun. Adakah ini akan berlaku di negara kita nanti.....

A visitor relaxes in a sleeping module at Tokyo's tube Hotel “Capsule Inn Akihabara” on February 6, 2007 in Tokyo, Japan. The two-square-meter sleep modules are equipped with a TV, Radio and Wireless LAN and are priced at 3500 yen per night. Uptil recently it has mainly been the office workers who stay at such tube hotels when they cannot go home, but recently they are attracting many foreign travellers due to their Japanese style. (Photo by Koichi Kamoshida/Getty Images)

























JAWATAN KOSONG 15




KEKOSONGAN JAWATAN BULAN JUN 2011

JURUTEKNIK/ PENYELENGGARA BANGUNAN ( 5 Kekosongan )

- Mempunyai Sijil dalam bidang Elektrik atau Penyaman Udara
   dari institusi Kemahiran yang Diiktiraf.
- Berpengalaman dalam bidang penyelenggaraan bangunan sekurang -
   kurangnya satu tahun.
- Boleh bekerja Syif , pada hari minggu dan cuti umum.
- Berpengalaman dalam bidan Sistem Pencegahan Kebakaran
   Bangunan dan CCTV adalah satu kelebihan.
- Baru tamat pengajian juga digalakkan memohon.


Sebarang Pertanyaan sila Hubungi :-


Jabatan Sumber Manusia
UO Superstore Sdn. Bhd
LOT PT 1 Seksyen 24, Jalan Sultan,
50000 Kuala Lumpur.
Tel :    30 20321201 Ext 851

JAWATAN KOSONG 14


Harap dapat beri laluan,

Salam Hormat semua sahabat SIM, Syarikat saya memerlukan Junior Account Executive (Lelaki sahaja).

Lokasi:Bandar Baru Sri Petaling KL

Pengalaman: 1-2 tahun dalam bidang berkaitan

Minimum: Diploma.

Jika ada adik,saudara atau sesiapa yang berminat sila e-mail kan CV anda kepada saya.

e-mail: alam.swiber@gmail.com

JAWATAN KOSONG 13


http://www.bondamama.com/bondamama_logo.jpg
www.bondamama.com


BondaMama Kids Centre adalah rangkaian taska dan tadika bumiputera di seluruh negara yang kini mempunyai lebih 40 cawangan dan terus berkembang dengan pesatnya.

Kami menawarkan jawatan kosong untuk diisi seperti berikut :

NAMA JAWATAN   : Pengurus Pemasaran
GAJI                           : Boleh dirunding



Sila emailkan RESUME / CV anda ke alamat email perjawatan@bondamama.com

TARIKH TUTUP PERMOHONAN IALAH PADA 3 JUN 2011

Hanya calon-calon yang terpilih akan dipanggil untuk temuduga

JAWATAN KOSONG 12




Salam,
Pihak kami memerlukan seorang designer
tahu menggunakan AI, photoshop
boleh membuat web menggunakan html dan flash
pejabat di seksyen 1 wangsamaju KL
sila hantar resume anda ke umbutbayas@yahoo.com
kemasukan pada 01/06/2011
TQ

JAWATAN KOSONG 11

Kepada sesiapa yang ada sijil dan kerja dalam bidang Multimedia atau Animation, kami memerlukan anda untuk Bengkel Pembangunan NOSS (National Occupation Skill Standard).

Dalam bengkel ini anda hanya perlu memberitahu segala tentang kerja dan berbincang dengan peserta lain tentang Multimedia dan ANimation untuk membangun standard pekerjaan NOSS - Sijil Kemahiran Malaysia.

Kami bayar sebanyak RM300 sehari untuk tiga hari. Sila hubungi Hafizi 012-9222534. Kami memerlukan seramai yang mungkin. Terima Kasih.

Kod NOSS untuk dibangunkan seperti dibawah
1.1 Perekabentuk Multimedia - Video (D-090-23)
1.2 Video Director (Tahap 4 – 5)
1.3 Perekabentuk Multimedia - Audio (D-100-23)
1.4 Audio Director (Tahap 4 – 5)
1.5 Pereka Grafik (F-031-123)
1.6 Jurucetak Lithographic (F-022-123)

Monday, May 23, 2011

HARAPAN HAMBAMU





Bissmillahhirrahmanirrahhim....
Apabila melihat berita ...anak-anak yatim yang terselamat ini... terdetik di hati... siapakah yang akan memeluk mereka..memujuk hati mereka untuk minta tabahkan diri, mendengar keluh resah mereka, mendengar cerita sedih mereka yang perlu di luahkan...di kala terjadinya kejadian begini...
Apabila melihat anak-anak ini termenung jauh... pastinya mereka mengharap ibu bapa memeluk erat diri mereka, mengatakan bahawa anak-anak ini selamat, mencium anak-anak yatim ini.. tanda kasih sayang yang tak hilang.. membuatkan anak-anak ini rasa tenteram...
Anak-anak ini perlu di beri perhatian, seseorang perlu bantu anak-anak ini untuk meneruskan hidup... mereka yang telah yatim piatu..yang kehilangan adik, abang tempat bersama-sama bergantung, menghadapi duka kerana kehilangan orang tersayang, yang berjanji meneman hidup di dunia ini.. kini tinggal sebatang kara...
Sedih pilu hati saya, mengenangkan mereka... sedangkan bila anak sendiri menangis, kita cepat-cepat memujuk... inikan mereka yang tiada siapa untuk memujuk hati lara.. kesedihan dalam hati... Guru-guru yang ada, Penjaga yang ada..perlu tabah untuk mereka... sukar untuk mereka menatap riak muka anak-anak ini yang kesedihan..
Ya ALLAH.. segala berlaku adalah ketentuan Mu, setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi..manusia perlu redha di atas apa yang berlaku.. tetapi hati ku ini.., terselit sedih yang amat.. apabila yang terjadi itu..terjadi pada anak-anak yang meneruskan hidup tanpa kasih sayang ibu bapa...yang telah tiada... yang meneruskan hidup.. mencari keredhaan MU, Ya ALLAH.. Kuatkan hati mereka..kuatkan iman mereka..menerima kejadian ini... Meredhai apa yang berlaku... Moga mereka menjadi insan yang beriman... dan dapat membimbing insan lain di masa akan datang ke jalan Mu ..Ya ALLAH... Amin...

KEHAMILAN KOSONG





Kehamilan kosong atau Blighted Ovum adalah keadaan dimana seorang wanita merasa hamil tetapi tidak ada bayi di dalam kandungan. pada wanita yang mengalami kehamilan kosong ia juga mengalami tanda-tanda kehamilan seperti mual, muntah, pembesaran payudara, terlambat menstruasi bahkan test pack kehamilan pun menunjukkan tanda positif. Hal ini disebabkan kerana plasenta juga menghasilkan hormon kehamilan iaitu human chorionic gonadotropin (HCG).


kehamilan kosong baru dapat diketahui setelah dilakukan adanya pemeriksaan USG Transvaginal yang hanya boleh dilakukan setelah 6-7 minggu. kehamilan kosong terjadi kerana janin yang sudah terbentuk tidak mampu berkembang sempurna. sehingga kandungan hanya berupa kantong yang berisi cairan. Jika si ibu didapati mengalami blighted ovum maka langkah selanjutnya adalah mengeluarkan hasil konsepsi dari rahim (kuretase).


ada beberapa sebab terjadinya kehamilan kosong, salah satunya disebabkan kelainan kromosom dalam proses pembuahan sel telur dan sel sperma.kesan rubella, kesan TORCH, kelainan imunologi, dan sakit kencing manis/diabetes  yang tidak terkawal serta yang terakhir adalah usia suami isteri yang semakin tua dan semakin banyak jumlah anak. beberapa tips mencegah Blighted Ovum :


* jaga kebersihan diri dan sekitarnya

* lakukan imunisasi untuk menghindari masuknya virus rubella
* pastikan ibu dalam keadaan benar-benar sihat saat merancangkan kehamilan
* lakukan pemeriksaan kromosom
* periksa kehamilan secara berperingkat
* bagi si ayah disarankan menghentikan tabiat merokok dan hidup sihat.

JAWATAN KOSONG 10



Hi all..
JAWATAN KOSONG:
OPERATOR PENGELUARAN LELAKI/WANITA
AREA : JOHOR BAHRU
SECTOR : ELECTRONIC
GAJI : RM42 (DAY)
         : RM46 (NIGHT)
* KELAYAKKAN - SPM
* UMUR - 18 TAHUN KE ATAS
* TRANSPORT DISEDIAKAN.
* HOSTEL JUGA DI SEDIAKAN (JIKA PERLU).
BERMINAT SILA HUBUNGI : 0108838474
SEKIAN TERIMA KASIH

CIRI-CIRI ORANG SURUHAN DAJJAL LAKNATTULLAH


Di bawah ini adalah ciri-ciri hamba-hamba suruhan Dajal Laknatullah Al-Masih Al-Muntazhor, manusia berwatak syaitan yang menjalankan pelbagai fitnah di muka bumi.Di antara ciri-ciri yang ada pada diri seorang HAMBA SURUHAN DAJAL' adalah seperti berikut:


Ter'mindcontrol'

Hamba-hamba suruhan Dajal majoritinya telah dikawal mindanya.Sekurang-kurangnya mereka telah di'brainwash' kalau tidak dikenakan program mindcontrol yang lebih jauh.

Terdiri dari orang pintar dan berkedudukan

Jangan fikir hamba-hamba suruhan Dajal adalah orang-orang yang tiada kelulusan atau orang miskin yang tinggal di penempatan setinggan, tidak...tidak sama sekali.
HAMBA SURUHAN DAJAL ADALAH ORANG-ORANG PINTAR DAN BERKEDUDUKAN TINGGI.Genius,cendekiawan,ahli politik,ahli perniagaan,'top student',pemimpin-pemimpin kerajaan,para jeneral tentera,profesor,peneraju industri,doktor,saintis dan seterusnya... adalah orang-orang pilihan Dajal.Siapa yang nak tertarik dengan propaganda Dajal kalau 'frontman'nya adalah mat rempit yang ketagihan ganja?Fikir.Dajal Laknatullah adalah pakar dalam mengkomersilkan imejnya.


Menjadi anggota pertubuhan

Hamba-hamba Dajal ini majoritinya akan menganggotai salah satu pertubuhan Dajal sama ada yang kecil atau yang besar.Sudah dijelaskan sebelum ini bahawa pertubuhan Dajal adalah terlalu banyak.Sudahlah banyak, bermacam-macam pulak tema pertubuhannya.Kebajikan,makanan,pelarian,buruh,kesihatan,pekerjaan,hak asasi wanita dan seterusnya...ini bertujuan untuk mengaburi mata dan fikiran awam.Menjadi anggota pertubuhan ini kadangkala satu imej yang prestij pula dikalangan hamba-hamba suruhan yang dungu ini.Contohnya seperti menjadi ahli kelab-kelab kebajikan Freemason (contoh Rotary Club) yang disifatkan kelab orang-orang berkedudukan tinggi dan 'gentleman'.Padahal mereka menjadi sebahagian perancangan 'Master of Puppet' yang mengawal kelab-kelab mereka.Kelab-kelab mereka menganjurkan kebajikan dan derma,tetapi para elit mereka yang duduk di atas merancang perang dan keganasan,membiakkan pornografi dan mengedar dadah.
Berpenampilan menarik dan kemas

Hamba-hamba suruhan Dajal kebanyakannya mempunyai rupa paras yang menarik,personaliti yang menghiburkan dan imej yang mantap.Mereka pandai 'menjual' diri di mana-mana saja.Percakapan mereka memukau dan pandai mengkomersilkan diri mereka sendiri.Mereka biasanya terdiri dari para pemimpin politik,peneraju industri (termasuk usahawan,ahli perniagaan,teknokrat),artis dan industri hiburan (penyanyi,pelakon,model) dan personaliti masyarakat (aktivis dan pejuang isu).
Inilah kriteria yang dimahukan oleh Dajal Laknatullah.Masyarakat awam mudah tertarik dan terpengaruh dengan orang-orang seperti ini berbanding orang-orang yang kurang menarik penampilannya (maaf,seperti orang yang cacat atau hodoh).Tetapi perlu diingat,selagi trend menginginkan begitu maka begitulah strategi Dajal.Mungkin di lain zaman masyarakat suka kepada yang hodoh-hodoh,maka tak mustahil Dajal Laknatullah akan menukar strategi.Dajal akan mengkaji trend yang berputar di kalangan masyarakat,kemudian dialah yang menjadi 'trendsetter'.



'Multiracial'

Hamba-hamba suruhan Dajal adalah berbilang kaum,bangsa,agama dan datang dari pelbagai negara.Selagi seseorang itu dapat dipergunakan dan diperkotak-katikkan,maka dia layak menjadi hamba Dajal Laknatullah tidak kira dia dari bangsa apa atau negara mana.Dajal tidak bersikap rasis.Jangan bimbang.Jangan hairan bila seorang pegawai tentera China contohnya menganut faham Kabbalah dan mistik sesat.
Atau ahli politik dari Argentina suka membaca buku-buku okultisme Dajal dan menyembah Lucifer.Atau artis dari Brunei menganut fahaman Talmud dan 'illumination'.Dajal Laknatullah adalah SEORANG YANG BERSIFAT GLOBAL.Sebab itu dia mengasaskan faham GLOBALISASI dahulu.Jika ada bangsa yang akan menjadi superpower dan banyak kemahiran dan kebolehan,maka jaga-jaga!Bangsa itu akan menjadi sasaran Dajal untuk diperkudakan.Ini menjelaskan mengapa operasi Dajal banyak tertumpu pada sebelah Barat (pada masa kini kebijakan dan pengetahuan berputar-putar di sana).Apa yang boleh diharap dari bangsa yang lembab dan pemalas?Dajal tidak akan membuang masa dengan mengambil kuli-kulinya dari bangsa yang lembab dan kurang cerdik ditambah dengan sikap malas dan bersikap 'cukup makan'.Sampai kiamat pun tak menjadi apa yang dirancangkan.Sebagai contoh dan pengetahuan tambahan,di dalam Al-Quran yang mulia telah banyak menggambarkan sifat-sifat bangsa.Kaum Nasrani telah digambarkan di dalam Al-Quran bahawa 'kaum yang pandai membuat barang-barang'.Yahudi pulak 'licik dan banyak tipu helah'.Nah!Siapa yang mendominasi industri dan pelbagai bidang pengetahuan dalam dunia hari ini kalau tidak orang-orang Kristian?

Siapa yang mendominasi wang dan bank-bank kalau tidak Yahudi?Sekarang ini kaum-kaum dari ras mongoloid (Cina,Jepun,Korea) pula sedang bangkit dalam banyak bidang.Nah!Dajal sudah lama nampak kenyataan itu dan sebab itu seorang yang terhormat dari kaum Cina diterima sebagai salah seorang dari 13 keturunan Illuminati,pertubuhan yang menjadi 'front' kepada komersil dan imej popular Dajal.Trilateral Commission pula dibentuk bagi mengimbangi kuasa Jepun.Bangsa Korea pulak dilaga-lagakan sehingga ramai yang mati dan menderita.Saudara sebangsa bermusuhan berpuluh-puluh tahun sehingga berpecah menjadi Korea Utara dan Korea Selatan walaupun mereka sebangsa!SEKARANG ANDA SUDAH NAMPAK PERANCANGAN DAJAL LAKNATULLAH INI?Jangan sangka anda dari bangsa yang bijak pandai dan cekap mencari harta dunia tapi sebenarnya andalah yang Dajal Laknatullah cari-cari!Sesuai benar untuk dijadikan hamba suruhan,kuli dan pencacai pengangkat najis!!

Terdapat bangsa lain yang akan bangkit di masa depan.Tapi Tuhan sedang tidurkan bangsa itu.'Ditidurkan' dengan bermacam-macam elemen yang membuatkan Dajal Laknatullah tidak berminat dan berselera langsung nak mengacau bangsa ini.Tapi sejak kebelakangan ni Dajal makin sedar potensi bangsa ini.Keanehan dan misteri yang menyelubungi bangsa ini membuatkan Dajal kembali menyelongkar kitab-kitab lama,manuskrip kuno,perjanjian-perjanjian dan ramalan-ramalan tidak kira dari sumber non-Islam atau Islam (perlu diingat,Dajal memang mengkaji Al-Quran sebagai salah satu sumber rujukan dia dan dia amat menghormati al-Quran bukan sesetengah orang Islam yang tidak ambil peduli malah sanggup menghina AlQuran sampai tahap membakar dan memijak AlQuran).Tetapi ini kisah dan bab lain yang amat panjang untuk diceritakan di sini.


Dungu

Ya,hamba-hamba suruhan Dajal memang bijak-bijak belaka tetapi
DUNGU.Sama ada ini kesan dari kaedah mindcontrol atau dia sendiri yang membingungkan dirinya sendiri.Dungu di sini bukan bermaksud tidak bijak,tetapi bermaksud tidak dapat melihat kebenaran yang tersembunyi,tidak dapat menganalisis dan mensintesis semua persoalan yang berputar di sekelilingnya.Mungkin dia sedar tapi cuba mencari-cari alasan lain untuk menutup keraguannya.Dia tidak mampu hendak membuat perbandingan dan tidak berupaya menjalankan kajian lanjut tentang 'anomalies' dan kepelikan yang dia sendiri sukar nak menjawabnya.Mungkin ini telah bertembung dengan sistem kepercayaan yang telah lama dianutnya,hasil dari pendidikan sistem Dajal secara langsung atau tidak langsung.Mereka memanglah ada di antaranya cendekiawan dan berkelulusan tinggi tapi minda mereka seakan-akan telah tertutup untuk menerima kebenaran.Ini adalah hasil dari 'mind split' (sila rujuk kaedah mindcontrol Projek Monarch) di mana individu ini pakar dalam sesuatu bidang tapi bodoh dalam bidang yang lain.Sudahlah begitu mereka ini pulak tidak mampu nak mengaplikasikan kepandaian mereka dalam mencari kebenaran dan erti kehidupan mereka sendiri.Sebab itu ada di antara mereka yang akhirnya membunuh diri dan ramai yang menghidap trauma dan masalah psikologi.

ADA DI ANTARA MEREKA INI ADALAH PEMIMPIN GERAKAN ISLAM.Ya,mereka ada yang menjadi pemimpin yang dilabelkan 'Islam'.Tetapi itu adalah imej sahaja.Padahal sebenarnya para pemimpinlah yang ramai menjadi 'pet' (haiwan peliharaan) Dajal tidak kira dia Islam atau tidak.Bagaimana seorang Islam menjadi kuli Dajal itu adalah perkara lain seterusnya.


Mudah dicucuk hidung ke sana sini

Mereka adalah bertaraf hamba.Seorang hamba suruhan tidak berhak mempersoalkan tuannya.Maka mereka tidak ada hak untuk memilih.Tuannya akan pilihkan untuk mereka.Tuan kepada hamba-hamba dungu ini,yakni Dajal Laknatullah akan memilihkan ideologi,istilah,terma dan tema,strategi,matlamat,objektif dan perancangan hatta makanan,pakaian dan agama sekalipun [jika Dajal memerintahkan berbogel mereka akan bertelanjang bulat,jika disuruh minum arak dan menikmati daging anjing dan babi pun mereka sanggup demi kebendaan materialistik (rujuk 'gunung roti dan sungai ' yang dikendong Dajal dalam hadis nabi) yang ditawarkan oleh Dajal yang semestinya kaya-raya melebihi bilionwan bertaraf Forbes].Mereka akan menyalak terpekik terlolong mengikut arahan Dajal.Mereka akan menari dan terhinggut-hinggut terlompat-lompat mengikut gendang dan irama yang dimainkan oleh Dajal Laknatullah.Ya,memang hairan sebab mereka sebahagian besarnya terdiri dari bijak pandai,tetapi sebenarnya mereka kosong jiwanya.Sebab itu mempunyai otak yang genius tidak cukup.Jiwa yang mantap dan rohani 'bijak' adalah amat-amat perlu untuk membaca semua muslihat Dajal Laknatullah.


'Liberal'

Mereka adalah pendukung liberalisasi dan segala trend komersil Dajal.Liberal adalah falsafah Dajal Laknatullah.Maksud liberal yang paling mudah adalah "tidak terlampau mengikut prinsip anda dan sederhanakan ideologi anda".Nah!jika anda seorang Islam,jangan terlampau mengikut prinsip agama anda,relax man...sebab itu ada istilah 'Islam Liberal'.Maksudnya Islam yang telah 'disederhanakan' mengikut trend Dajal dan budaya popular kelolaan Dajal Laknatullah.Buang yang tidak perlu dan dianggap 'ekstrem' dan 'fundamental'.Dahulu orang Islam yang tidak memenuhi kriteria Dajal dicop 'fundamentalist' dalam media-media milik Dajal.Kini orang Islam dicop 'terrorist'.'Orang Islam' yang disayangi dan ditimang-timang Dajal adalah para Islam Liberal (tidak kira apa jua istilah mereka), modenis Islam,sekularis Islam dan apa jua label Dajal tapi dihujungnya ada perkataan 'Islam' hatta Nazi Islam dan Komunis Islam pun boleh jika mampu mendukung aspirasi Dajal.INILAH JAWAPAN BAGAIMANA SEORANG ISLAM MENJADI HAMBA PENCACAI DAJAL LAKNATULLAH.


'Trendy'

Mempunyai sikap (attitude) 'trendy' adalah ciri-ciri hamba-hamba suruhan Dajal.Trend adalah rahsia operasi Dajal.Pada zaman kuno,ajaran mistik dan pagan menjadi trend masyarakat dunia.Di sana sini,manusia mendirikan kultus-kultus memuja dewa-dewi mereka.Sihir adalah ilmu yang dihormati sebab itu para tukang sihir menjawat jawatan eksekutif dalam pentadbiran Firaun Mesir dan Babilon Kuno.Oleh itu para kuli pencacai Dajal di masa itu adalah terdiri dari tukang-tukang sihir berkemahiran tinggi dan mempunyai kelulusan dalam bidang sihir,astrologi,mistik sesat dan pengetahuan paganisme yang diiktiraf oleh Dajal Laknatullah.Mereka inilah menjadi 'runner' dalam masyarakat ketika itu.Paganisme,animisme (kepercayaan menyembah alam semulajadi),ajaran dewa-dewi telah mendominasi trend dunia ketika itu.Kini apabila tahap kesedaran manusia makin tinggi,Dajal juga mengubah modus operandinya.Tabiat manusia pada masa kini makin terpelajar,jadi Dajal telah mencipta pelbagai ideologi yang mencabar akademik manusia.Komunisme,Fasisme,Kapitalisme,Liberalisme dan isme-isme lainnya diciptakan oleh Dajal bagi memporak-perandakan sistem pemikiran manusia.Masyarakat boleh memilih salah satu ideologi ciptaan Dajal ini tapi tidak sesekali Islam.Islam di luar senarai dan selamanya tidak akan masuk carta 'top 100' billboard Dajal Laknatullah.Jadi hamba-hamba suruhan Dajal ini amatlah bersikap trendy dengan trend yang berputar di dunia masa kini hatta jika suasana makin islamik sekalipun,Dajal selaku pakar manipulasi situasi akan melantik hamba-hamba suruhannya yang berperawakan alim,pejuang Islam,sederhana dan cintakan kedamaian kononnya padahal mengikut telunjuk Barat dan tidak ada rasa sensitif pun dengan isu-isu berkaitan Islam dan umat Islam.Bersikap 'trendy' ini bukan semata-mata pakaian dan fesyen tetapi ideologi sekali.


Kepercayaan

Hamba-hamba suruhan Dajal pada dasarnya menganut pelbagai kepercayaan.Ada yang Kristian,Buddha,Yahudi hatta Islam sekalipun.Tetapi itu adalah asasnya sahaja.Asasnya sahaja di mana yang paling penting akhir dari tugas-tugas mereka akan mendukung agama menyembah Iblis dan syaitan.Dalam sistem kepercayaan juga Dajal telah membangunkan hierarki:

-Para kuli bawahan terdiri dari pelbagai anutan agama termasuk Islam,kuli jenis ini memang menganut agama mereka masing-masing tetapi secara sedar atau tidak mereka menjalankan kerja-kerja kotor bagi pihak Dajal Laknatullah.Orang Islam yang dungu layak pada peringkat ini.

-Para kuli pertengahan,mereka juga menganut kepercayaan masing-masing tetapi dicampur aduk dengan pelbagai ajaran pagan dan mistik sesat yang tidak ketahuan punca.Mereka pada peringkat ini berkeupayaan membuang mana-mana prinsip agama asal mereka yang dirasakan tidak sesuai dengan trend Dajal Laknatullah.

-Para kuli peringkat tinggi,pada peringkat ini mereka mula mengamalkan sihir;ciri penting agama Iblis.Mereka memuja lambang-lambang suci dan 'magic'.Sacred Geometry dan Magic Number adalah asas kepada astrologi sesat yang dianut mereka.Sihir adalah tunjang kehidupan mereka.Ada sebahagian dari mereka masih berimejkan agama masing-masing atas tujuan tertentu.Tetapi hanya elemen-elemen sesat sahaja yang mereka kekalkan,elemen positif dan murni dari ajaran agama asal mereka selagi tidak selari dengan kehendak tuan mereka si Dajal Laknatullah,maka akan dicampak jauh-jauh.

-Para kuli tahap elit,pada tahap ini mereka menyembah Iblis sepenuhnya.Sihir hanyalah ilmu yang kecil sahaja pada tahap ini.Di sini mereka dikatakan menemui 'Illumination' (pencerahan).Mereka dapat berinteraksi dengan syaitan dan ya...tentu sekali dengan Dajal Laknatullah.Mereka akan diajar rahsia alam,asal-usul makhluk dan sejarah alam semesta (mengikut sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh Iblis Laknatullah selaku Guru Utama bagi Dajal Laknatullah).Antara hasil dari pelajaran (contoh yang popular) yang diterima oleh para pengikut tahap ini adalah kitab iblis Secret Doctrin oleh H.P Blatvasky dan ajaran Theosofi,ibu kepada gerakan New Age pada hari ini.

-Para kuli tahap 'Grand Illumination'-Ini adalah peringkat pembantu setia Dajal Laknatullah dan hampir-hampir kepada pertemuan dengan Iblis Laknatullah.Mereka ini akan diajar sukatan pelajaran yang berlainan dari yang diterima oleh para hamba peringkat bawah dari mereka.Setelah mendapat pengetahuan baru ini (Grand Illumination),maka pengetahuan 'illumination' yang diterima oleh hamba-hamba di bawah peringkat mereka hanyalah pembohongan semata-mata (hoax) dan menjadi gelak ketawa para kuli Dajal peringkat ini.PADA PERINGKAT INI BARULAH MEREKA TAHU MUSUH SEBENAR YANG PERLU MEREKA HAPUSKAN.Mereka juga belajar mengenai Tuhan yang mencipta Iblis dan Dajal sendiri,Tuhan yang mencipta alam semesta dan segala makhluk.DAN MISI MEREKA IALAH BERUSAHA UNTUK MENGALAHKAN TUHAN INI.Inilah misi terahsia yang paling penting.
INGAT,PADA PERINGKAT LEBIH TINGGI MANUSIA BUKAN BERURUSAN DENGAN MANUSIA LAGI SEBAGAI MUSUHNYA,TETAPI IBLIS...


CARA UTK SELAMAT DARI FITNAHNYA:

Rasulullah s.a.w. juga telah meninggalkan kepada kita beberapa cara yg perlu diikuti supaya kita dapat selamat dari fitnah Dajjal ini. Cara-cara itu ialah:

Pertama: Memahami bahawa Dajjal itu adalah pendusta dan pembohong serta mempunyai beberapa kelemahan yg ketara sekali. Diantaranya ialah buta mata sebelah kiri. Seandainya ia sebagai tuhan, sudah tentu ia dapat menghindarkan cacat cela yg jelas dapat dilihat di mukanya itu. Dajjal takut kalau ada orang yg sempat memperhatikan kekurangannya ini. Oleh kerana itu apabila ia selesai memfitnah org di suatu tempat, ia akan segera beredar dari situ. Ia takut ada orang yang meneliti keaiban dan kekurangannya ini.

Kedua: Tertulis didahinya perkataan "Kafir" yang bererti ia adalah seorang kafir, di mana tulisan ini akan dapat dibaca oleh setiap Muslim, sama ada dia pandai membaca atau tidak. Jadi orang Islam tidak perlu terpedaya dgn godaannya. Apakah lagi nak mengatakan dia sebagai tuhan.

Ketiga: Menghindarkan diri daripadanya, sama ada pergi ke Makkah atau Madinah atau duduk di rumah dan jgn bergaul langsung dgn masyarakat yg telah tergoda oleh fitnah Dajjal dan hendaklah ia menghalang golongan perempuan dari keluar rumah kerana kebanyakan pengikut Dajjal ini dari kalangan orang yang jahil tentang Islam dan golongan perempuan.

Keempat: Membaca sepuluh ayat pertama (atau yg terakhir) dari surah Al-Kahfi seperti yg disebutkan dalam hadis Rasulullah saw: "... . Sesiapa yg hafal sepuluh ayat dari ayat awal surah Al-Kahfi, ia akan terpelihara dari godaan Dajjal dan dalam riwayat lain, siapa yg hafal sepuluh ayat yg terakhir daripadanya.." (Hadis Sahih Muslim)

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...