Sunday, May 15, 2011

12 UJIAN KESIHATAN YANG WAJIB UNTUK WANITA



 Tahukah Anda banyak penyakit yang menyerang secara senyap yang kita tidak perasan  terutamanya wanita? Walaupun  merasa sihat, belum tentu Anda selamat dari penyakit.





Untuk itu, sangat penting melakukan beberapa pemeriksaan kesihatan. Apa saja yang perlu diperiksa? Berikut adalah jenis-jenis pemeriksaan kesihatan yang wajib di lakukan oleh wanita:



1) Pemeriksaan Secara Klinikal Payudara

Pemeriksaan  payudara adalah pemeriksaan yang dilakukan doktor untuk mengetahui adanya perubahan atau kelainan pada payudara. Menurut American Cancer Society Susan G. Setiap wanita wajib menjalani pemeriksaan ini. Bagi wanita usia 20 -39 tahun sebaik-baiknya menjalani pemeriksaan secara klinikal payudara sekurang-kurangnya tiga tahun sekali dan bagi wanita berusia 40 tahun keatas, pemeriksaan  payudara harus dilakukan sekurang-kurangnya 1 tahun sekali.


2) Mamografi


Mamografi adalah pemeriksaan payudara menggunakan sinar X yang dapat mengesan kelainan pada payudara dengan tepat. Wanita di atas usia 40 dan yang mempunyai sejarah barah payudara dalam keluarga wajib melakukan test mamografi sekurang-kurangnya sekali dalam satu atau dua tahun.


3) Pemeriksaan Kadar Kolestrol


Untuk mencegah penyakit jantung dan penyakit kronik yang lain, sangatlah penting bagi wanita untuk melakukan pemeriksaan kadar kolestrol. Pemeriksaan kadar kolestrol telah dilakukan sejak usia 20-an, sebaiknya dilakukan lima tahun sekali. Pemeriksaan kadar kolestrol dapat dilakukan secara berperingkat iaitu dengan pemeriksaan darah. Paras ideal adalah 200mg / dL (miligram per desiliter).


4) Pemeriksaan Tekanan Darah


Pemeriksaan tekanan darah dilakukan sejak usia 18 tahun dan wajib dilakukan setidaknya dua tahun sekali. Tekanan darah tinggi sering disebut 'silent killer', jika jarang diperiksa maka dapat menyebabkan serangan jantung dan stroke. Anda dapat memeriksa tekanan darah di rumah kerana sudah banyak farmasi yang menjual mesin pengukur tekanan darah.


5) Pemeriksaan Gula Darah


Wanita wajib melakukan pemeriksaan gula darah setiap tiga tahun sekali dan dilakukan sejak usia 45 tahun. Bagi yang mempunyai masalah diabetes diwajibkan melakukan pemeriksaan sebelum mencecah 45 tahun. Jika hasilnya 100 mg/ dL atau lebih maka boleh dikatakan anda terkena diabetes atau masalah diabetes.


6) Body Mass Index (BMI)


Body Mass Index (BMI) adalah sebuah ukuran berat terhadap tinggi badan. Nilai BMI mengklasifikasikan tubuh Anda termasuk dalam kategori kurang berat badan, normal, berat berlebih atau obesiti. Berat badan berlebihan dan obesiti membuat Anda mudah terkena penyakit jantung, diabetes termasuk stroke.


7) Pemeriksaan Kulit


Barah kulit adalah penyakit yang paling sering terjadi di antara penyakit barah lainnya. Menurut American Cancer Society, lebih dari 2 juta orang Amerika dikesan menderita barah kulit setiap tahun. Untuk hindari hal tersebut, jangan lupa membuat pemeriksaan  kulit sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengalami masalah pada kulit.


8) Pap Smear


Pemeriksaan ini dilakukan untuk mengesan barah serviks (barah pada leher rahim). Test pap smear dilakukan setelah tiga tahun aktif berhubungan seksual atau pada usia 21 tahun. Bagi wanita yang mempunyai anggota keluarga yang terkena penyakit HPV atau barah rahim harus mengikuti arahan doktor mengenai pemeriksaan selanjutnya.



9) Kolonoskopi


Menurut National Cancer Institute, sebahagian besar wanita mengidap penyakit barah usus. Barah  usus (barah kolon) menduduki ranking keempat setelah barah kulit, payudara dan paru-paru. Kolonoskopi merupakan pemeriksaan menggunakan kamera untuk melihat keadaan usus besar adakah barah atau polip. Pemeriksaan ini wajib dilakukan setahun sekali dan sangat dianjurkan bagi wanita yang berumur 50 tahun atau lebih tua, kerana penyakit ini sering terjadi di usia tua.


10) Tiroid Test


Sangat penting bagi wanita untuk melakukan pemeriksaan tiroid secara teratur untuk memantau paras hormon yang dihasil tiroid. Pemeriksaan ini berguna mengukur paras hormon yang dihasilkan tiroid.


Menutur American Thyroid Association, 88 % wanita di Amerika didiagnosa mengidap penyakit 'graves' (merupakan bentuk dari hipertiroid). Sementara 95% wanita di Amerika mengidap penyakit 'Hashimoto thyroiditis (bentuk dari hipertiroid). Menurut ahli tiroid, Mary Shomon, penyakit tiroid biasa menyerang wanita berusia 60 tahun.


11) Bone Mineral Density (BMD) Test


Osteoporosis adalah dimana keadaan tulang menjadi lemah dan mudah pecah. Ini disebabkan 'loss bone' yang terjadi pada wanita setelah menopause. BMD test atau pemeriksaan tulang dilakukan menggunakan sinar X yang mampu mengukur mineral pada tulang dan mengesan osteoporosis. Pemeriksaaan disarankan bagi yang berusia 60 tahun dan keatas.


12) Dental Checkup


Menjaga kebersihan gigi dari bakteria membuat senyum Anda kelihat lebih menarik dan dapat mencegah terkena penyakit jantung. Bakteria di dalam gusi dan gigi dapat meningkatkan tompokan flug yang dapat menyebabkan serangan jantung atau stroke. Rajin memberus gigi dan berjumpa doktor gigi dapat membantu memastikan adanya gejala barah mulut dan tenggorokan.

No comments:

Post a Comment

tajuk post

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...