Saturday, May 14, 2011

BERKHATAN LEBIH MUDAH DENGAN.............









Sunat atau khatan pada lelaki merupakan proses membuang kulit kulup yang terletak pada ujung kepala penis (gland penis). Tujuan utama dari sunat sendiri adalah untuk membersihkan diri dari kotoran  yang mungkin melekat pada hujung penis.
Bagi sebahagian besar masyarakat Asia, sunat merupakan kewajiban bagi setiap lelaki khususnya yang beragama Islam. Salah satu kaedah yang masih banyak digunakan oleh masyarakat pada umumnya adalah sunat konvensional,  di mana proses pemotongan kulit kulup dilakukan secara manual dan memakan waktu 30-45 minit.
Namun cara ini cenderung tidak praktikal dan memerlukan waktu yang cukup lama. Dengan adanya inovasi baru bernama smart clamp, pelaksanaan sunat terutama pada pesakit kanak-kanak menjadi sangat praktikal dan mudah. Antara kelebihan lainnya, pesakit tak perlu lagi memerlukan waktu lama untuk  melakukan aktiviti semasa bersunat.
Menurut  Medical Manager Rumah Sunatan Tony Yurizal, smart clamp adalah alat khatan sekali pakai (disposable) berteknologi tinggi, yang direka untuk menghasilkan khatanan yang lebih senang, cepat, dan berkesan. "Jadi clamp itu menggantikan fungsi jahitan dan tampalan. Masa prosesnya cuma 10 minit," ujar Tony Yurizal, Selasa, (3/4/2011).
Dengan menggunakan alat tersebut, tidak akan ada pendarah luaran. Smart clamp memang bukan suatu alat yang baru khususnya di bidang sirkumsisi (khatanan). Namun, untuk di Asia kaedah ini masih jarang digunakan.
"Tidak semua hospital memakai alat ini, selain itu perlu kepakaran dalam penggunaannya," ujar Tony.
Alat ini sendiri terdiri dari berbagai ukuran, kerana itu sangat sesuai dilakukan pada bayi, kanak-kanak mahupun orang dewasa. "Biasanya dari ukuran 10 mm yang untuk bayi, 25 mm untuk ukuran anak yang sudah agak besar," jelasnya.
Khusus untuk orang dewasa, Tony mengungkapkan, tidak semua pesakit dewasa dapat menggunakan alat ini. Hal tersebut berkait rapat dengan kulit kulup orang dewasa yang cenderung lebih tebal dan  saiz penis.
"Bukannya tidak boleh, tetap boleh. Cuma pada keadaan tertentu, seperti yang kulitnya tebal tidak kita sarankan untuk memakai smart klamp," terangnya.
Untuk menggunakan kaedah ini memang kos yang lebih tinggi dibandingkan yang lainnya. iaitu RM330.0.
Daripada penelitian, alat ini mampu mencegah terjadinya cedera pada saat proses sunat. Selain itu, kaedah ini juga menghindari terjadinya jangkitan HIV/AIDS dan hepatitis. Bentuknya yang mudah dan ringan membuat alat ini  sangat sesuai dan tidak mengganggu aktiviti pesakit

2 comments:

  1. saya nak beli dan gunakkan sendiri untuk sunat anak saya boleh?

    ReplyDelete
  2. boleh saya ggunakan sendiri untuk anak saya

    ReplyDelete

tajuk post

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...