Friday, May 20, 2011

HARI ASTRONOMI DI KUCHING SARAWAK





Hari Astronomi Peringkat Negeri Sarawak akan diadakan pada 28 Mei 2011 ( Sabtu ) mulai 8.30pagi hingga 2.00 petang bertempat di Planetarium Sultan Iskandar, Kuching & Perkarangan Dewan Suarah , Kuching.

  
FAKTA YURI'S NIGHT

Yuri’s Night merupakan sambutan peringkat sedunia yang diadakan setiap 12 April bagi. Ia disambut bagi memperingati kejayaan manusia menerokai angkasa. Tarikh 12 Apr dipilih kerana ia turut mencatat sejarah sebagai penerokaan manusia pertama di angkasa, Yuri Gagarin pada 12 April 1961 dan pesawat pengangkut pertama (space shuttle) yang dilancarkan pada 12 April 1981. 


SALAH SATU SEJARAH

Astronomi India—sebutan teks terawal yang ada wujud dalam kesusasteraan keagamaan India (alaf ke-2 SM)—menjadi tradisi mantap pada alaf pertama SM, apabila Jyotiṣa Vedānga dan cabang pembelajaran sampingan lain dipanggil Vedanga mula terbentuk. Semasa abad-abad berikutnya beberapa ahli astronomi India mengkaji berbagai-bagai aspek sains astronomi dan diikuti dengan perbincangan sejagat dengan kebudayaan lain.
Astronomi di India pada awalnya terikat dengan agama.  Kitab Veda, kitab penting agama Hindu, adalah tulisan pertama yang menyentuh perihal astronomi.  Seperti ulasan Sharma (2008): “Kitab Rigveda ada membuat spekulasi tentang penciptaan alam semesta dari tiada, dan susun letaknya, tentang Bumi yang bulat dan mampu menyokong beratnya sendiri, dan tentang setahun mempunyai 360 hari dibahagikan kepada 12 bahagian dengan 30 hari satu bahagian, dan kewujudan bulan-bulan interkalari (bulan dengan hari tambahan, seperti hari ke-29 bulan Februari dalam kalendar moden).”

 

Himpunan planet-planet
 
Pernahkah anda melihat planet-planet berhimpun di langit? Bulan ini kita berpeluang melihat himpunan planet-planet utama di langit yang dikatakan paling menarik pada tahun ini. Di sini yang dimaksudkan dengan planet  utama ialah planet-planet yang boleh dilihat dengan mata kasar. Mereka kelihatan berdekatan antara satu sama lain di langit pada satu malam yang sama, seolah-olah sedang berhimpun. Planet-planet yang boleh dilihat dengan mata kasar ialah Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari dan Zuhal.  Di dalam bulan ini kita berpeluang melihat himpunan planet-planet tersebut di langit yang dikatakan paling menarik pada tahun ini. Jangan lepaskan peluang melihat fenomena astronomi bulan ini, sebagai tanda-tanda kebesaran Allah  yang menghiasi langit yang amat luas ini.
Fenomena ini boleh dilihat mulai dari awal bulan ini. Pekara yang menarik tentang  himpunan planet-planet pada bulan ini ialah dari segi  susunan dan kedudukan planet-planet tersebut berubah setiap hari sepanjang bulan ini. Pada 6.30 pagi, 1 Mei, perhatikan berhampiran di ufuk timur kita berpeluang melihat bulan sabit (27 Jamadil Awal 1432 mengikut taqwim Hijrah)  dengan planet  Zuhrah. Kedua-duanya berdekatan dengan sudut pisahan 6 darjah dan berada pada altitud 16 darjah dari ufuk. Kita juga berpeluang melihat planet Utarid, Muystari dan Marikh berdekatan dengannya.  Kedudukan mereka secara bersusun dengan Zuhrah di atas dan diikuti oleh Utarid, Marikh dan Musytari pada altitud yang lebih rendah. Kedudukan Marikh dan Musytari kelihatan sangat rapat antara satu sama lain dengan sudut pisahan kurang dari setengah darjah. Kedua-duanya kelihatan seperti dua bintang yang terang pada altitud 7 darjah dari ufuk.  Bagaimana kita hendak mengenali planet-planet tersebut? Perhatikan kecerahan mereka,  Musytari yang kelihatan lebih terang dengan magnitud  -2.0 dan saiznya lebih besar dari Marikh. Manakala Zuhrah paling cerah dengan   magnitud -3.9 dan Utarid yang paling malap dan saiznya kecil.

Sejarah ilmu Falak

Ilmu falak dikenal juga sebagai Ilmu Bintang atau Ilmu Astronomi, kata Falak bererti jalan/lintasan/peredaran yakni peredaran bintang-bintang.
Dalam surah Yaasin ayat 40 disebut bahawa: “(Dengan ketentuan yang diberikan oleh Allah) Matahari tidak mudah baginya mengejar bulan dan malam pula tidak dapat mendahului siang kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing”.
Pada zaman dahulu ilmu falak dikenal juga dengan Ilmu Nujum yang digunakan untuk meramal berlakunya peristiwa atau nasib. Di kalangan Sarjana Islam, Ilmu Bintang dibagi dua bagian yaitu :
1) Ilmu Tabi’ie (sains) yang membahas kedudukan bintang-bintang, pergerakannya dan ketentuan-ketentuan gerhana matahari dan bulan.
2) Ilmu yang membahas perhubungan pergerakan bintang-bintang dengan kelahiran, kematian, kebahagiaan dan kecelakaan, hujan, kesehatan dan lain-lain.
Ilmu yang pertama tadi dinamakan ilmu falak (Astronomi) dan ilmu yang kedua dinamakan Ilmu Astrologi (tanjim/nujum). Secara umum ilmu falak boleh diartikan sebagai ilmu yang membicarakan tentang matahari dan bintang-bintang yang beredar, besar kecilnya, jauh dekatnya dari matahari atau juga tentang cakrawala langit, gaya yg bekerja padanya, kedudukan pergerakannya dan lain-lain fenomena yang berkaitan.
Orang-orang Arab pada zaman dahulu pun mengetahui kedua bidang ilmu ini bahkan sejak zaman Jahiliah. Mereka memperolehi ilmu ini dari Yunani/Greek, Parsi, India dan Kaldan. Kemudian ilmu ini diwariskan kepada orang-orang Islam setelahnya.
Umat Islam pertama kali terlibat secara aktif dibidang Ilmu Sains termasuk ilmu falak pada zaman Kerajaan Umaiyah dan Abbasiah. Di zaman Umaiyah tokoh ilmu falak yang terkenal ialah Khalid bin Yazid Al-Amawi (meninggal 85H). Beliau dikenal dengan nama Hakim Ali Marwan. Beliau dianggap orang pertama yang menterjemahkan buku-buku termasuk buku-buku mengenai ilmu Bintang pada pertengahan kurun ke-4 Hijrah didapati dalam Perpustakaan Kaherah sebuah globe dari tembaga karya Batlamus yang ditulis kata-kata bahwa globe itu disediakan untuk Khalid bin Yazid.
Menurut pakar sejarah Al-Mas’udi bahwa Khalifah al-Malik bin Marwan sangat gemar kepada ilmu bintang sehingga ketika berperang belian membawa ahli ilmu bintang. Di zaman Abbasiah, Khalifah Abu Jaffar Al-Mansor adalah khalifah yang pertama memberi perhatian kepada kajian Ilmu Falak. Baginda mengeluarkan banyak belanja untuk memulai penyelidikan dalam bidang ilmu falak. Baginda mengumpulkan nama sarjana falak yang terkenal di istana Baginda. Dalam pembinaan Kota Baghdad baginda melantik seorang ahli falak bernama Naubakh sebagai Ketua Perancang Proyek itu.
Seterusnya perkembangan kajian ilmu falak berkembang pada zaman khalifah Al-Mansor. Usaha menterjemahkan buku Sdihanta dari bahasa Sanskrit ke Bahasa Arab dilakukan oleh Mohammad Al-Fazari yang kemudian ia diberi judul “Al-Sindhindin Al-Kabir”. Buku ini menjadi panduan utama kepada orang-orang arab dalam mengkaji ilmu falak hingga ke zaman Al-Makmun.
Mohammad Al-Fazari merupakan orang Islam yang pertama mencipta astrolabe (jam matahari untuk mengukur tinggi dan jarak bintang). Buku ini telah disalin ke bahasa Latin pada abad pertengahan oleh Johannes de Luna Hispakusis. Buku terjemahan ini telah digunakan oleh universitas-universitas Eropa untuk mengejar Ilmu Bintang.
Dari sinilah orang-orang Barat pertama kali mengetahui benda-benda di cakerawala.
Tokoh-tokoh Ilmu Falak Islam di zaman Abbasiah ialah Abu Sahl bin Naubakh, Ali bin Isa dan Masyaallah yang dikenal sebagai Phoenix pada zamannya. Dalam proyek pembinaan Kota Baghdad telah didirikan sebuah ‘observatorium’ (balai ilmu). Di zaman Al-Makmun telah muncul ramai sarjana-sarjana Falak antaranya Thabit bin Qurrah, Al-Battani dan Muhammad bin Musa al-Khawarizmi.
Di zaman Al-Makmun juga telah didirikan sebuah ‘observatorium’ yang digunakan untuk mengukur daya cahaya matahari. Di zamannya juga Ahli Falak berjaya mengukur longkaran bumi sebuah ‘observatorium’ yang didirikan di Bukit Gaisun di Damsyek. Di zamannya juga observatorium juga didirikan di Bukit Qaisun. Di Damsyik. Di zamannya juga telah diterjemahkan Alomagest karangan mengenai Ptolemeus ke bahasa Arab. Ahli Falak Islam juga telah mengamati equinox, gerhana bintang berekor (comet) dan lain-lain gejala di langit.
Di samping itu Al-Battani (wafat kira-kira 930M/317H) telah melakukan penyelidikan tentang perbintangan sejak tahun 877 hingga 918M dan bukunya yang telah disalin ke bahasa Latin disusun semula dalam bahasa Arab oleh Nallino (tahun 1903M). Al-Battani telah membagi sehari kepada 12 jam yang digunakan sekarang oleh tukang-tukang jam di Eropah. Beliau juga telah berjaya mengira setahun bersamaan dengan 356 hari, 5 jam 46 saat dan 24 secant yaitu kurang dalam pengiraan sekarang sebanyak 2 saat 23 secant.
Al-Battani menduduki tempat tertinggi di kalangan Ahli Bintang dan dikatakan peranannya di kalangan umat Islam sama dengan peranan Ptolemeus di kalangan orang-orang Yahudi. Di zaman-zaman seterusnya lahir tokoh-tokoh Islam yang meneruskan kajian-kajian yang dilakukan oleh al-Battani dan tokoh-tokoh lain dan telah menghasilkan berbagai-bagai kejayaan kepada Ilmu Falak.
Tokoh-tokoh Ilmu Falak yang terkenal pada kurun ke-7 Hijrah ialah Nasiruddin al-Tusi yang hidup di zaman Hulagu Khan seorang Raja Monggol. Al-Biruni (362H-442H) pula merupakan seorang ahli Falak yang terkenal di zaman Sultan Mahmud al-Ghaznawi. Beliau telah meninggalkan berbagai-bagai hasil karya yang antara al-Athar al-Baqiah yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Dr. Sachan. Di zaman Kerajaan Turki Saljuk telah muncul seorang sarjana Falak terkenal iaitu Umar al-Khayyam. Kawannya ialah Abdul Rahman al-Hazimi. Sebenarnya kemasyhuran sarjana-sarjana Falak Islam merebak setiap sudut alam. Mereka menjadi tempat rujuk ilmu Falak. Wilayah Islam yang menjadi tumpuan rujukan Eropa ialah wilayah Andalus (Sepanyol) kerana berdekatan dengan mereka.
Fakta di atas adalah semata-mata untuk menunjukkan betapa umat Islam di zaman kegemilangan, telah menumpukan tenaga yang banyak untuk menguasai ilmu-ilmu sains yang hasilnya telah dirasakan oleh seluruh umat manusia. Kejayaan mereka itu adalah menunjukkan betapa Islam telah menjadi suatu sumber utama bukan saja dari segi panduan hidup tetapi juga dari segi Ilmu Pengetahuan. Inilah semangat yang hendak dibangkitkan di kalangan kita umat Islam.

No comments:

Post a Comment

tajuk post

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...