Saturday, May 14, 2011

KONDOM VIAGRA







Kondom selama ini dikenal luas sebagai alat seks untuk lelaki, selain juga digunakan untuk mengurang risiko penularan HIV/AIDS. Namun, hasil inovasi para pakar, kondom juga kini direka untuk membantu kaum Adam dalam mempertahankan   aksi seks agar lebih lama.

Time, sebuah perusahaan bioteknologi berhasil menciptakan kondom khusus yang dinamakan CSD500. Kerana fungsinya memperbaiki persembahannya, kondom ini juga di kenali sebagai "viagra condom" .
Kondom ini berbeza dibandingkan dengan kondom lain kerana jel khusus yang disebut gel vasodilator. Inilah yang dikaitkan dapat melancarkan aliran darah menuju organ vital lelaki dan membantu mempertahankan rasa ghairah dengan cepat.
Tidak seperti pil, kondom ini tidak direka untuk para lelaki yang mengalami mati pucuk . Namun, lebih ditujukan kepada mereka yang sukar untuk mempertahankan ghairah dengan cepat, terutama ketika menggunakan kondom.
CSD500 dibuat oleh Futura Medical dan lesennya telah diberikan oleh jenama Durex, perusahaan yang dimiliki Reckitt Benckiser. Menurut sebuah artikel  Wall Street Journal, produk ini masih dalam proses pendaftaran dan mungkin dipasarkan   dalam tahun ke depan. 
Futura Medical mendakwa CSD500 sebagai produk inovatif kerana keunikan gelnya yang dapat bertahan pada bahagian dalam kondom sehingga tidak mempengaruhi pasangan semasa digunakan.

2 comments:

tajuk post

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...