Tuesday, June 14, 2011

BUAH KELAPA SAWIT


Pertama kali aku mengikut bapa untuk mengutip buah kelapa sawit yang sudah masak . Kelapa sawit ini sudah berusia kira-kira 3 tahun lebih dan layak mengeluarkan hasil buahnya dan sesuai dikutip dan boleh dijual. Semasa mengutip buah kelapa sawit ini peralatan dan keselamatan harus di utamakan sebab setiap dahan dan buahnya terdapat duri yang boleh mencederakan kita


Sandak adalah salah satu peralatan yang digunakan untuk mengambil buah kelapa sawit.



Peralatan keselamatan yang diperlukan seperti topi keselamatan, sarung tangan kulit, kasut yang keras( kalis Duri ) dan baju yang sesuai.


Proses kerja ini sangat mudah tapi memrlukan tenaga yang kuat dan stamina yang baik. Mula-mula mengarang, mengangkut buah yang dikarang, dan memgutip biji buah yang bertaburan. Biji buah yang bertaburan lebih mahal daripada buah yang bertangkai.


Dianggarkan setiap pokok yang berusia 5 tahun ke atas mengeluarkan hasil  RM 25.00 sebulan dan setiap ekar boleh ditanam 60 batang pokok. Kira hasilnya sekira anda ada kelapa sawit yang sebanyak 12 ekar atau lebih.

fikir-fikirka dan selamat beramal

No comments:

Post a Comment

tajuk post

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...