Wednesday, June 15, 2011

FENOMENA GERHANA BULAN PENUH

Khamis ini 16 Jun 2011,  berlakunya satu lagi fenomena gerhana bulan penuh. Masa berlakunya proses ini diantara pukul 1.25 pagi sehinggga 6.59 pagi.
Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya.




Daripada `Aisyah Radiallahu `anhu: Telah berlaku gerhana matahari ketika hayat nabi Sallallahu `alaihi wasalam. Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam pun keluar ke masjid, baginda bangun mendirikan solat, mengangkat takbir dan orang ramai mendirikan saf di belakang baginda Sallallahu `alaihi wasallam. Baginda saw membaca surah yang panjang, kemudian bertakbir, lalu ruku' dengan ruku' yang panjang. Kemudian baginda saw mengangkat kepalannya dan menyebut: Samiallahu Liman Hamidah Rabbana Wa Lakal Hamd. Kemudian baginda saw membaca surah yang panjang tetapi pendek sedikit daripada bacaan yang pertama. Kemudian baginda saw bertakbir dan ruku' dengan ruku' yang panjang tetapi ia pendek sedikit daripada ruku' yang pertama. Kemudian baginda saw menyebut `Samiallahu liman hamidah. Rabbana Lakal Hamd. Kemudian baginda saw sujud. Seterusnya baginda saw melakukan hal yang serupa pada rakaat yang akhir. Sehinggalah baginda menyempurnakannya menjadi empat ruku' dan empat sujud. Gerhana tamat sebelum baginda saw selesai solat. Kemudian baginda saw bangun dan berkhutbah kepada jemaah. Baginda saw memuji Allah. Kemudian baginda saw bersabda: Sesungguhnya bulan dan bintang merupakan dua ayat daripada ayat-ayat Allah. Ia tidak gerhana kerana kematian atau kehidupan seseorang. Seandainya kalian melihat ia (gerhana berlaku), dirikanlah solat. [Sahih Muslim: 901]

Dalam Sahih al-Bukhari ( 3202) disebutkan:
 ثم سجد سجودا طويلا 
Kemudian baginda saw sujud dengan sujud yang panjang

Ringkasan Cara Mendirikan Solat Gerhana
1)    Ia dua rakaat
2)    Membaca surah al-Fatihah dan surah yang panjang seperti al-Baqarah. Jika tidak, bacalah surah paling panjang yang kita hafal.
3)    Melakukan ruku' yang panjang
4)    Bangun dari ruku dan membaca al-Fatihah serta surah yang pendek sedikit daripada surah sebelumnya
5)    Melakukan ruku' yang panjang tetapi pendek sedikit daripada ruku' sebelumnya
6)    Melakukan sujud yang panjang
7)    Duduk antara dua sujud
8)    Sujud dengan sujud yang panjang
9)    Melakukan rakaat kedua seperti rakaat pertama
10)  Solat ini boleh dilakukan secara bersendirian mahupun berjemaah
11)  Selepas solat, sunat untuk imam memberi nasihat dan amaran, serta menyeru makmum membanyakkan doa, istighfar dan amal soleh yang lain.

No comments:

Post a Comment

tajuk post

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...