Monday, June 6, 2011

KHASIAT BUNGA SEDAP MALAM




 
Sedap malam lebih dikenal sebagai bunga hiasan. Wanginya yang seharum melati bermanfaat menenangkan hati orang di sekitarnya. Namun, sebenarnya bunga sedap malam mempunyai khasiat, sepertti masalah susah tidur, influenza, dan banayak lagi. Bunga yang berasal dari Mexico ini juga dikenali di  negara matahari. Masyarakat Jepun menggunakan bunga sedap malam sebagai lambang cinta. Di Thailand, bunga yang harum di malam hari ini adalah kesayangan para penggemar bunga kerana sifatnya yang harum dan tidak mudah layu.
Masyarakat Eropah memakai bunga bernama Latin Polianthes tuberosa Linn ini dalam upacara keagamaan. Tak heran bila bunga yang dikenal di luar negeri dengan nama tuberosa ini dijumpai menghiasi altar di gereja-gereja.


Kekasih Gelap

Keharumannya yang seakan dengan bunga melati membuat sedap malam dikenali di luar negeri sebagai dangerous pleasure (kesenangan yang berbahaya).  Namun, ada kepercayaan kuno di Perancis yang melarang anak gadis menghirup wangi bunga ini di kala malam karena akan membawa suasana romantis dalam diri mereka. Larangan yang sama juga berlaku di India dengan alasan yang sama pula, sehingga bunga ini diberi nama rat ki rani (kekasih gelap).
Meski ada kepercayaan demikian di India, perubatan kuno dari India, Ayurveda, mengakui khasiat bunga yang juga disebut orang Sunda sebagai sundel malam ini bagi kesehatan. Menurut Ayurveda, sedap malam dikenal boleh memperbaiki ketenangan fikiran seseorang. Bunga ini dapat membuka chakra mahkota, sehingga memperbaiki kekuatan fizik seseorang.
Sedap malam juga memperkuat inspirasi artistik dalam diri seseorang kerana kemampuannya menstimulasi sisi kanan otak yang mengurusi bahagian kreativiti. Dari stimulasi di otak kanan itu sedap malam memberi ketenangan di fikiran dan hati.
Pada perubatan tradisional masyarakat Nusantara tidak ada penjelasan seperti dalam Ayurveda. Namun, nenek moyang kita telah menggunakan keharuman bunga yang juga bernama Yek Lai Siang ini untuk menenangkan hati di semasa perkabungan.
Hiasan bunga sedap malam pada upacara perkawinan di Nusantara  memberi gairah tersendiri untuk pasangan pengantin baru.  Bahkan para pengelola spa menaburkan kuntuman bunga di kolam mandian untuk memberi ketenangan pada orang yang berendam.


Menurunkan Panas

Tidak seperti lavender yang pati minyak   menenangkan fikiran, minyak esensial bunga sedap malam sukar diperolehi. Menurut Lisa Maliga, seorang penulis di The Chamomile Times and Herbal News, tidak ada "minyak esensial" bunga sedap malam. Sebab, bunga ini tidak tahan terhadap suhu yang tinggi ketika disuling menjadi minyak esensial.
Dari Ensiklopedia Tumbuhan Berkhasiat Obat Indonesia yang ditulis oleh Prof. H.M. Hembing Wijayakusuma, pakar perubatan tradisional dan tumbuh-tumbuhan mengatakan bahawa sedap malam bersifat manis, sejuk, dan sedikit tawar. Tanaman ini berkhasiat menurunkan panas (antipiretik) dan  menghilangkan bengkak. Sementara itu, kandungan kimia yang didapati adalah sapogenin.
Bahagian tanaman yang digunakan sebagai ubat adalah bahagian bunga dan akarnya. Keduanya dapat dihasilkan untuk pemakaian luar dan dalam.



No comments:

Post a Comment

tajuk post

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...