Wednesday, July 20, 2011

KONVOI PESTA BENAK SRI AMAN 2011

 Konvoi pesta benak Sri Aman . Pertama Kali ikut Konvoi, pertama kali menunngang Motosikal denga jarak jauh... Sungguh meletihkan dan nikmat tidak dapat diluahkan.. Jarak Kuching ke Sri aman lebih kurang 200 KM .perjalanan selama 4 jam. . .


Sebelum konvoi kami diberi talimat keselamatan dan peraturan semasa konvoi. . .
Kelengkapan dan keadaan motosikal amatlah dititik beratkan oleh ketua konvoi.



Ini adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan

DULU TUGU NEGARA SEKARANG TUGU. . . . .

Sebelum tiba di Serikin Sarawak terdapat satu tempat rehat dan replika dinasor untuk para pelancong rehat menikmati kehijaun hutan . . .





ANTARA MANUSIA PALING BERANI DI DUNIA




KUIH COMEL


 
Bagi saya kuih ini sangat comel .Jadi nama kuih ini kuih comel.. Rasa seperti kuih apam..berintikan blue berry, Coklat, dan macam-macam lagi..

MUKA YANG GANAS DARI LANGIT

Assalammualaikum..

Gambar ini di ambil pada 18 Julai 2011 di Kuching Sarawak  Pada pukul 830 pagi . . Adakakah ini gambaran atau. . . . . 


Renung-renungkan dan . . . . . . .

Monday, July 11, 2011

UNTUK SEMUA WANITA MUSLIM

http://www.melayukuhebat.com/2011/07/inilah-10-siksaan-bagi-wanita-yang.html

Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w dibawa menaiki buraq menuju ke Kaabah untuk proses pembersihan hati.



Api Neraka


Nabi Muahammad s.a.w turut mengalami pelbagai peristiwa, antaranya dada Baginda dibedah malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dada Rasulullah.


Selepas itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimun nubuwwah". Selesai pembedahan, baginda menaiki Buraq meneruskan perjalanan luar biasa itu. Semasa perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, sepanjang perjalanan itu Rasulullah diiringi malaikat Jibrail dan Israfil.

Tiba di tempat mulia dan bersejarah Rasulullah diarah Jibril supaya berhenti dan bersolat dua rakaat.


Antara tempat-tempat berkenaan ialah negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah, Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu daripada Allah serta Baitul-Laham iaitu tempat Nabi 'Isa a.s dilahirkan.


Dalam perjalanan itu, Baginda menghadapi gangguan jin ifrit dengan obor api. Peristiwa itu memperingatkan kepada kita syaitan dan iblis tidak jemu menyesatkan dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.

Dalam perjalanan Rasulullah ke Masjidil Al-Aqsa, Baginda melihat beberapa gambaran antara langit dan bumi. Antara pelajaran yang dapat diambil dari peristiwa itu ialah mengenai wanita. Rasulullah s.a.w melewati satu daerah yang mana baunya sangat harum seperti bau kasturi. Baginda bertanya kepada Jibril, daerah apakah yang sedang mereka lewati. Jibril menjawab: ''Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga.'' Dia adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah yang kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah memiliki semangat dan jiwa keIslaman kuat hingga mampu mengenepikan keangkuhan Firaun. Kerana kekejaman Firaun, dia dan yang lainnya terpaksa menyembunyikan keimanan mereka. Pada suatu hari, ketika Masyitah menyisir rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, dia menyebut nama Allah. Ketika sang puteri mendengarnya, bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu? Masyitah pada awalnya enggan menjawab, tetapi setelah didesak berkali-kali, dia akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.


Puteri itu mengadu hingga menyebabkan Firaun sangat marah mengetahui Masyitah menyembah tuhan selain dirinya. Masyitah dipaksa Firaun agar mengakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan. Tetapi dengan penuh keberanian dia berkata: "Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah." Kata-kata tersebut menimbulkan kemarahan Firaun. Lalu dia memerintahkan menterinya, Hammam, agar membuat patung sapi dari tembaga dan diisi minyak untuk merebus Masyitah dan keluarganya.

Ketika tiba giliran bayinya dimasukkan ke patung sapi, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada keinginan Firaun kerana sangat sayang kepada anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah terjadinya kejadian luar biasa. Secara tiba-tiba bayi itu dengan fasih berkata: "Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di jalan yang benar." Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan ''Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa''. Lalu semuanya syahid dibunuh Firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini diperingati setiap tahun oleh seluruh manusia melalui peristiwa Israk dan Mikraj. Dalam perjalanan terbabit Baginda diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita hingga Rasulullah s.a.w menangis apabila mengenangkannya. Di antaranya perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya dari pandangan lelaki lain.


Seksaan lain ialah perempuan yang digantung dengan lidah, tangannya dikeluarkan dari punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan perkataan.


Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pohon zakum dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa izin dari suaminya.


Ada pula perempuan yang diikat kedua kakinya serta kedua tangannya sampai ke ubun-ubun, dililit oleh beberapa ekor ular dan kala jengking. Itu adalah balasan kepada perempuan yang mampu solat dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak wuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa izin suaminya dan tidak mandi bersuci setelah haid dan nifas. Baginda kemudian melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri sedangkan di bawahnya ada api yang menyala. Golongan itu adalah perempuan yang berhias agar dilihat oleh lelaki lain dan suka menceritakan keburukan orang lain. Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka membanggakan diri sendiri agar orang melihat perhiasannya. Selain itu, baginda turut menyaksikan seksaan terhadap perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keledai. Mereka suka mengadu domba dan sangat suka berdusta. Ada juga perempuan yang Baginda lihat, wajahnya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya lalu keluar melalui duburnya. Ia adalah akibat daripada perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain

ADAP KETIKA MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN



Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah: 

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;
4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)
Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);
5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;
6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.
Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.
Kenyang
Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..
Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)
Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”
As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;
7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;
8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);
9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)
10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.
Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.
Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.
Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.
Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

KHASIAT BUAH PISANG


Khasiat pisang







Assalamualaikum dan salam sejahtera,




Pokok pisang yang tergolong dalam keluarga Musaceae ini sememangnya ditanam untuk buahnya yang dijadikan makanan. Selain itu, pokok pisang juga ditanam untuk penghasilan serat untuk digunakan dalam industri tekstil dan juga tujuan hiasan.




Pada mulanya, pokok pisang merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara. Kini ia telah dikomersialkan kerana ia mudah untuk ditanam. Ði Malaysia, kultivar seperti pisang emas, berangan, Cavendish dan rastali ditanam untuk dimakan segar. Manakala kultivar seperti pisang nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan.





pokok pisang hijau



pokok pisang merah



Terdapat beberapa jenis pisang yang terdapat di pasaran di seluruh dunia. Jenis yang biasa ditemui adalah pisang berwarna kuning. Jenis yang lain pula adalah seperti pisang merah iaitu pisang yang mempunyai kulit berwarna hijau merah dan buah berwarna merah jambu. Rasanya amat manis seperti pisang kuning. Semakin merah buahnya, semakin banyak kandungan karotenanya. Malah ada yang berpendapat pisang merah ini lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan pisang kuning.




Pisang daripada jenis ‘apple’ adalah lebih kecil dan berukuran kira-kira 8 hingga 10 sentimeter. Buah jenis inilebih cepat matang dan ia berwarna kuning. Pisang daripada jenis ‘baby’ pula adalah jenis yang kecil dan berukuran kira-kira 6 hingga 8 sentimeter. Isinya berwarna kuning dan dikatakan jenis yang paling manis dalam keluarga pisang.





pisang hijau / kuning




pisang merah



pisang merah



Buah pisang yang berwarna kuning banyak dimakan oleh penggemar pisang. Ia adalah cantuman antara pokok pisang hijau dan merah daripada spesies Musa acuminate atau hibrid Musa x paradisiacal.




Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa pisang mempunyai khasiat dan kebaikan kepada kesihatan manusia. Pisang mengandungi gula sperti glukosa, fruktosa dan sukrosa. Kandunga serat yang terdapat di dalamnya juga telah menjadikan pisangn amat ideal sebagai sumber tenaga segera. Oleh sebab itulah, pisang sering menjadi pilihan para atlet untuk dimakan bagi menambahkan tenaga sewaktu menjalani latihan.




Pisang mampu buat anda gembira



Buah pisang mengandungi tryptophan, sejenis asid amino yang boleh ditukarkan kepada serotonin. Ðengan memakan pisang dikatakan mampu memperbaiki mood seseorang dan mampu juga mengurangkan tekanan dan kemurungan. Oleh itu jika anda berasa kecewa, cuba nikmati keenakan pisang, sambil merasakan perubahan perasaan daripada negatif kepada positif.




Buah pisang juga amat tinggi kandungan unsur besi yang dikatakan mampu membantu fungsi haemoglobin tubuh. Mereka yang mengalami masalah anemia dikatakan boleh mengambil buah pisang untuk menambah unsur besi dalam tubuh.




Melegakan sembelit



Berikutan dengan kandungan serat yang terdapat di dalam buah pisang , ia dikatakan mampu membantu mengembalikan semula fungsi usus kepada keadaan normal. Pisang juga turut mengandungi kalium (potassium) yang tinggi serta pektin (serat mudah larut) yang dikatakan mampu membantu menormalkan pergerakan melalui saluran pencernaan. Mereka yang sering mengalami masalah sembelit boleh memakan pisang untuk memudahkan proses pencernaan.




Kajian yang telah diterbitkan dalam Arkib Ophthalmology telah membuktikan bahawa orang dewasa yang mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan buah sehari mampu mengurangkan risiko (kira-kira 36%) pembentukan kemerosotan makular berkaitan dengan usia (ARMÐ) yang juga merupakan penyebab kehilangan penglihatan pada orang dewasa.




Menguatkan tulang



Buah pisang juga kaya dengan sumber fruktooligosakarid, iaitu sejenis sebatian yang memberi khasiat bakteria probiotik dalam usus besar. Bakteria baik ini menghasilkan enzim yang meningkatkan kebolehan pencernaan dan melindungi diri daripada jangkitan bakteria tidak sihat. Bakteria probiotik ini juga dikatakan mampu meningkatkan kebolehan tubuh untuk menyerap kalsium. Ini juga bermakna pisang berguna untuk menguatkan tulang manusia.




Mengurangkan risiko pembentukan penyakit



Satu kajian yang telah diterbitkan dalam International Journal of Cancer, telah menunjukkan bahawa pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, terutamanya pisang, setiap hari mampu melindungi kesihatan buah pinggang.




Wanita yang memakan buah pisang sebanyak empat hingga enam kali seminggu dikatakan mengurangkan risiko pembentukan penyakit jika dibandingkan dengan mereka yang tidak memakan buah ini. Kajian ini juga menunjukkan bahawa pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran terutamanya pisang, kubis dan sayuran berubi mampu mengurangkan risiko kanser buah pinggang. Ini adalah disebabkan pisang dan kebanyakan sayuran berubi mengandungi sejumlah tinggi sebatian fenolik antioksidan.




Melegakan pedih ulu hati dan ‘morning sickness’



Pisang juga mempunyai kesan antiasid semulajadi kepada tubuh. Oleh itu, jika anda menderita masalah pedih ulu hati, cubalah memakan pisang untuk melegakannya. Bagi ibu hamil pula, dengan memakan buah pisang dikatakan mampu memastikan tahap gula dalam darah meningkat dan keadaan ini mampu mengelakkan anda daripada mengalami masalah ‘morning sickness’.




Buah pisang juga mampu membantu mereka yang ingin berhenti merokok. Ini adalah kerana ia mengandungi vitamin B6 dan B12, kalium dan magnesium yang mampu membantu tubuh sembuh daripada kesan penarikan nikotin.



Merangsang otak




Pisang membantu merangsang fungsi otak yang disebabkan oleh potassium yang terkandung di dalamnya. Hasil penyelidikan mendapati potassium membantu seseorang menjadi lebih peka dan berhati-hati. Cuba makan sebiji pisang sebelum menduduki peperiksaan atau menghadiri temuduga. Ia mungkin membantu.




Penampilan menawan



Sejak zaman nenek moyang kita, pisang telah digunakan sebagai bahan untuk topeng kecantikan wajah. Ini kerana kandungan anti penuaan yang dipercayai terdapat di dalam pisang. Cuba resipi ini untuk mendapatkan kulit menawan. Kisar pisang dengan madu dan beberapa titik oren. Sapukan pada muka, biarkan beberapa minit sebelum dibilas bersih. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.




Walaupun terdapat pelbagai khasiat buah pisang, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.



Sumber : MW#1429 dan SihatSelalu

BULAN PENUH RAHMAT BULAN RAMADHAN



"Assalamualaikum...saya 'SYAABAN'.Saya ingin mengingatkan bahawa sahabat kita...'RAMADHAN' akan dtg menziarahi kita sekeluarga bila2 masa sahaja lagi. Dia dtg bersama isterinya iaitu REZEKI dan juga 2 anaknya ...SAHUR dan IFTAR serta 3 org cucunya iaitu RAHMAT,BARAKAH dan KEAMPUNAN.Mereka akan pulang selepas 30 hari dgn menaiki pesawat TAQWA airlines.

 

KELEBIHAN RAMADHAN 

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya. 

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- 

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi- 

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi- 

PENERANGAN HADIS 

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat. 

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924. 

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak. 

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi. 

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap. 

Biografi 

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...